Sumbangan Nurul Izzah ialah membantu BN Lembah Pantai menukarkan Lembah Pantai dari kawasan Putih PKR kepada kawasan Kelabu-Hitam PKR.
Semasa dia bertanding dulu, dalam kempennya habis semua makcik dan pakcik, adik-kakak teruja tengok beliau dengan 2 modal besarnya; mukanya yang cantik tersenyum-simpul, dan kedudukan nya sebagai kroni paling Besar PKR, iaitu anak Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.
Maka akibat dari 4 faktor iaitu
(i) tsunami politik ,
(ii) kerja keras oldtimers Reformasi 1998 dari Kerinchi dan Pantai Dalam dan
(iii) kegagalan Pak Lah mengisytiharkan penjualan rumah PPR pada penyewa/penghuni, dan
(iv) muka Izzah cantik dan status kroni terbesar PKR,
Kak Ijat yang banyak membantu penduduk Lembah Pantai hatta hingga tengah malam pun turun kebakaran, hanyut di celah-celah arus tsunami PRU-12.
Mujurlah Nurul Izzah ini 2x5 bapa nya, iaitu cakap banyak tapi kerja kosong. Sejak mula, orang mula bertanya mana dia Ahli Parlimen mereka yang masa belum menang tersengih sana-sini, tapi bila lepas menang hanya menghantar pegawai-pegawai Indianya yang diketuai Chief Kebajikannya, Parthiban untuk turun padang.
Nurul sendiri hanya turun sekali-sekala, itupun biasanya sekejap saja buat modal Twitter dan facebook. Bila rakyat dilanda masalah besar pun, beliau tak turun dan lebih senang kehulu-kehilir buat program di tempat lan, maklumlah pemimpin nasional!
(Lihat blog orang PKR LP: YB Nurul tak datang pun tengok maslah kat Kondo Rakyat. Sibuk kempen ke?)
Yang penting beliau akan mentwitkan seantero dunia seolah-olah dia paling kuat bekerja.
Ada juga Nurul buat kerja, bukan takda langsung, tapi sikit sangat!
Twit-twit seperti "Baru balik Pasar Malam kerinchi, sedap apam kak Jah" dan "Beli air sirap di Pantai Dalam" menguasai senarai twit Nurul Izzah. Diputar alam nya dunia dengan Twitter dan FB, konon dia rajin bekerja. Orang tempatan memerhati dan menyimpan sakit hati.
Satu contoh dari blog tempatan Lembah Pantai: Edisi Siasat! Siri Putarbelit dan Main Wayang Nurul Izzah MP Lembah Pantai.. Dengan bukti bergambar!
Perkara kedua yang Nurul 2x5 dengan bapanya ialah kesibukannya mempromosi diri sebagai ahli politik global. Sekejap-sekejap, Nurul akan ke London, ke Jakarta, ke Australia, ke Oslo mengalahkan Menteri Luar tidak lain tidak bukan untuk merencanakan politik bapanya. Di Jakarta beliau memburuk-burukkan kapal selam, di London beliau memburuk2kan SPR.
Malah di mana-mana beliau memburuk-burukkan negara, dengan tujuan mendapatkan sokongan antarabangsa menentang Kerajaan Malaysia. Jika Anwar disalahkan menyebabkan orang Indonesia benci pada Malaysia, jangan lupa YB Lembah Pantai ini juga turut terlibat dengan kerja-kerja buat orang benci Malaysia seperti ini.
Orang Lembah Pantai tengok je perangai YB baru mereka ini yang lebih kerap pergi ke Indon dari turun ke kawasan mereka. Sakit hati semakin berbuku.
Perkara ketiga dan paling PARAH yang Nurul 2x5 dengan bapanya ialah cara dia melayan dan menggunakan orang. Boleh dikatakan habis hero dan heroinnya dipinggirkan.
Lihat "Kami kerja macam anjing tolong Nurul Izzah" - Aktivis PKR Lembah Pantai
Mula-mula yang terpinggir ialah aktivis Reformasi seperti Ketua AMK Lembah Pantai dan Wilayah pada masa itu, dan orang-orang seumpamanya. Mereka makan hati melihat Nurul menggunakan Parthiban, Raymond dan sebagainya walau di tempat Melayu.
Sebaliknya bila mereka mengadakan Program atau Majlis secara sendiri-sendiri tanpa bantuan "YB", tiba-tiba di saat akhir YB akan turun dan hijack program.
Lihat Mungkinkah ini sebab Nurul Izzah nak mandikan Md Zaman di Lembah Pantai?
Kemuncaknya ialah apabila group Reformasi 1998, atau di peringkat tempatan dikenali sebagai "Otai Reformasi" mencabar Nurul dalam pemilihan PKR Cabang.
Team Nurul menang, tetapi tuduhan menipu dihumbankan pada Nurul, dengan bukti bergambar dikeluarkan oleh group Otai Reformasi.
Lihat blog orang depa sendiri yang bengang, Team Harapan Bachin anak Ketua Umum dan Presiden menipu! Bukti bergambar. dan Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan
Bantahan juga dibuat pada Jawatankuasa Pusat tetapi sepertimana tikaman belakang pada Zaid Ibrahim, pada Jeffrey Kitingan, pada Chegubard yang didedahkan oleh sekian banyak orang PKR sendiri, bantahan ini habis begitu saja. Akibatnya, Otai Reformasi ramai yang keluar parti, ada yang keluar dari kawasan membantu pemimpin PKR di Selangor sambil cari wang.
Orang-orang luar dan orang-orang yang tak ada kena-mengena dibawa masuk dan dipaksakan menjadi pegawai tinggi tanpa mengambil kira pandangan AJK Cabang. 2 watak utama, Fahmi Fadzil budak PJ dilantik jadi orang kanan Cabang, dan seorang lagi budak hingusan Terengganu dari Akademi Pengajian Islam bernama Wan diberi jawatan Setiausaha Parlimen. Kumpulan lama PKR Lembah Pantai memanggil mereka ini Team Harapan Barua.
Lihat blog PKR LP: Kami dah bagitahu YB Nurul dah pasal budak Fahmi Fadzil ni!
Kalau dulu Parthiban menjadi ayam tambahan, kini Parthiban juga dipinggirkan. janji-janji Parthiban pada pengundi sehingga janji nak bagi kerusi roda pun melebihi setahun tak ditunaikan sebab tiada sokongan, sehingga Parthiban yang kena bambu dengan penduduk. Akhirnya dia sehingga keluar parti bersama geng-geng Indianya.
Lihat 250 Anggota PKR Lembah Pantai Keluar Parti, Tubuh NGO Sokong BN
Di Sentosa, kebanyakan orang kuat Nurul berbangsa Cina juga turut meninggalkan perjuangan. Lebih parah, mereka dilihat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO yang menyokong semangat 1Malaysia.
Pada masa yang sama, BN terutama UMNO LP memainkan peranan. Kekuatan kerja BN yang diketuai Ketua Bahagian Raja Nong Chik mempanikkan Nurul Izzah. Strategi buat kebajikan dan pembangunan untuk rakyat terbanyak yang dirasai semua orang dipertingkatkan.
Tiada hari yang berlalu tanpa aktiviti BN di Lembah Pantai sejak beliau dilantik Menteri Wilayah, sama ada beliau hadir atau tidak. UMNO bersatu dan parti-parti komponen lain juga menerima suntikan semangat. NGO-NGO Lembah Pantai juga turut bersemangat membantu BN. Sokongan penuh dari PM dan TPM dan pimpinan Pusat banyak membantu.
Bukan setakat orang BN dan atas pagar didekati. Malah kenduri orang PAS pun Ketua dan AJK Bahagian turun, sakit mati orang PAS pun Ketua dan AJK Bahagian ziarahi. Orang PAS dan PKR pun dapat lesen berniaga, dapat bantuan, dapat keprihatinan.
Lihat Perbezaan Parti Tidak Menghalang Pemimpin Kita Menziarahi Arwah Hj Osman Ujang
Selama tiga tahun berusaha sehingga pukul 4 pagi pun ada program bersama rakyat, BN Lembah Pantai berjaya menterbalikkan senario PRU-12 dan sudahpun bersedia merampas kembali kerusi Lembah Pantai.
Nurul Izzah dan strategis Pakatan tahu perkara ini. Mereka ada buat kajian, dan hasil kajiannya , LEMBAH PANTAI GELAP UNTUK PKR!!!
Masalahnya DI PERINGKAT TEMPATAN, mereka tak boleh berbuat apa-apa. BN Lembah Pantai tiada skandal, tiada isu untuk diputarbelitkan. Pasukan BN terutama UMNO Lembah Pantai cukup bersatu dengan sokongan padu rakyat termasuk pengundi-pengundi yang memangkah Nurul dulu, termasuk ramai orang PKR dan orang PAS.
Nak sampai pada grassroots, Nurul sudah tiada pemimpin grassroots. Gang-gang Otai Reformasi tidak mahu kembali kerana sudah tahu perangai Nurul. Parthiban dan Raymond sudah ada NGO sendiri yang menyokong semangat 1Malaysia.
Nak harap pada orang-orang yang memainkan peranan besar dahulu mengatur strategi di Lembah Pantai, mereka juga sudah tiada. Datuk Salehuddin bekas Setiausaha PKR yang dulu memainkan peranan utama mengatur strategi di LP sudah menjadi musuh Anwar dan PKR, yang muda-muda semacam Rafizi dan Nik Nazmi sibuk nak menang di kawasan sendiri.
Akhirnya terpaksa lah PKR mencipta isu. Isu yang dilihat paling baik ialah tunjukkan seolah-olah ada pergaduhan dalam UMNO, dengan DS Shahrizat dan Raja Nong Chik dilihat sebagai target yang paling ranum.
Maka bergeraklah jentera strategi mereka, dimulakan antara lain dengan artikel "PRU-13: BN
Lembah Pantai bergelora" dalam Free Malaysia Today yang memfitnah konon orang Raja Nong Chik gembira dengan isu fidlot DS Sharizat, sedangkan habuk pun takda. Direka kononnya ada sumber bernama "Ani" yang memberi laporan. Sapa-sapa pun boleh reka nama, Ani, Ina , Inul, Anu, nama apapun boleh dibuat-buat sebagai sumber!
Padahal di dalam BN Lembah Pantai, masing-masing rileks je. Sudah tentu sesiapapun diterima, janji Nurul dapat ditumpaskan.
Ini disambut pula oleh Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Malaysiakini dan Malaysian Insider, menunjukkan konon ada perebutan untuk jadi calon.
Masing-masing cuba menimbulkan kekecohan. Sebagai contoh dalam Malaysian Insider semalam, tajuk berita dilaporkan "Biar pucuk pimpinan tunjuk Shahrizat ‘jalan’, kata Raja Nong Chik".
Wah, hebat bunyinya, seolah-olah Raja Nong Chik mendesak pucuk pimpinan membuat keputusan.
Cari punya cari dalam artikel, tak ada pun ayat yang disebut Raja Nong Chik yang berbunyi macam tajuk.
Yang ada hanyalah “Banyak isu yang dibangkitkan pembangkang kebelakangan ini, dan sekarang ini pun siasatan masih lagi sedang berjalan berhubung perkara itu. Jadi biarlah siasatan selesai dahulu,”. Kepada penulis Malaysian Insider, ayat ini maksudnya ialah supaya menyerahkan isu ini pada proses yang sedang berjalan oleh pihak berwajib, tak perlu nak disensasikan.
Lagi ada juga ayat, “Biarlah pucuk pimpinan yang menentukan kedudukan beliau,”.
Jawapan sebegini adalah jawapan yang paling biasa yang diutarakan orang politik yang bermaksud perkara ini tak perlu diulas-ulas, biarlah pucuk pimpinan yang menentukan kedudukan beliau kerana pimpinan parti lebih arif apa yang perlu dibuat.
Kat mana yang Raja Nong Chik kata "Biar Pucuk Pimpinan Tunjuk Jalan"? Pelik Malaysian Insider ni, mungkin penulisnya tak berapa faham bahasa malaysia.
Hehehe. Dahsyat strategi Pakatan. Malangnya di peringkat Lembah Pantai, isu ini tak jalan. Masyarakat di sini lebih arif tentang siapa DS Shahrizat, siapa Raja Nong Chik. Mereka tahu yang kedua-duanya bersedia dan memang bersatu memenangkan BN di Lembah Pantai, dengan sokongan padu komponen BN lain.
Yang dok terketar ialah Nurul dan Team Harapan Barua nya yang gagal sama sekali. Langkah mereka tersekat sana-sini di peringkat tempatan, yang diharap ialah jentera dari Pusat.
Yang pastinya, pertempuran sengit akan berlaku antara calon BN walau sesiapa saja pun dengan Nurul yang sebenarnya bakal mati lemas, kojol di Lembah Pantai di tangan pengundinya sendiri.
Konspirasi Pakatan Rongak cuba laga-lagakan Sharizat dan Raja Nong Chik di Lembah Pantai sudah gagal sama sekali. Kita tunggu dan lihat apa lagi strategi seterusnya.
tq bro. banyak cerita pasal si nurul izzah ni ye. takpe. nanti Semut kasi Poo...singh satu - satu...
ReplyDeleteterbaik// akan ku sebarkan.... haha..
ReplyDeleteKak Long Ijah hanya sibuk membela bapak dia yang kuat seks dan sibuk menjilat para kafir harbi Dajjal Party @ Democrazy Authotharian Pandy (DAP)dari menjaga kebajikan penduduk Lembah Pantai. Setakat bising kerana disokong bebudak UM tu apalah sangat.
ReplyDeleteEerr dia tak meroyan ker terkenangkan kapal selam boleh menyelam dan penjualan produk KR1M meningkat 15%!.
buatlah spin macamanapun, kalau calon lembah pantai nanti bukan shahrizat atau nong chik, menganga la nurul. nurul selalu tweet @ fb konon baru balik pasar malam, begitu begini. tau apa maksudnya? konon beliau dekat dgn rakyat, maklum la pasar malam ialah tempat rakyat marhein membeli barang keperluan. beliaupun tergolong dlm kumpulan marhein kononnya. aku berani kerat kuku, kalau bukan kerana nk tipu rakyat kononnya beliau berkehidupan sederhana, mampos hidup balikpun nurul tak akan jejak pasar malam. kerana politik belaka semua tu. harta berjuta, apa barang beli apam kt pasar malam!!! akhir kata, dgn pengaruh PAPAnya, nurul tidak akan berani bertanding kt lembah pantai utk pru13 nanti. komfem carik tempat lain. tak percaya, kita sama2 tengok. (pakcik kwn aku org pkr lembah pantai dh muntah ijau dgn nurul)....
ReplyDeleteKalau untuk berpeleseran di sini pun tak guna. kalau kita dah tau dia tak menjadi guna kepada masyarakat setempat. ayuh... susun aje jentera, berkempen sahaja kepada pengundi, baik Sharizat atau Raja Nong Chik asal sahaja UMNO/BN boleh duduk di hati masyarakat....
ReplyDeleteGud info bro !!
ReplyDeletememang terbaik tahap menggila ni.. Insyallah next PRU, jika jentera dan strategi disusun dgn baik dan PM letak winnable candidate & party boleh menang BN di Lembah Pantai.
blog sudah di di link
www.riziqin.blogspot.com
'ani' yang di maksudkan ialah 'anak nuar ibrahim'
ReplyDeleteyela guna nama samaran apa barang....kata berjiwa rakyat...cehhh poodah...
Terimakasihlah tuan-tuan yang tolong promo artikel ini. Sebenarnya Nurul di Lembah Pantai memang teruk, bukan setakat di Kerinchi dan Pantai Dalam je, orang kaya kat Bangsar pun kecewa dgn performance dia. Masalah kat Bangsar ialah isu nasional, sbb orang2 kaya ni dia undi atas isu nasional. jadi kalau tuan-tuan dan puan2 dpt tolong war-warkan isu kelemahan Nurul izzah ni, insyaAllah BN Lembah Pantai boleh sumbangkan 1 kerusi parlimen untuk BN.
ReplyDeletepinjam bro...letak di blog gua....
ReplyDeleteEmpayar Pemuda, silakan bro. tak payah nak bagitau pun tak apa bro, janji sebarkan. benda betul apa nak risau. banyak lagi cerita dia kat sini.
ReplyDeleteTunggu apa lagi abou...ce citer...ce citer....hehehe...
ReplyDeleteSemut pasti akan spin...tak suruh pun tak pe...hahaha...