Ingat kes Mukhriz, yang difitnah Malaysian Insider di pagi Pemilihan Perwakilan baru-baru ini. Akhirnya Msian Insider tarik balik artikelnya dan mohon maaf pada Datuk Mukhriz. Tapi bak kata orang putih, 'damage was done'.
Berapa ramai agaknya yang nak undi Mukhriz, tapi tak jadi undi sebab laporan Malaysian Insider?
Nampaknya perkara yang sama berlaku dengan Raja Nong Chik dan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Sehari sebelum PRU-13, pada 4 Mei 2013, Malaysiakini telah menyiarkan kenyataan akhbar Nurul Izzah yang kononnya Raja Nong Chik (RNC) terlibat dengan penyelewengan tanah di Bukit Kiara melibatkan ratusan juta ringgit. Punyalah ramai pengundi Lembah Pantai yang baca Malaysiakini, maklumlah penduduk Bangsar yang kebanyakannya bercakap English dalam perbualan seharian ramai yang membaca Malaysiakini.
Akibatnya, RNC tewas 1,847 undi.
Selepas PRU-13, RNC saman Nurul, Malaysiakini dan wartawannya kerana memfitnah sehari sebelum PRU13. Dan akhirnya terbukti siapa yang benar. Pada Jumaat 8 Mei 2013, Nurul dan peguamnya bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan maaf pada RNC.
Tapi apa kesahnya mintak maaf ye tak? 'Pilihanraya dah menang.
Macam kes Mukhriz dan Malaysian Insider, Berapa ramai agaknya yang nak undi Raja Nong Chik, tapi tak jadi undi sebab kenyataan fitnah Nurul Izzah?
NURUL IZZAH SETUJU MOHON MAAF KEPADA RAJA NONG CHIK
KUALA LUMPUR 8 Nov. – Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai, dilaporkan bersetuju memohon maaf kepada Dato’ Raja NongChik Raja Zainal Abidin, bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kes saman yang difailkan oleh Raja Nong Chik terhadap Nurul Izzah di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, hari ini.
Menurut sumber, sesi perbicaraan secara mediasi (perundingan sebelum perbicaraan penuh), yang berlangsung selama hamper satu jam itu dipercayai atas saman yang difailkan oleh Raja Nong Chik berkaitan fitnah Nurul Izzah terhadap dirinya, yang dibuat pada 4 Mei 2013, iaitu sehari sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13.
Dalam PilihanrayaUmum ke-13 tersebut, Nurul Izzah mewakili Parti Keadilan Rakyat, yang menentang Raja Nong Chik mewakili Barisan Nasional, menang kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1847 undi.
Nurul Izzah dilaporkan bersetuju supaya satu permohonan maaf akan dikeluarkan olehnya dan disiarkan dalam media utama dan media sosial, yang isi kandungan permohonan maaf tersebut perlu mendapat persetujuan bersama dengan Raja Nong Chik.
Raja Nong Chik dilihat hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, bersama pegawai dan peguamnya, pada jam 3.00 petang. Sementara itu, turut kelihatan ialah Steven Gan, Ketua Pengarang Malaysiakini, juga bersama peguamnya yang turut terlibat dalam kes ini yang dipercayai menjadi media penyebar kepada kes fitnah tersebut. Menurut sumber juga, sesi mediasi itu sedikit tertangguh kerana kelewatan kehadiran peguam Nurul Izzah.
No comments:
Post a Comment