Showing posts with label nurul izzah. Show all posts
Showing posts with label nurul izzah. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Nurul Izzah setuju mohon maaf pada Raja Nong Chik. Apa maknanya?



Ingat kes Mukhriz, yang difitnah Malaysian Insider di pagi Pemilihan Perwakilan baru-baru ini. Akhirnya Msian Insider tarik balik artikelnya dan mohon maaf pada Datuk Mukhriz. Tapi bak kata orang putih, 'damage was done'. 

Berapa ramai agaknya yang nak undi Mukhriz, tapi tak jadi undi sebab laporan Malaysian Insider?

Nampaknya perkara yang sama berlaku dengan Raja Nong Chik dan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Sehari sebelum PRU-13, pada 4 Mei 2013, Malaysiakini telah menyiarkan kenyataan akhbar Nurul Izzah yang kononnya Raja Nong Chik (RNC) terlibat dengan penyelewengan tanah di Bukit Kiara melibatkan ratusan juta ringgit. Punyalah ramai pengundi Lembah Pantai yang baca Malaysiakini, maklumlah penduduk Bangsar yang kebanyakannya bercakap English dalam perbualan seharian ramai yang membaca Malaysiakini.

Akibatnya, RNC tewas 1,847 undi.

Selepas PRU-13, RNC saman Nurul, Malaysiakini dan wartawannya kerana memfitnah sehari sebelum PRU13. Dan akhirnya terbukti siapa yang benar. Pada Jumaat 8 Mei 2013, Nurul dan peguamnya bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan maaf pada RNC.

Tapi apa kesahnya mintak maaf ye tak? 'Pilihanraya dah menang.

Macam kes Mukhriz dan Malaysian Insider, Berapa ramai agaknya yang nak undi Raja Nong Chik, tapi tak jadi undi sebab kenyataan fitnah Nurul Izzah?

NURUL IZZAH SETUJU MOHON MAAF KEPADA RAJA NONG CHIK
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Nurul  Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, dilaporkan bersetuju memohon maaf kepada Dato’ Raja NongChik Raja Zainal Abidin, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kes saman yang difailkan oleh Raja Nong  Chik terhadap Nurul Izzah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, hari ini. 
Menurut sumber, sesi perbicaraan secara mediasi (perundingan sebelum perbicaraan penuh), yang berlangsung selama hamper satu jam itu dipercayai atas saman yang difailkan   oleh Raja Nong Chik berkaitan fitnah Nurul Izzah terhadap dirinya, yang dibuat pada 4 Mei 2013, iaitu sehari sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13. 
Dalam PilihanrayaUmum ke-13 tersebut, Nurul Izzah mewakili Parti Keadilan Rakyat, yang menentang Raja Nong Chik mewakili Barisan Nasional, menang kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1847 undi.
Nurul Izzah dilaporkan bersetuju supaya satu permohonan maaf akan dikeluarkan olehnya dan disiarkan dalam media utama dan media sosial, yang isi kandungan permohonan maaf tersebut perlu mendapat persetujuan bersama dengan Raja Nong Chik. 
Raja Nong Chik dilihat hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, bersama pegawai dan peguamnya, pada jam 3.00 petang. Sementara itu, turut kelihatan ialah Steven Gan, Ketua Pengarang Malaysiakini, juga bersama peguamnya yang turut terlibat dalam kes ini yang dipercayai menjadi media penyebar kepada kes fitnah tersebut. Menurut sumber juga, sesi mediasi itu sedikit tertangguh kerana kelewatan kehadiran peguam Nurul Izzah.

Monday, October 1, 2012

Nurul Izzah komplen pasal campurtangan dalam Pilihanraya Kampus, tapi ini yang pegawai dia campurtangan ini boleh pulak?

Nurul Izzah, anda memang Hipokrit.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, yang kini mula digelar Wakil Rakyat Pilihanraya atau Election MP kata orang putih sebab dulu tak nampak batang hidung tapi kini muncul di sana-sini, mempertikaikan campurtangan Pihak Eksekutif dalam Pilihanraya Kampus.

Dengan kata lain, dia kata BN campurtangan.


Ridzuan, Setiausaha Parlimen Nurul Izzah, di Pilihanraya Kampus UM

Habis yang ini gambar si Ridzuan, pegawai Kanan Nurul Izzah ini di UM, apa pulak? Gambar ini diambil di hari pembuangan undi di UM pada 25 September 2012.

Bukan rahsia bahawa Ridzuan memang antara pengaturcara pelajar pro-pembangkang di UM, beliau selalu gunakan budak UM penyokong Pakatan untuk kerja-kerja kempen Nurul Izzah di Lembah Pantai.

Habis kau nak cakap apa Nurul Izzah? Kerja kau tak habis-habis nak putar belit, padahal engkau yang buat benda ini.

--------------

Untuk makluman pembaca, Ridzuan lah antara pemain utama yang pegang budak-budak Pembangkang di UM, terutama budak-budak di Akademi Pengajian Islam.

Kerajaan, mak bapak, berhabis duit suruh belajar, yang Nurul Izzah dan Ridzuan ni sibuk atur dan catur mereka berpolitik.


Di Parlimen. Raja Petra gelar pegawai-pegawai ini "Young Cikus".


Thursday, September 27, 2012

TerNOW! Pro Kerajaan menang di UM! Pembangkang kalah!


Terkini, keputusan Pilihanraya Kampus UM yang dinanti-nanti sudah tiba.

Pada hari Pemilihan 2-3 hari lepas,

Pro-M iaitu budak-budak anti-Kerajaan yang dilatih pembangkang menang 20 Kerusi.
Penggerak iaitu penyokong Kerajaan menang 19 kerusi.
Bebas yang dalam kumpulan penyokong Kerajaan menang 2 kerusi.
2 kerusi lagi iaitu 1 di Fakulti Pendidikan dan 1 di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi seri!

Hari ini undian semula dijalankan untuk kedua-dua fakulti ini.

Keputusannya, jeng, jeng, jeng .....

Fakulti Pendidikan
Maiyamin Md Nor (pro-pembangkang atau Pro-M)       : 136 undi
Malik Syam (Penggerak atau pro-A atau pro-Kerajaan) : 129 undi
Keputusan: Pro-M menang majoriti 7 undi

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi
Muhd Alif Jamaluddin (Pro M)                                            : 73 undi
Neo Yew Boon (Penggerak atau pro-A atau pro-Kerajaan) : 112 undi
Keputusan: Penggerak @Pro-A menang majoriti 39 undi

Keputusan MUKTAMAD: Pro-M (pembangkang) : 21 kerusi
Penggerak @ Pro-A (pro-Kerajaan)                      : 20 kerusi
Bebas pro-Kerajaan                                              : 2 kerusi

Jadi:
Pro-Pembangkang : 21
Pro-BN : 22

Keputusannya BN menang lagi di UM. Tanda anak muda kembali menyokong BN.

Tahniah semua pro-kerajaan yang berusaha bertungkus-lumus di UM!

Friday, May 25, 2012

Dendam Anwar Terbalas! Saiful Bukhari cedera 7 jahit di kepala di Lembah Pantai!




Terlerai sudah tandatanya siapa budak berbaju Merah yang disiarkan blog-blog semalam yang terlantar di katil hospital selepas diserang samseng PKR semasa ceramah bersebelahan Anwar Ibrahim dan Umi Hafilda di Lembah Pantai.

Namanya Mohd Saiful Bukhari! Tak tipu.

Ceritanya aku cedok dari blog JoePisang disini.

JoePisang hadir sendiri di Press Conference yang diberikan Ketua Penerangan UMNO LPantai Datuk Ibrahim Thamby Chik dan Ketua Pemuda UMNO LPantai Datuk Sazali Kamilan.

Turut hadir banyak press, termasuk dari Malaysiakini, Sin Chew dan GuanMing Daily.

Dalam PC ini, Datuk Ibrahim menyelar Anwar Ibrahim yang menjerit "Sial, Celaka" kepada orang-orang UMNO yang duduk mendengar Ceramah Ummi Hafilda di sebelah.

Datuk Ibrahim bertanya, "ini kah yang digembar-gembur sebagai bakal Perdana Menteri Pakatan" Cheh!

KP Pemuda UMNO pula mengatakan bahawa perangai Ahli Parlimen Lembah Pantai yang membesar-besarkan cerita sehingga menamakan malam 24hb itu sebagai "malam berdarah di Lembah Pantai" sebagai cerita spin biasa PKR.

Walaupun orang UMNO sendiri cedera (Saiful dibaling batu) dan ada juga pemuda UMNO yang menerima serangan dengan senjata "padlock" (mangga pintu) yang mujur hanya terkena sipi sahaja, tetapi UMNO tidak pula menuduh PKR membalingnya, sebab tidak nampak dengan mata sendiri siapa yang membaling objek-objek ini.

Pondan betul PKR Lembah Pantai ini ye. Ambil contoh si Fahmi Fadzil, SetPol Nurul Izzah. Sebenarnya, ada 4-5 orang datang ke arahnya malam itu, tetapi entah apa yang digorengnya pada Malaysiakini, dilaporkan 50 orang mengepongnya.

Apa punya kedi lah.

Datuk Sazali turut mengatakan bahawa pada malam itu, disamping Ceramah Ummi Hafilda yang dianjurkan NGO Majlis Permuafakatan Muslim Lembah Pantai, turut sama ada 2 acara lain, iaitu Simulasi Pilihanraya yang dihadiri Pemuda UMNO Lembah Pantai dan juga ada kumpulan belia yang sedang berkumpul untuk pelancaran Konvoi mereka ke Hari Belia Putrajaya.

Maka sudah tentu dengan crowd ini, ditambah lagi dengan penduduk Pantai Permai sendiri yang mahu tidur sebab esoknya hari kerja, tidak dapat diketahui apa yang sebenarnya berlaku.

Ini berbeza dengan Nurul Izzah yang tanpa menyiasat memekik-memekik macam beruk gila menyalahkan UMNO.

Yang paling bestnya, Datuk Raja Nong Chik yang pada masa itu berada di Miri, Sarawak untuk program Kesejahteraan Bandar di bawah Kementerian beliau turut dicabar Nurul izzah untuk berdebat dengannya malam itu.

Biol la, Nurul Izzah ni, memang jenis tahu mencabar, tahu bercakap je. Sedangkan Raja Nong Chik sedang bekerja untuk rakyat.

Ini lah kisah sebenar PKR. Mereka bijak menuduh, sedangkan satu negara tahu siapa yang ganas, siapa yang samseng. Nak tanya sikit pada Nurul Izzah dan PAPA CIFUT, siapa yang terbalikkan kereta polis, siapa yang menendang polis, siapa yang memukul wartawan stesen TV AlHijrah yang cuba membantu anggota polis yang kemalangan? Itu semua orang anda lah!

PKR, Nurul Izzah, Anwar Ibrahim. Kokok berdera-derai, ekor bau tahi!

Thursday, May 24, 2012

Kes baling batu Pantai Dalam: Gambar-gambar Pemuda UMNO cedera!


Saya berada di ceramah Ummi Hafilda malam tadi di Pantai Permai, Pantai Dalam yang bersebelahan dengan khemah ceramah PKR yang turut dihadiri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah.

Semasa kedua-dua ceramah berlangsung, tiba-tiba Anwar Ibrahim tak pasal-pasal menjerit "Pemuda UMNO SIAL!"

Tak tipu. Anwar memang cakap macam itu. "Pemuda UMNO Sial" kata Anwar.

Rupa-rupanya dia menuduh Pemuda UMNO baling batu ke kawasan ceramahnya.

Sebenarnya yang baling batu ialah orang PKR sendiri! Lihat bukti seorang pemuda UMNO yang memakai baju Gelombang Merah menjadi mangsa keganasan PKR yang membaling batu ke khemah UMNO malam tadi.  Adik ini kena 7 jahitan.
Pemuda UMNO yg jadi Mangsa keganasan PKR di Lembah Pantai semasa ceramah Anwar dan Nurul Izzah
Bukan dia saja yg kena, tetapi pendengar ceramah PKR sendiri turut jadi mangsa


Rupa-rupanya di sebelah PKR pun ada yang terkena balingan, seperti yang dilapor di Malaysiakini.

Saya tak dapat memastikan dengan tepat siapa yang baling. Joe Pisang tak suka menuduh tanpa bukti tepat, bukan macam orang Pakatan Rakyat.

TETAPI!

Sebenarnya, ada beberapa eye-witness yang menyaksikan objek-objek terbang pada datang dari kawasan samseng-samseng AMK berkumpul.

OBJEK TERBANG INI BUKAN SAJA MENGHALA KE KAWASAN UMNO TETAPI JUGA KE ARAH PENYOKONG MEREKA SENDIRI.

REPEAT. ADA SAKSI YANG NAMPAK OBJEK TERBANG DATANG DARI TEMPAT PKR KE ARAH TEMPAT PKR YANG LAIN.

DAN

Takkan lah ada pemuda UMNO yang nak duduk tercongok celah-celah gerombolan AMK!!!!

Cerita asal dari blog JoePisang di bawah.

http://joepisang.blogspot.com/2012/05/baling-batu-di-ceramah-lembah-pantai.html

Monday, April 23, 2012

Nurul Izzah main kotor! Cuba kelirukan pengundi BN Lembah Pantai supaya tidak turun mengundi!


Jahat sungguh minah Nurul Izzah ni. Tak ku sangka.

Di Lembah Pantai, Nurul telah melakukan satu kesalahan penipuan yang nyata.

Berita dipecahkan oleh Berita Lembah Pantai

ceritanya begini: -

1. Semalam iaitu 23 April 2012, beberapa pengundi Lembah Pantai dari Flat Sri Pahang telah menerima satu surat berletter head Pejabat Nurul Izzah mengatakan yang mereka bukan lagi pengundi Lembah Pantai.

2. Orang-orang ini telah menghantar surat ini kepada Persatuan Penduduk mereka. Apabila diperiksa melalui Internet, rupa-rupanya mereka ini masih pengundi Lembah Pantai.

3. Mereka ini pengundi yang menyokong BN. Jadi apakah tujuan nya? Adakah tujuannya supaya nanti, orang-orang ini tak turun mengundi kerana menyangka mereka bukan lagi pengundi, oleh itu, undi untuk BN dapat dikurangkan?

Setan sungguh Nurul Izzah ini.


Ini buktinya, salah seorang yang menerima surat tersebut, Encik Kamaruddin Dali.



Lihat pembuka surat, terus kata daftar SPR diragui. kemudian kata En Kamarudin Dali telah dibuang dari daftar pemilih.
Tandatangan Nurul Izzah

Tapi Kamarudin Dali masih pengundi Lembah Pantai!

Apa akan jadi kalau ada antara penerima itu yang masih mengundi di Lembah Pantai, tidak turun mengundi sebab surat Nurul Izzah?


Jika ada makcik pakcik tua yang terima surat ini, bukankah ada kemungkinan BN akan kehilangan undi, sebab memang semua tahu Flat Sri Pahang ialah kubu kuat BN!


Ini penipuan Pilihanraya!


Mintak orang bersih, dia yang tak bersih.

Nurul Izzah guna taktik sangat jahat nak kelirukan pengundi BN!

Minta polis siasat!

Wednesday, April 18, 2012

LIVE! Penjenayah-penjenayah Adam Adli & Co pengikut Anwar di Dataran Merdeka dibelasah! Lakonan drama sendiri sebab skrip dah tak laku!




Pandai korang Berlakon ye. Pigidah, dah skrip tak laku, ko main skrip lain ye Setan!

Sebentar tadi, penjenayah-penjenayah yang tak mahu bayar hutang selepas menghabiskan duit rakyat beli handphone dan belanja awek 'dating' iaitu Adam Adli dan geng-gengnya konon dibelasah.

Piraaah! Ini semua skrip ajaran pengarah asing. Yang 'konon-konon' serang tu orang korang sendiri, lepas tu salahkan Kerajaan. Sedangkan DBKL, polis, semuanya rileks je handle korang.

Pandai korang berlakon ye? Aku dengar Fahmi Reza pengarah wannabe penyokong komunis pun ada kat situ!

Alahai, nak dapat kesian la tu. Bodoh punya penjenayah!

Wednesday, April 11, 2012

Pegawai Perubatan Istana dedahkan kebiadapan Azmin Ali, Siti Mariah dan Cina laknat Tian Chua di Istiadat Pertabalan YDP Agung

Tulisan Dr Rahman Kadir

11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.

Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.



Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

baca lagi di ANWARAIDC.COM

Thursday, April 5, 2012

Anwar kata dalam majalah Tempo "Baham pungkoq tak pa, janji bukan depan orang ramai". Kenapa sampai sekarang PAS dan orang Islam Pakatan Rakyat bisu?


Petikan artikel Majalah TEMPO Indonesia tersebut

Anwar dalam satu wawancaranya dengan Majalah Tempo ditulis berkata, "homoseksual itu tak perlu dihukum negara. Kecuali dia memamerkannya di tempat publik".

Kalau semasa wawancara dengan WSJ mengenai sokongannya pada Israel, orang PAS termasuk Murshidul Amnya habis ditipu kerana mereka tak pandai baca English, takkan yang ini bahasa Indonesia pun tak faham.


Muka depan artikel Majalah TEMPO Indonesia tersebut

Ini terang-terang Anwar kata pergaulan sesama jenis itu boleh, tak perlu dihukum! Adakah ini sesuai dan sealiran dengan perjuangan PAS? Memandangkan Anwar Ibrahim ialah Ketua dan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat, bermakna dia juga Ketua paling atas bagi ahli-ahli dan pemimpin PAS. Jadi katan-katanya mesti juga bermakna itu juga pegangan ahli-ahli dan pemimpin PAS.

Tak gitu?

Kalau tak, mana bunyi dari PAS? Tak ada seorang pun yang bersuara?

Macam mana pula dengan ahli-ahli PKR? Ok juga ke sebenarnya perhubungan sejenis ni? Bukan dalam PKR pun ada orang Islam ke, atau orang Islam PKR juga menghalalkan perhubungan sejenis? Apa hukumnya menghalalkan sesuatu yang jelas haram, seperti yang dibuat Ketua Umum dan bakal PM anda?

Macam mana pula pendirian Presiden PKR iaitu Dr Wan Azizah iaitu isteri Anwar sendiri, betul ke boleh homoseksual asal saja jangan buat depan publik?

Apa kata Nurul Izzah bt Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, anda yang nampak baik pun setuju yang hubungan sejenis itu ok? Apakah ini pendekatan yang YB mahu galakkan untuk penduduk Lembah Pantai? Ahli-ahli PKR Lembah Pantai di Bangsar, di Taman Bukit Angkasa, di Sentosa, sekarang boleh lah buat hubungan homoseksual sesama sendiri kot ye YB, janji jangan buat depan orang ramai??

Semua nya OK YB?

OK bangaaaaaattt!

Na'uzubillahiminzaalik.

Semoga selepas Pilihanraya ini orang Lembah Pantai dijauhkan dari golongan macam YB Nurul Izzah dan bapak YB penghalal homoseksual (bukan saya fitnah, bapak YB sendiri kata di Indonesia)

p/s: Yang paling bestnya laporan Majalah TEMPO Indonesia ini saya copy dari website anwaribrahimblog sensiri. Bangga sungguh dia dengan laporan ini ye.

Tuesday, April 3, 2012

Video Adam Adli kena debik di Flat 4 Tingkat Kerinchi

Ni aku dah edit balik Video Adam Adli kena debik di Flat 4 Tingkat Kerinchi, dari Free Malaysia Today tadi yang semua orang pakai.

Aku dah buang bahagian yang ada Nurul Izzah. Menyampah!

Monday, April 2, 2012

Live! Adam Adli kena debik oleh penduduk Flat 4 Tkt Kerinchi




Padan muka. Disebabkan mulut terlalu cabul, hari ini Adam Adli akhirnya kena debik dengan anak muda Flat 4 Tkt Kerinchi.

Bukan Adam Adli sorang kena. Kawannya Mat Gay si Ehsan Bukhari pun makan kasut hari ini.

Lagi menyusul. Apa kes blogging dari tepi jalan. nak pegi cari cc kejap.

Live dari Kerinchi, Lembah Pantai! 433 pemilik Flat 4 Tkt Kerinchi halau Nurul Izzah keluar!





Pagi ini pemilik-pemilik flat 4 Tingkat Kerinchi menunjukkan kemarahan mereka dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai pengkhianat orang miskin, iaitu Minah Bangkang, Spin dan Fitnah (Minah BSF) iaitu Nurul Izzah.

Ini live dari Kerinchi.

Mereka ialah sebahagian dari 433 pemilik Flat Kos Rendah PKNS 4 Tingkat Kerinchi yang dinafikan hak mereka sudah 2 tahun akibat dari hasutan Nurul terhadap lebihan 34 pemilik lain, yang enggan berpindah.

Sepatutnya pembangunan mengambil masa 3 tahun. Ini bermakna jika tiada hasutan, lagi setahun rumah mereka sudah siap, mereka sudah hidup selasa dari rumah sebesar purata 450 kaki persegi (kecik tu!) yang sudah berumur lebih 30 tahun ke rumah BARU sebesar 930 kaki persegi (besar tu!), dengan surrounding yang berlanskap dan moden.

Tapi sebab Nurul Izzah nak lawan apa saja yang Kerajaan usulkan di tempat dia, supaya orang benci Kerajaan, dia cuba gagalkan juga.

Ini kerja macam Setan.

Pagi ini pemilik mahu halau Setan! Pagi ini pemilik mahu Pembangunan diteruskan. Pemaju yang diundi sendiri oleh pemilik dan menang secara majoriti undi dari 3 pemaju lain yang turut membentangkan pelan pembangunan, pagi ini akan mula memulakan pembangunan.

Nurul Izzah dan kaki buat huru-hara dari luar sudah merancang utk datang, sambil menghasut lagi 34 pemilik yang masih belum pindah. Habis yang 433 ini Nurul Izzah tak peduli mengapa?

Tuesday, March 27, 2012

Pusat Baru Galakkan Murtad di PJ!! Khalid Ibrahim EXCO Agama Islam jangan tidur!



Apa EXCO Agama Selangor yang baru buat? Apa Kerajaan Selangor buat? Tidur ka, atau memang tak kesah orang dengan agenda pendakwahan Kristian pada orang Islam di Malaysia?

Apa PAS buat? Oh lupa, kalau ikut kata Hasan Ali, PAS Selangor tak mau bising-bising pasal Islam, pasal murtad, pasal nak menang pilihanraya. Nak menang undi orang kafir.

Lihat gambar di atas iaitu satu keratan akhbar utama. Terjemahannya:-

"Healing Rooms Ministries ialah satu rangkaian Kristian yang memberi rawatan fizikal dan emosi melalui doa yang khusus dibuat untuk seseorang individu. Ia terbuka kepada SEMUA yang sakit dan spiritualnya tertekan. Healing Rooms mempunyai lebih 200 pusat seluruh dunia. Ia kini di Malaysia. Mari, terus datang dan alami sentuhan penyembuhan Tuhan" !!!


Ini bahaya. Dari pandangan seorang penduduk KL kawasan Lembah Pantai, gereja ini kurang 10 minit berkereta dari rumah aku di Vista Angkasa, dan puluhan ribu anak-anak Islam dari Selangor dan KL terdedah kepada bahaya ini.

Nak tanya Khalid Ibrahim, bolehkah perkara begini dibuat di Selangor? Apa komen pemimpin2 Pakatan?

Apa komen Nurul Izzah? Puan Nurul, gereja ini dekat saja dengan kawasan anda di Lembah Pantai, tak ada komen apa-apa ke?

Sunday, March 18, 2012

Presiden CUEPACS tampar Nurul Izzah pasal bising sangat isu Pembiayaan Pinjaman PPR

Saya Sokong Penuh!

Itulah kata-kata Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman semasa kenyataan akhbar tentang Pembiayaan Pinjaman PPR menggunakan duit EPF.

Sesunggunya isu ini sudah banyak menarik Fitnah, dan sudah tentu kaki Bangkang, Auta dan Fitnah #1 ialah Ratu BAF atau Ratu Bangkang, Auta dan Fitnah iaitu Nurul Izzah.

Nurul ni senag je nak tunjuk diri dia buat kerja. Panggil press conference, buat tipu, auta, buat fitnah, bangkang segala-gala benda. Lepas tu kenyataan nya akan disiarkan oleh portal-portal berita Pembangkang, diwar-warkan berhari-hari macam berita benar. Ini lah modus operandi dia!



Dalam kes Pembiayaan Pinjaman PPR ini sama juga.

1. Penduduk yang 90% Melayu bukan golongan orang senang mahu beli rumah.
2. Kerajaan buat keputusan benarkan, lalu buat tawaran.
3. Ada yang x dapat pinjaman bank sbb kerja penjaja dan peniaga dan sebagainya walaupun sewa pada DBKL tak pernah lambat bayar, maka mereka hilang peluang miliki rumah.
4. Kementerian Wilayah dan Menteri Wilayah boleh saja kata "Maaflah Tuan-tuan dan puan-puan, kami dah tawarkan dan cuba sedaya-upaya bincang dgn bank, tapi mereka enggan". Tapi Menteri Wilayah Raja Nong Chik nak juga Melayu-Melayu ini miliki rumah yang boleh diwariskan pd anak-anak mereka, rumah tengah-tengah KL, nak banyakkan pemilikan aset Melayu. Maka buat Program Pembiayaan, dan jumpa dengan badan-badan yg berkemungkinan berminat utk melabur.
5. Beberapa badan berminat, tapi offer EPF paling menarik. So terima tawaran EPF.

Untuk lebih faham isu ini, nampak gayanya Yayasan Wilayah dan Raja Nong Chik dah buat jawapan lengkap di http://www.basmihasutan.com/ dan di Website Yayasan Wilayah di sini.

Itu lah ceritanya. Tapi Nurul x habis cuba merosakkan Program Pemilikan Aset Tengah Bandaraya KL bagi Orang Melayu yang paling signifikan sekali di Milenia baru ini.

Baru-baru ini Malaysian Insider siarkan satu artikel kata CUEPACS x sokong dan sebagainya. Nah tiba-tiba Presiden CUEPACS pada Khamis lepas (15/3/2012) kata CUEPACS sokong, malah CUEPACS mahu ia diluaskan lagi pada pesara awam.

Hah, CUEPACS bagi satu pelempang pada Nurul.

Harap-harapnya pengundi Melayu terutama yang di Lembah Pantai dan KL boleh sebarkan cerita ini pada pengundi-pengundi Melayu lain, janganlah sekali-kali lupa yang Melayu PKR sanggup halang orang Melayu dapat rumah sendiri, semata-mata sebab politik!

Thursday, March 15, 2012

NGO Bersih, M'siakini, M'sian Insider & Free Malaysia Today wajib tanya Nurul Izzah mengapa Khalid Ibrahim jadi Pengundi Hantu di Lembah Pantai


Sebelum ini beberapa bulan dulu masih kita ingat betapa kuat nya Nurul Izzah menyalak pasal pengundi hantu di Lembah Pantai.

Maka kesemua portal-portal Berita PR berlumba-lumba menyiarkan aduan Nurul yang tidak berasas. Semuanya tak pasal-pasal menyalahkan UMNO.

Tiba-tiba hari ini kita dikejutkan dengan laporan bahawa yang rupa-rupanya yang jadi pengundi hantu di Lembah Pantai ialah orang PKR. Dan yang jadi contoh, yang kantoi jadi pengundi hantu bukannya calang-calang orang, tapi orang PKR yang semua orang kenal, iaitu Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Pada tahun 2008 Khalid Ibrahim ialah pengundi di Selangor:-


Tapi tiba-tiba untuk PRU-13 akan datang Khalid Ibrahim akan mengundi di Lembah Pantai.


Mungkin ada yang akan kata, ini Khalid Ibrahim lain. Tapi kalau tak percaya boleh google Khalid Ibrahim dan check tarikh lahir dia, ada dilaporkan dalam beberapa laman web rasmi badan-badan korporat sebab Khalid Ibrahim ini dulu orang korporat.

Cerita ini turut dilaporkan di:-

http://razlans.blogspot.com/2012/03/khalid-ibrahim-pengundi-hantu.html
http://minda-hijrah.blogspot.com/2012/03/bongkar-mb-selangor-khalid-ibrahim.html
http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/03/kp-seputeh-razlanrafii-dedah-khalid.html
http://1peluru.blogspot.com/2012/03/panasss-kp-umno-seputeh-dedahkan-mb.html
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/03/khalid-ibrahim-pengundi-hantu-di-lembah.html
http://apakecoh2.blogspot.com/2012/03/nurul-izzah-bawa-pengundi-hantu-ke.html

Macam mana ini? How meh? Khalid Ibrahim sudah tentu undi PKR, jadi adakah ini kerja UMNO pula? Ini sudah tentu kerja PKR, takkan PAS pulak boleh arahkan Khalid mendaftar mengundi di sini?

So siapa yang buat? Siapa Ketua Cabang PKR Lembah Pantai? Nurul Izzah. Siapa Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai? Nurul Izzah.

So siapa yang pindahkan Menteri Besar PKR ni jadi pengundi hantu Lembah Pantai? Mestilah ....

Kita tengok jadual atas; Lokaliti, Kuarters Kakitangan Universiti? Sejak bila Khalid Ibrahim tinggal di Kuarters Kakitangan Universiti Malaya? Bukan kah ini satu penipuan? Guna alamat palsu untuk daftarkan tempat mengundi?

Satu lagi persoalan yang berlegar ialah jika Khalid Ibrahim sendiri boleh dipindah begini jadi pengundi hantu untuk Nurul Izzah, berapa ramai lagi yang didaftar PKR secara tipu sebegini, iaitu bawa orang luar utk undi di Lembah Pantai?

Di sini kami menyeru SPR untuk mengambil tindakan mengeluarkan Khalid Ibrahim dari daftar pengundi kerana jelas dia pengundi hantu. Kita juga menyeru NGO-NGO yang meenyokong Daftar Pemilih yang bersih termasuk Bersih untuk menyokong seruan kami ini mengeluarkan Hantu seekor ini dari daftar Lembah Pantai.

Macam mana ini? Kalau dulu portal-portal Malaysiakini, Malaysian Insider & Free Malaysia Today sibuk menyiarkan cerita pengundi hantu Lembah Pantai, nah, bukankah ini berita dan cerita paling besar!

Tanyalah Nurul Izzah!! Apa yang susah sangat?!

Atau adakah wartawan-wartawan dan editor-editor Malaysiakini, Malaysian Insider & Free Malaysia Today semuanya hipokrit. Are you people at Malaysiakini, Malaysian Insider & Free Malaysia Today all hypocrites? Helloo!!

Friday, February 3, 2012

Anwar Berahim hangin dengan Nurul Izzah - macam mana sokongan padu boleh susut di Lembah Pantai?!



Tak sangka pula kedatangan Anwar Ibrahim ke Lembah Pantai Hari Wilayah lalhttp://www.blogger.com/img/blank.gifu membawa banyak cerita.

Berikut aku bagi posting terbaik dari Berita Lembah Pantai, nanti aboudiabydoo akan korek cerita sendiri dari kekawan yang pergi ... hehe habislah Nurul izzah ...

Hari Wilayah baru-baru ini, iaitu pada 1 Februari 2012, Anwar Ibrahim telah cuba menggegarkan Lembah Pantai dengan membuat 2 program besar di Lembah Pantai.

Program pertama mereka ialah di kubu kuat Nurul Izzah tahun 2008, di Taman Seri Sentosa, Jalan Kelang Lama.

Semasa PRU-12, peti undi Taman Seri Sentosa Selatan memberikan majoriti paling besar untuk Nurul Izzah ke atas Datuk Shahrizat dari 18 Peti Undi di Lembah Pantai. 4 Peti undi di sini, Taman Seri Sentosa Selatan, Taman Seri Sentosa Utara, Kg Bahagia dan Kg Bohol, membentuk separuh jumlah pengundi Cina seluruh Lembah Pantai.

Anwar Ibrahim telah membawa angkatan nya yang dijangka dapat menarik jutaan penduduk Lembah Pantai terutama di Taman Seri Sentosa turun.

Yang pertama, dibawanya Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai yang lebih kerap turun ke London dan Jakarta dari turun melawat Lembah Pantai.

Yang kedua, Tian Chua Raja Menyelit Program yang dipercayai sudah banyak mengajar Nurul Izzah tentang ilmu Menempel di Program Orang Lain dan Mencuri Kredit, dan yang ketiga, Hero India baru Anwar iaitu N. Surendran yang menggantikan semua hero India Anwar sebelum ini (Datuk Nallakaruppan, YB Gobalakrishnan) yang sudah ditikam beliau dari belakang selepas digunakan.

Program mereka ada 2. Yang pertama Majlis Chinese New Year di Taman Seri Sentosa, sebanyak 10 khemah telah didirikan dan target PKR ialah 5,000 jemputan.

Surat jemputan & flyers dihantar terus ke rumah-rumah.

Sakai Lim dan Sundra telah diminta mendapatkan crowd 5,000 orang ini.

Tapi yang datang akhirnya hanyalah sekitar 300 orang lebih sikit, bercampur-campur.

Dari laporan wartawan kami yang merupakan orang Flat AC4 Sentosa iaitu anak tempatan, banyak muka-muka Cina yang dilihatnya ialah muka yang dia sendiri tak pernah nampak. Muka-muka oldtimer PKR Taman Seri Sentosa, termasuk Ketua Ranting PKR Taman Seri Sentosa iaitu Sifu Chan juga tidak turun, sedangkan Sifu Chan sentiasa hadir dalam semua Program lain di Sentosa, termasuk juga program Raja Nong Chik.

Memandangkan ini program Tahun Baru Cina, ang pow juga diedarkan. Tapi machttp://www.blogger.com/img/blank.gifam tak percaya wartawan kami bila tengok jumlah ang pow yang diedarkan, 2 ringgit saja satu ang pow!? 2 ringgit !!!!

Memang dasar Nurul Izzah, nak terbang ke London, ke Turkey, ke Jepun setiap minggu duduk di hotel kelas satu banyak pulak duit, tapi ang pow untuk pengundi Lembah Pantai dia dibaginya 2 ghinggit je!

Adusss kedekutnya Ratu Selit ni!

Yang paling kelakar bagi wartawan kami ialah apabila beberapa pemuda Cina mula menjerit-jerit memerli Anwar semasa dia berucap, sebab bagi ang pau 2 ringgit. Antara yang dilihat menjerit ialah si Danny, cina PKR sini jugak tu. Bayangkan Cina PKR Lembah Pantai sendiri dah takde ... (lagi di Berita Lembah Pantai)

Thursday, December 15, 2011

PAS Lembah Pantai bangkitlah. Tegurlah sahabat anda juga Wakil Rakyat Lembah Pantai yang mempromosikan arak ...




Semua orang tahu yang sejak berkongsi mimpi dengan DAP dan PKR, pendirian dan pendekatan PAS sudah terbalik. Tapi kalau pun betul dah terbalik, sekurang-kurangnyhttp://www.blogger.com/img/blank.gifa dalam benda-benda asas tunjukkanlah juga pendirian sebagai orang Islam, apatah lagi nama parti pun Parti Islam Semalaysia.

Baru-baru ini Wakil Rakyat liberal Lembah Pantai, YB Nurul Izzah dengan selambanya mempromosikan satu wacana Ilmu, malangnya Ilmu Arak, bila dia mewar-warkan Acara Wine Masterclass atau terjemahan kasarnya Kelas Kepakaran Wain. Untuk pengetahuan penyokong-penyokong PAS, wain itu arak, air kencing setan!

Mengapa Nurul mempromosikan wine masterclass itu hanya dia yang tahu. Tetapi mengapa pula PAS terutama PAS Lembah Pantai berdiam diri? Adakah kerana tukang promosinya ialah sahabat mereka, jadi tidak boleh ditegur. Atau PAS Lembah Pantai takut kehilangan undi Cina dan India jika menegur.

Mungkin PAS Lembah Pantai anggap ini perkara kecil, tapi jika seorang wakil Rakyat Islam mengajak orang ramai datang ke Pesta Arak itu perkara kecil, apa perkara besar bagi PAS?

Lagipun, bukankah PAS Lembah Pantai ada pegawai penting dalam kumpulan rapat Nurul Izzah, iaitu Ridzuan yang bertugas sebagai Setiausaha Parlimen Nurul Izzah merangkap pengiring pergi kenduri Nurul Izzah? Tidakkah dengan seruan Nurul supaya orang ramai datang ke Wine Masterclass, PAS Lembah Pantai melalui ahlinya yang satu ini juga turut terpalit, seolah-olah setuju dan takda masaalah dengan seruan Arak itu?

Saya tinggal di Lembah Pantai dan oleh itu tindakan perempuan ini, promosi Nurul Izzah ini, juga terkena pada saya kerana anak-anak saya juga dikira dijemputnya. Biadap sekali mengajak orang Islam seperti kami pergi Pesta Arak dia Saya dengan ini menegur Puan Nurul Izzah, yang juga ada anak-anak, supaya tidak lagi selepas ini cuba mempromosikan sama ada Pesta Arak atau apa saja Pesta Maksiat kepada orang awam.

Saya harap dengan teguran ini tanggungjawab saya menegur sudah tertunai. Tapi sedih bila sebuah organisasi seperti PAS Lembah Pantai sepi tak berbunyi.

Lagi ulasan perkara ini di sini:-

http://beritalembahpantai.blogspot.com/2011/12/ahli-parlimen-lembah-pantai-kita-promo.htmlLink

http://apakecoh2.blogspot.com/2011/12/nurul-izzah-lebih-hebat-dari-datuk-seri.html

Tuesday, December 6, 2011

Hehehe! Pakatan Rongak konspirasi laga-lagakan Sharizat dan Raja Nong Chik di Lembah Pantai. Tak Menjadi!

Apakah sumbangan Nurul Izzah pada BN Lembah Pantai?

Sumbangan Nurul Izzah ialah membantu BN Lembah Pantai menukarkan Lembah Pantai dari kawasan Putih PKR kepada kawasan Kelabu-Hitam PKR.

Semasa dia bertanding dulu, dalam kempennya habis semua makcik dan pakcik, adik-kakak teruja tengok beliau dengan 2 modal besarnya; mukanya yang cantik tersenyum-simpul, dan kedudukan nya sebagai kroni paling Besar PKR, iaitu anak Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Maka akibat dari 4 faktor iaitu
(i) tsunami politik ,
(ii) kerja keras oldtimers Reformasi 1998 dari Kerinchi dan Pantai Dalam dan
(iii) kegagalan Pak Lah mengisytiharkan penjualan rumah PPR pada penyewa/penghuni, dan
(iv) muka Izzah cantik dan status kroni terbesar PKR,

Kak Ijat yang banyak membantu penduduk Lembah Pantai hatta hingga tengah malam pun turun kebakaran, hanyut di celah-celah arus tsunami PRU-12.

Mujurlah Nurul Izzah ini 2x5 bapa nya, iaitu cakap banyak tapi kerja kosong. Sejak mula, orang mula bertanya mana dia Ahli Parlimen mereka yang masa belum menang tersengih sana-sini, tapi bila lepas menang hanya menghantar pegawai-pegawai Indianya yang diketuai Chief Kebajikannya, Parthiban untuk turun padang.

Nurul sendiri hanya turun sekali-sekala, itupun biasanya sekejap saja buat modal Twitter dan facebook. Bila rakyat dilanda masalah besar pun, beliau tak turun dan lebih senang kehulu-kehilir buat program di tempat lan, maklumlah pemimpin nasional!

(Lihat blog orang PKR LP: YB Nurul tak datang pun tengok maslah kat Kondo Rakyat. Sibuk kempen ke?)

Yang penting beliau akan mentwitkan seantero dunia seolah-olah dia paling kuat bekerja.

Ada juga Nurul buat kerja, bukan takda langsung, tapi sikit sangat!

Twit-twit seperti "Baru balik Pasar Malam kerinchi, sedap apam kak Jah" dan "Beli air sirap di Pantai Dalam" menguasai senarai twit Nurul Izzah. Diputar alam nya dunia dengan Twitter dan FB, konon dia rajin bekerja. Orang tempatan memerhati dan menyimpan sakit hati.

Satu contoh dari blog tempatan Lembah Pantai: Edisi Siasat! Siri Putarbelit dan Main Wayang Nurul Izzah MP Lembah Pantai.. Dengan bukti bergambar!

Perkara kedua yang Nurul 2x5 dengan bapanya ialah kesibukannya mempromosi diri sebagai ahli politik global. Sekejap-sekejap, Nurul akan ke London, ke Jakarta, ke Australia, ke Oslo mengalahkan Menteri Luar tidak lain tidak bukan untuk merencanakan politik bapanya. Di Jakarta beliau memburuk-burukkan kapal selam, di London beliau memburuk2kan SPR.

Malah di mana-mana beliau memburuk-burukkan negara, dengan tujuan mendapatkan sokongan antarabangsa menentang Kerajaan Malaysia. Jika Anwar disalahkan menyebabkan orang Indonesia benci pada Malaysia, jangan lupa YB Lembah Pantai ini juga turut terlibat dengan kerja-kerja buat orang benci Malaysia seperti ini.

Orang Lembah Pantai tengok je perangai YB baru mereka ini yang lebih kerap pergi ke Indon dari turun ke kawasan mereka. Sakit hati semakin berbuku.

Perkara ketiga dan paling PARAH yang Nurul 2x5 dengan bapanya ialah cara dia melayan dan menggunakan orang. Boleh dikatakan habis hero dan heroinnya dipinggirkan.

Lihat "Kami kerja macam anjing tolong Nurul Izzah" - Aktivis PKR Lembah Pantai

Mula-mula yang terpinggir ialah aktivis Reformasi seperti Ketua AMK Lembah Pantai dan Wilayah pada masa itu, Tn. Haji Md Zaman Md Tasi dan orang-orang seumpamanya. Mereka makan hati melihat Nurul menggunakan Parthiban, Raymond dan sebagainya walau di tempat Melayu.

Sebaliknya bila mereka mengadakan Program atau Majlis secara sendiri-sendiri tanpa bantuan "YB", tiba-tiba di saat akhir YB akan turun dan hijack program.

Lihat Mungkinkah ini sebab Nurul Izzah nak mandikan Md Zaman di Lembah Pantai?

Kemuncaknya ialah apabila group Reformasi 1998, atau di peringkat tempatan dikenali sebagai "Otai Reformasi" mencabar Nurul dalam pemilihan PKR Cabang.

Team Nurul menang, tetapi tuduhan menipu dihumbankan pada Nurul, dengan bukti bergambar dikeluarkan oleh group Otai Reformasi.

Lihat blog orang depa sendiri yang bengang, Team Harapan Bachin anak Ketua Umum dan Presiden menipu! Bukti bergambar. dan Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan

Bantahan juga dibuat pada Jawatankuasa Pusat tetapi sepertimana tikaman belakang pada Zaid Ibrahim, pada Jeffrey Kitingan, pada Chegubard yang didedahkan oleh sekian banyak orang PKR sendiri, bantahan ini habis begitu saja. Akibatnya, Otai Reformasi ramai yang keluar parti, ada yang keluar dari kawasan membantu pemimpin PKR di Selangor sambil cari wang.

Orang-orang luar dan orang-orang yang tak ada kena-mengena dibawa masuk dan dipaksakan menjadi pegawai tinggi tanpa mengambil kira pandangan AJK Cabang. 2 watak utama, Fahmi Fadzil budak PJ dilantik jadi orang kanan Cabang, dan seorang lagi budak hingusan Terengganu dari Akademi Pengajian Islam bernama Wan diberi jawatan Setiausaha Parlimen. Kumpulan lama PKR Lembah Pantai memanggil mereka ini Team Harapan Barua.

Lihat blog PKR LP: Kami dah bagitahu YB Nurul dah pasal budak Fahmi Fadzil ni!

Kalau dulu Parthiban menjadi ayam tambahan, kini Parthiban juga dipinggirkan. janji-janji Parthiban pada pengundi sehingga janji nak bagi kerusi roda pun melebihi setahun tak ditunaikan sebab tiada sokongan, sehingga Parthiban yang kena bambu dengan penduduk. Akhirnya dia sehingga keluar parti bersama geng-geng Indianya.

Lihat 250 Anggota PKR Lembah Pantai Keluar Parti, Tubuh NGO Sokong BN

Di Sentosa, kebanyakan orang kuat Nurul berbangsa Cina juga turut meninggalkan perjuangan. Lebih parah, mereka dilihat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO yang menyokong semangat 1Malaysia.

Pada masa yang sama, BN terutama UMNO LP memainkan peranan. Kekuatan kerja BN yang diketuai Ketua Bahagian Raja Nong Chik mempanikkan Nurul Izzah. Strategi buat kebajikan dan pembangunan untuk rakyat terbanyak yang dirasai semua orang dipertingkatkan.

Tiada hari yang berlalu tanpa aktiviti BN di Lembah Pantai sejak beliau dilantik Menteri Wilayah, sama ada beliau hadir atau tidak. UMNO bersatu dan parti-parti komponen lain juga menerima suntikan semangat. NGO-NGO Lembah Pantai juga turut bersemangat membantu BN. Sokongan penuh dari PM dan TPM dan pimpinan Pusat banyak membantu.

Bukan setakat orang BN dan atas pagar didekati. Malah kenduri orang PAS pun Ketua dan AJK Bahagian turun, sakit mati orang PAS pun Ketua dan AJK Bahagian ziarahi. Orang PAS dan PKR pun dapat lesen berniaga, dapat bantuan, dapat keprihatinan.

Lihat Perbezaan Parti Tidak Menghalang Pemimpin Kita Menziarahi Arwah Hj Osman Ujang

Selama tiga tahun berusaha sehingga pukul 4 pagi pun ada program bersama rakyat, BN Lembah Pantai berjaya menterbalikkan senario PRU-12 dan sudahpun bersedia merampas kembali kerusi Lembah Pantai.

Nurul Izzah dan strategis Pakatan tahu perkara ini. Mereka ada buat kajian, dan hasil kajiannya , LEMBAH PANTAI GELAP UNTUK PKR!!!

Masalahnya DI PERINGKAT TEMPATAN, mereka tak boleh berbuat apa-apa. BN Lembah Pantai tiada skandal, tiada isu untuk diputarbelitkan. Pasukan BN terutama UMNO Lembah Pantai cukup bersatu dengan sokongan padu rakyat termasuk pengundi-pengundi yang memangkah Nurul dulu, termasuk ramai orang PKR dan orang PAS.

Nak sampai pada grassroots, Nurul sudah tiada pemimpin grassroots. Gang-gang Otai Reformasi tidak mahu kembali kerana sudah tahu perangai Nurul. Parthiban dan Raymond sudah ada NGO sendiri yang menyokong semangat 1Malaysia.

Nak harap pada orang-orang yang memainkan peranan besar dahulu mengatur strategi di Lembah Pantai, mereka juga sudah tiada. Datuk Salehuddin bekas Setiausaha PKR yang dulu memainkan peranan utama mengatur strategi di LP sudah menjadi musuh Anwar dan PKR, yang muda-muda semacam Rafizi dan Nik Nazmi sibuk nak menang di kawasan sendiri.

Akhirnya terpaksa lah PKR mencipta isu. Isu yang dilihat paling baik ialah tunjukkan seolah-olah ada pergaduhan dalam UMNO, dengan DS Shahrizat dan Raja Nong Chik dilihat sebagai target yang paling ranum.

Maka bergeraklah jentera strategi mereka, dimulakan antara lain dengan artikel "PRU-13: BN
Lembah Pantai bergelora" dalam Free Malaysia Today yang memfitnah konon orang Raja Nong Chik gembira dengan isu fidlot DS Sharizat, sedangkan habuk pun takda. Direka kononnya ada sumber bernama "Ani" yang memberi laporan. Sapa-sapa pun boleh reka nama, Ani, Ina , Inul, Anu, nama apapun boleh dibuat-buat sebagai sumber!

Padahal di dalam BN Lembah Pantai, masing-masing rileks je. Sudah tentu sesiapapun diterima, janji Nurul dapat ditumpaskan.

Ini disambut pula oleh Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Malaysiakini dan Malaysian Insider, menunjukkan konon ada perebutan untuk jadi calon.

Masing-masing cuba menimbulkan kekecohan. Sebagai contoh dalam Malaysian Insider semalam, tajuk berita dilaporkan "Biar pucuk pimpinan tunjuk Shahrizat ‘jalan’, kata Raja Nong Chik".

Wah, hebat bunyinya, seolah-olah Raja Nong Chik mendesak pucuk pimpinan membuat keputusan.

Cari punya cari dalam artikel, tak ada pun ayat yang disebut Raja Nong Chik yang berbunyi macam tajuk.

Yang ada hanyalah “Banyak isu yang dibangkitkan pembangkang kebelakangan ini, dan sekarang ini pun siasatan masih lagi sedang berjalan berhubung perkara itu. Jadi biarlah siasatan selesai dahulu,”. Kepada penulis Malaysian Insider, ayat ini maksudnya ialah supaya menyerahkan isu ini pada proses yang sedang berjalan oleh pihak berwajib, tak perlu nak disensasikan.

Lagi ada juga ayat, “Biarlah pucuk pimpinan yang menentukan kedudukan beliau,”.

Jawapan sebegini adalah jawapan yang paling biasa yang diutarakan orang politik yang bermaksud perkara ini tak perlu diulas-ulas, biarlah pucuk pimpinan yang menentukan kedudukan beliau kerana pimpinan parti lebih arif apa yang perlu dibuat.

Kat mana yang Raja Nong Chik kata "Biar Pucuk Pimpinan Tunjuk Jalan"? Pelik Malaysian Insider ni, mungkin penulisnya tak berapa faham bahasa malaysia.

Hehehe. Dahsyat strategi Pakatan. Malangnya di peringkat Lembah Pantai, isu ini tak jalan. Masyarakat di sini lebih arif tentang siapa DS Shahrizat, siapa Raja Nong Chik. Mereka tahu yang kedua-duanya bersedia dan memang bersatu memenangkan BN di Lembah Pantai, dengan sokongan padu komponen BN lain.

Yang dok terketar ialah Nurul dan Team Harapan Barua nya yang gagal sama sekali. Langkah mereka tersekat sana-sini di peringkat tempatan, yang diharap ialah jentera dari Pusat.

Yang pastinya, pertempuran sengit akan berlaku antara calon BN walau sesiapa saja pun dengan Nurul yang sebenarnya bakal mati lemas, kojol di Lembah Pantai di tangan pengundinya sendiri.

Konspirasi Pakatan Rongak cuba laga-lagakan Sharizat dan Raja Nong Chik di Lembah Pantai sudah gagal sama sekali. Kita tunggu dan lihat apa lagi strategi seterusnya.

Thursday, October 6, 2011

Jawapan mantap Raja Nong Chik buat beruk-beruk sarkas Pakatan dalam Parlimen ternganga macam tikus bodoh tepi longkang!

Pergh! Puas hati betul tengok pembangkang kena semalam dengan datuk RNC Menteri Wilayah pasal Kg Baru. Konon nak jadi hero, habis semua sayur. Lagi best Nurul Izzah, mula-mula bising bagai, last-last balik rumah tidur masa orang belum habis bahas, masa orang mengundi dia dah lena. Pergh! Pemalas betui Cik Ijah ni.

Tahniah RNC yang betul-betul berani nak mulakan juga langkah pertama ke arah era baru Kg Baru. tahniah juga pada majoriti penduduk yang beri sokongan.

Apa pun baca petikan dari Hansard utk penjelasan dari pak menteri sendiri.



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin]:
Yang Berhormat daripada Kota Raja telah menyebut hasrat atau peranan arwah dan juga bahawa kita ataupun pihak kerajaan telah menolak peranan MAS dan mencadangkan cara-cara yang lain untuk membangunkan Kampong Bharu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apa yang telah diutarakan dalam rang undang- undang ini adalah pandangan-pandangan daripada MAS dan badan-badan bukan kerajaan lain yang mewakili pemilik dan pewaris Kampong Bharu. Boleh katakan MAS yang menjadi sekretariat yang mengadakan perjumpaan dengan semua kampung di Kampong Bharu, MAS yang mengendalikan. MAS yang mengendalikan referendum di Kampong Bharu. MAS yang telah memberi sokongan yang begitu padu kepada kami.

Jadi, kalau Yang Berhormat memperjuangkan MAS, saya pun tidak tahu mana hubungannya antara Yang Berhormat dengan MAS? Untuk makluman, perubahan-perubahan rang undang-undang ini adalah juga daripada maklum balas yang kita telah terima daripada NGO-NGO Kampong Bharu yang mewakili pemilik dan pewaris Kampong Bharu dan bukan adalah daripada mana-mana parti politik pun.

Ahli-ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan pembangunan yang telah dicadangkan di Kampong Bharu, adalah juga satu cara yang pihak kerajaan telah fikir sedalam-dalamnya. Kalau dahulu ada juga pihak-pihak swasta yang cuba mengusahakan dan membangunkan Kampong Bharu.

Akan tetapi oleh sebab perkara-perkara yang tertentu, perkara itu gagal. Jadi, setelah kita mendapat pandangan daripada pemilik dan pewaris yang meminta pihak kerajaan sendiri memacukan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan Kampong Bharu, so yang paling sesuai adalah mengadakan satu perbadanan.

Untuk makluman, Perbadanan Kampong Bharu jika berjaya boleh menjadi satu contoh untuk dibangunkan kawasan-kawasan Melayu lain di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di kawasan Yang Berhormat Wangsa Maju, mereka daripada kampung-kampung yang berkenaan telah mencadangkan membuat ataupun mencadangkan perbadanan ini
memasukkan kawasan mereka ke dalam Perbadanan Kampong Bharu. Akan tetapi untuk masa ini belum lagi sesuai. Jadi, inilah berkenaan dengan penerimaan Ahli-ahli Yang Berhormat dari segi Kampong Bharu.

Berkenaan dengan kepentingan orang Melayu. Saya rasa banyak perkara yang telah dibuat dalam rang undang-undang ini memang hendak memastikan kepentingan orang Melayu dijaga dengan beberapa cara yang seboleh-bolehnya iaitu dari segi kepentingan orang Melayu, perbadanan iaitu fasal 14(4). Perbadanan hendaklah menjalankan fungsinya dengan melindungi, memelihara dan memulihara kepentingan orang Melayu. Jadi, ayat-ayat itu terlalu mendalam untuk memperjuangkan ataupun menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Kita telah menetapkan pengerusi mesti orang Melayu.

Keanggotaan Perbadanan mesti orang Melayu, ketua pegawai eksekutif mesti orang Melayu.

Lembaga Penasihat datangnya daripada mana? Pemilik dan pewaris Kampong Bharu daripada Lembaga Perbadanan iaitu enam orang. Lima dan satu adalah juga pemilik dan pewaris orang Melayu. Jadi, boleh dikatakan hampir semua adalah orang Melayu Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: [Bangun]

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Jadi, inilah dan satu lagi saya hendak jelaskan dari segi MAS. MAS bersama dengan kita. Kalau Yang Berhormat tidak percaya, datanglah ke pejabat saya. Saya akan tunjukkan semua wakil-wakil MAS.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]:
Boleh, boleh? Tidak apa, tidak apa, minta, minta penjelasan.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Ya, datang ke pejabat saya. Saya sudah berjumpa dengan mereka berkali-kali.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]:
Saya minta penjelasan.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Yang Berhormat, saya sudah buat program dengan mereka. Jadi, kalau Yang Berhormat kata mempertahankan MAS, saya tidak tahulah MAS mana yang dipertahankan. Ataupun penerbangan MAS kot, yang itu kot.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]:
Ya, mohon penjelasan.

Mahfuz pening dok dengaq. Hang paham ka oii!

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Akan tetapi MAS di kampung baru sudah bersama dengan kita. Jadi, berbalik kepada MAS, memang di peringkat awal sebelum semasa rang undang-undang fasa pertama dirangka, cadangan daripada pihak Peguam Negara adalah tidak perlu diadakan MAS. Akan tetapi oleh sebab kita telah serapkan seluruh anggota MAS 10 orang, tujuh ketua kampung dan tiga penjawatnya masuk dalam lembaga penasihat. 10 orang sudah masuk dalam lembaga penasihat. Akan tetapi atas permintaan daripada warga Kampong Bharu termasuk MAS sendiri dan atas juga nasihat daripada Sultan Selangor, kita tidak membatalkan MAS Yang Berhormat.

Akan tetapi dari segi kuasa MAS pada masa ini, kuasa MAS pada masa ini Yang
Berhormat sebelum ada rang undang-undang, dari segi tanah-tanah yang telah dimiliki oleh individu, MAS tidak ada kuasa. Dalam kanun-kanun, ia telah diserahkan kepada Kanun Tanah Negara dan di bawah kuasa Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Dari segi kuasa perancangan, di bawah Dewan Bandar raya Kuala Lumpur. Pada masa ini Yang Berhormat, sebelum perbadanan. Jadi MAS hanya menjaga keadaan sosial dalam kawasan Kampung Baru dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jadi inilah peranan MAS pada masa ini. Walau bagaimanapun, dalam rang undang-undang ini kita tidak menidakkan dan oleh kerana permintaan kita tidak membatalkan MAS dan saya rasa tidak ada keperluan untuk membatalkan MAS. Jadi dari segi sejarah, elok juga MAS diadakan dan MAS boleh bekerjasama dalam lembaga penasihat untuk memastikan khususnya dari segi kebudayaan, keagamaan dan lain-lain dapat diperjuangkan di dalam lembaga penasihat.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]:
Okey, boleh sikit? Saya duduk Pantai Dalam, saya duduk dalam kawasan Yang Berhormat, boleh kot, bolehlah sikit.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Okeylah.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]:
Yang Berhormat, saya sebenarnya di sini ialah kita dalam membangunkan masyarakat, pendekatan yang diajar ialah muafakat.

Muafakat maksudnya berunding dulu, itu yang diajar dalam kebudayaan. Cuma di sini ada satu semangat yang ditunjukkan oleh rakan saya Yang Berhormat Kinabatangan tadi yang menggunakan perkataan transparency, tidak sempat hendak jawab saya tadi, saya harap Menteri jawab. Yang Berhormat Menteri, saya hendak cadangkan kalau Yang Berhormat Menteri boleh setuju, referendum. Apabila menteri menggunakan perkataan referendum itu, saya mohon Menteri kalau boleh sebab di sini kita memerlukan fakta. Mungkin Menteri boleh menunjukkan kepada kita berapa ramai, siapa duduk?

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Fasal referendum Yang Berhormat, elok saya hendak tegaskan di sini mungkin ada salah faham daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan soal hak ataupun kuasa Perbadanan Kampung Baru ini. Kalau kita tengok tidak ada kuasa untuk memiliki mana-mana tanah daripada Kampung Baru. Itu adalah kuasa kalau ada pun daripada hak kerajaan di bawah land acquisition, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Bermakna perbadanan tidak akan sekali-kali menjadi badan yang akan seperti banyak Yang Berhormat menuduh, menjadi badan yang akan ambil alih tanah orang Melayu, tidak. Kita akan menjadi pemudah cara, perunding dengan orang-orang Melayu di Kampung Baru. Kalau mereka tidak setuju, kita tidak akan bangunkan, kalau ada orang Melayu yang setuju, umpamanya ada sekarang satu syarikat Melayu bernama Zikay, mereka boleh bangunkan kawasan mereka, kita dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita facilitate mereka, memberi mereka insentif dengan CCC 10, dengan facilitation grant.

Jadi dengan izin supaya lepas itu memberi insentif dari segi premium atau development
charge supaya mereka dapat bangunkan kawasan. Kita tidak sekali-kali berniat untuk mengambil alih tanah sesiapa pun tetapi Yang Berhormat perlu fikir ada banyak mereka yang ada tanah sikit-sikit ini, 5,000 kaki persegi, 10,000 kaki persegi yang mungkin ada sepuluh pemilik. Ada satu yang ada 143 pemilik, keluarga mereka. Jadi bagaimana mereka hendak bangun sendiri Yang Berhormat, bagaimana? Hanya perbadanan yang boleh menjadi pemudah cara, perunding dengan GLC-GLC yang dimiliki oleh bumiputera, faham tidak?

Bermakna pihak kerajaan telah luluskan empat GLC, kita dah kenal empat GLC yang
semua berkepentingan bumiputera seperti PNB, Tabung Haji, Pelaburan Hartanah dan satu lagi Permodalan Putrajaya Holdings. Ini bermakna kita tidak memberi ruang kepada syarikat-syarikat swasta ambil alih tanah orang Melayu di Kampung Baru kecuali dengan persetujuan mereka dan ini melibatkan GLC sahaja kecuali di Kampung Baru ada orang Melayu sendiri yang memiliki tanah mereka boleh bangun sendiri. Yang ini kita bantu, seberapa boleh kita bantu.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Jadi kalau tidak ada badan seperti Perbadanan Kampung Baru, bagaimana kita hendak bantu mereka ini. Jadi sampai sekarang - Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh sana boleh cakap tetapi apa dia punya vehicle, lain daripada vehicle perbadanan ini, apa vehicle? Saya diberitahu Yang Berhormat belah sana mencadangkan termasuklah Arwah Yang Berhormat Lo’Lo’ menyatakan badan amanah, banyak kali badan amanah ini. Pada peringkat permulaan amanah dia kuatlah tetapi apabila tengok duit dah banyak, harta dah banyak, amanah pun jadi hilang. Akan tetapi ini adalah satu perbadanan yang di bawah naungan kerajaan, ia juga kita kena lapor pada Parlimen. Jadi saya rasa Audit Negara, saya rasa itu dah terbaik, yang paling terbaik punya modul.

Tuan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]:
Minta penjelasan, sikit sahaja.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Jadi modul lain mana, kita dah tunggu bertahun-tahun hendak bangunkan Kampung Baru. Yang Berhormat bukan datang daripada Kuala Lumpur, saya datang daripada Kuala Lumpur, kecil daripada Kuala Lumpur, bersama-sama dengan orang Kampung Baru. Jadi tahu kah bagaimana orang bandar, orang Melayu bandar jika tidak dibangunkan, tidak diberi peluang untuk dimajukan, apa yang kita tinggal?

Macam di Kampung Kerinchi, boleh cakap, siapa yang menentang? Pihak daripada sana, daripada PAS, PKR yang menentang, 90% tidak setuju, 10% yang menentang, saya tetap akan berhujah Tuan Yang di-Pertua, tetap.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Pada saya cukup emosi kerana 10% yang dipengaruhi oleh belah sana, 10% hingga 90% yang masa saya ketua pemuda dulu sudah minta untuk dibangunkan, 20 tahun dahulu, dah minta untuk dibangunkan, oleh sebab 10% tidak setuju, 90% kena tunggu kawasan yang mundur padahal rumah flat yang RM50,000 boleh meningkat kepada RM250,000, fasal golongan yang kecil termasuklah Yang Berhormat Parlimen Lembah Pantai juga terlibat. Jadi ini ...

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin:
Yang Berhormat Batu tadi telah menyentuh berkenaan dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Rombongan daripada kementerian telah berjumpa dengan Sultan Selangor dan beliau menyokong penuh pembangunan Kampong Bharu.

Ada dua permintaan sahaja iaitu Kelab Sultan Sulaiman dan juga Masjid Kampong Bharu perlu dipertahankan. Akan tetapi beliau kata secepat mungkin perlu dibangunkan.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]:
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah tidak?

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin:
Tidak, tidak. Berkenaan dengan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi menyebut berkenaan dengan 60:40 kepentingan atau pun hak atau pun jualan kepada Melayu dan bukan Melayu, itu adalah cadangan pada peringkat awal sebelum rang undang-undang dibentangkan di peringkat pertama. Pada masa itu untuk penyewaan, tetapi apabila kita sudah terima maklum balas daripada pemilik dan pewaris, soal itu tidak timbul lagi. Kerajaan telah menetapkan 100% adalah akan dimiliki oleh orang Melayu pada masa kini. Jadi, itu adalah stand kerajaan.

Yang Berhormat sebut juga tadi berkenaan dengan Little India. Ada juga beberapa orang Yang Berhormat yang bangkitkan, saya pun tidak ingat. Berkenaan dengan mengapa Kampong Bharu tidak dapat dibangunkan seperti Little India di Brickfield dan juga Petaling Street di China Town. Jadi, inilah cara kita boleh bangunkan Kampong Bharu di mana dengan adanya Perbadanan Kampong Bharu, kerajaan boleh menyalurkan peruntukan-peruntukan secara spesifik khususnya untuk membangunkan Kampong Bharu. Mesti fikir bahawa tanah di Kampong Bharu 220 ekar adalah tanah MAS.

Tanah MAS ini kebanyakan dimilik oleh individu atau syarikat. Akan tetapi, masih ada lebih kurang 100 ekar dimiliki oleh institusi ataupun kerajaan yang kerajaan pun akan bangunkan sekali secara serentak. Untuk masa ini, kita sedang mengkaji cadangan-cadangan untuk memajukan pasar minggu.

Kedua, kita juga sedang mengkaji iaitu kawasan yang berdekatan sebelah Kampong
Bharu adalah Pasar Chow Kit. Jadi, inilah pihak perbadanan akan memainkan peranan untuk selaraskan pembangunan-pembangunan ini supaya mereka yang memilik tanah-tanah kecil ini tidak rugi. Di mana jikalah takdirnya tanah mereka menjadi satu kemudahan awam umpamanya,tanah lapang ataupun jalan umpamanya, mereka akan melalui GLC-GLC yang akan perbadanan jadi pemudah cara dan perunding pastikan mereka ini juga ada hak dalam keuntungan pembangunan akan datang. Itu mereka yang ada kecil-kecil ini.

Kedua, pembangunan ini kita tidak menolak mana-mana mereka yang bermastautin di Kampong Bharu untuk pindah ke tempat-tempat yang lain. Kita akan usahakan kalau boleh pembangunan dibuat secara in-situ di situ. Kedua, kita akan beri prioriti kepada penduduk ataupun pemilik dan pewaris Kampong Bharu untuk kekal di situ.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa tahun 2000 lebih kurang 30,000 pemilik atau penduduk di Kampong Bharu. Sekarang sudah kurang 17,000. Akan tetapi kalau kita lihat ramai, mungkin ramai tetapi bukan orang Malaysia. Kalau ikut sekarang pun mereka tidak berhak ada di sana. Ini kerana kalau ikut sekatan yang sedia ada, hanya tanah Kampong Bharu hanya boleh di milik dan diduduki oleh orang Melayu. Jadi bermakna inilah keadaan yang di mana bila kita maju, saya rasa pemilik yang mewakili 800 lebih lot ini akan dapat keuntungan yang besar.

Di samping daripada itu, apabila kita libatkan PNB, Tabung Haji, orang Melayu lain dapat bersama. Ini yang sebab kita masukkan clause yang disebutkan bakal-bakal tuan punya tanah, bukan bakal tuan punya tanah daripada luar negara...

Tuan Yang di-Pertua:
Ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap. Sila teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya ingin menjawab berkenaan dengan referendum. Daripada mereka yang telah menjawab, 92.8% telah bersetuju Perbadanan Kampong Bharu.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]:
Berapa yang menjawab?

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Jadi untuk makluman, ada 817 lot tanah di Kampong Bharu, 315 telah menjawab di mana 205 memang tidak akan menjawab kerana mereka dimiliki oleh tapak masjid, surau-surau, syarikat, tapak kelab, tapak sekolah serta tanah milik MAS sendiri, di mana MAS adalah bersama dengan kita.

Jadi bermakna, daripada itu majoriti telah bersetuju. Jadi satu lagi Yang Berhormat-Yang Berhormat, yang tidak bersetuju hanya 7%. Mereka telah diberi ruang daripada awal tahun sehingga sekarang untuk menyatakan tidak persetujuan yang dikendalikan oleh pihak MAS. Pihak yang bertanggungjawab pada tanah di sana.

Jadi, dia seolah-olah Yang Berhormat sama juga macam pilihan raya. Kalau pilihan raya Yang Berhormat, kalau pilihan raya mungkin Yang Berhormat hanya dapat 50% sahaja yang datang hadir mengundi, tetapi Yang Berhormat menang dalam pilihan raya. Sebagai contoh Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat Lembah Pantai tidak ada di sini. Saya hendak bagi contoh di Lembah Pantai. Di Lembah Pantai dengan undi Yang Berhormat Nurul Izzah terima yang menyokong dia hanya 38% daripada pengundi yang berdaftar di Lembah Pantai. Akan tetapi dia masih mewakili Lembah Pantai. Jadi ini adalah berdasar kepada mereka yang datang mengundi.

Jadi yang tidak datang mengundi, yang tidak ada datang kita tidak tahu, tetapi majoriti adalah 93 yang menyokong, 50/28. Inilah Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan saya pada perbahasan hari ini. Saya
minta maaflah jika saya emosi oleh kerana kepada saya Tuan Yang di-Pertua, inilah peluang terakhir. Yang Amat Berhormat Bekas Perdana Menteri telah mengatakan sedih beliau tidak dapat membangunkan Kampong Bharu tetapi sekarang kita dalam satu era di mana kita berpeluang, bersama-sama kita ini kita berpeluang.

Saya pun tak ada undi Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada undi ini yang berpeluang untuk mengadakan satu pemudah cara, satu vehicle, dengan izin, untuk membangunkan orang Melayu. The only bastion, dengan izin, dalam Kuala Lumpur untuk orang Melayu dan tidak sesenang kerajaan nak gunakan tanah itu nak bagi kepada pihak-pihak yang lain. Banyak lagi tanah yang lain dalam Wilayah Persekutuan, tak perlu tanah Kampong Bharu, banyak tanah lain.

Jadi, kepada saya ini peluang yang terbaik. Itu yang saya terlalu emosi dalam perkara ini... [Tepuk] Kalau benda ini gagal Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya rasa ketelusan daripada pegawai-pegawai saya yang buat kerja ini begitu bersemangat untuk benda ini berjaya.

Jadi, inilah saya berharap, saya berharap sangatlah bahawa usaha kita ini dapat
kejayaan pada hari ini supaya orang Melayu yang begitu ketinggalan dalam Kuala Lumpur ini, saya dah lama berjuang di Kuala Lumpur, dapat diberi peluang Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.


Fuh memang mantap Dato' Raja. Baru lah sedap sikit tengok beruk-beruk sarkas Pembangkang ni terkebil-kebil.

Akhir kata, tahniah dari Aboudiabydoo kepada semua Ahli Parlimen BN dan Bebas yang menyokong Rang Undang-Undang Perbadanan Kg Baru. Marilah sama-sama berdoa agar pembangunan ini berjaya.