Monday, July 4, 2011

Pung-pang pung-pang Pengundi Hantu di Permatang Pauh last-last kantoi PAS punya kerja! SIAP BUKTI!!

Kecoh blogger-blogger Pakatan pasal konon-konon di Permatang Pauh banyak pengundi hantu.

Betul lah tu.

Tengok senarai di bawah. Iaitu untuk DUN Permatang Pasir, Parlimen Permatang Pauh. DUN Permatang Pasir dimenangi oleh PAS semenjak beberapa pilihanraya lalu.



Perhatikan rumah No 508. Ada 12 pengundi dalam rumah No. 508 ini, hanya ada dua nama yg berbapa sama.

Nama 229, Idris bin Abdul Wahab ialah Ketua Cawangan Pas Kampong Tok Panjang, dalam DUN Bukit Tengah, Parlimen Batu Kawan. No 258 iaitu Saliah bt Sakiman pula ialah isteri Ketua Cawangan PAS itu. Kedua-dua mereka tidak tinggal di alamat yg di dalam senarai SPR, sebaliknya tinggal di dalam DUN Bukit Tengah, Parlimen Batu Kawan.

Kebanyakan nama-nama lain juga ialah Ahli-ahli PAS yang tidak tinggal di Permatang Pasir dan sebenarnya beralamat sebenar di luar DUN Permatang Pasir Parlimen Permatang Pauh.

Ini ialah bukti bahawa mereka ini ialah Pengundi Hantu PAS! Mereka pengundi-pengundi dari kawasan lain yang dipindahkan PAS ke Permatang Pasir untuk memenangkan PAS di Permatang Pasir! Sehingga menurut blogger Pakatan sendiri ada rumah PAS yang pengundinya hingga 30 orang, semuanya mengundi PAS!

Apa kata bloggers PAS dan PKR? Apa kata Malaysiakini dan Insider?

Harkk, ptuihhh!

Ye ye kutuk UMNO sebenarnya korang sendiri yang menipu pilihanraya.

Apa yang BERSIH nya?

Korang sendiri yang buat kerja ni la bahalol! BERSIH kepala bapak kau! Yang ni Ambiga tak mau cuci ka?

Hipokrit sungguh la korang!

--------------------------------------------

Perkara ini dibongkarkan sendiri oleh 2 bloggers Pakatan, iaitu Abu Nawas dan MatSamanKati.

Mat Saman Kati kata,

Selepas PRU 1999, Pas pun buat benda ni. Ramai ahli-ahli Pas yang duduk kat Juru, Penanti, Seberang Jaya…semua depa pindahkan ke Permatang Pasir. Ini bukan cerita kosong!!
Idris bin abdul Wahab adalah Ketua Cawangan Pas Kampong Tok Panjang, dalam DUN Bukit Tengah. Macam mana dia boleh mengundi di Permatang Pasir? Yang anak panah biru tu bini dia!! Nak tau lebih banyak lagi…pi tanya Abu Nawas.
Tu pasai, dalam PRK Permatang Pasir, Pas tak bising tentang pengundi hantu…tapi yang bising ialah Umno. Sebab dalam satu rumah…ada yang sampai 30 pengundi…dan semuanya mengundi Pas.


Abu Nawas kata,

MACAM MANA PILIHANRAYA NAK BERSIH KALAU PAS SENDIRI PUN TUKAR NAMA PENGUNDI

Dalam dok meronda2 di alam siber di hari website2 kerajaan di godam hari ini, Abu Nawas terjumpak satu blog Umno, iaitu blog pilihanraya kecil Dun Permatang Pasir. Blog ni dah tak di kemaskini kerana calon umno dah menerap dengan calon Pas masa prk hari tu.

Yang menariknya dalam isu2 yang di utarakan oleh blog tersebut, aku terjumpak senarai nama pengundi hantu yang telah di senaraikan di dalam blog tersebut.

Yang boleh aku kenai kata depa tu pengundi hantu ialah kerana antara nama dalam senarai tersebut aku kenai sangat. Maunya tak kenai orang kampung aku. Ketua Pas cawangan la pulak tu. Kah kah kah....

sila rujuk Sini

Ni nak kira macam mana ni? Kata umno dok bikin pengundi hantu tapi yang ni nak kira macam mana pulak? kah kah kah. Tak kan umno yang buat kot kalau dah nama tu adalah ketua pas cawangan. Tak kan umno nak tukaq nama orang pas pi jadi pengundi hantu di Dun tersebut. Cari nahas la namanya kah kah kah.

Cuba tengok anak panah merah dalam gambar di atas, Idris Bin Abdul wahab adalah Ketua Pas cawangan Kampung Tok Panjang yang berada di dalam Parlimen Batu Kawan dan Dun Bukit Tengah. Manakala anak panah biru adalah isterinya.

Ni nak kira pengundi hantu atau apa pulak? Kalau umno buat salah kenapa Pas buat tak salah. Hukum apa yang pas pakai ni?

Dengaq cerita la ni depa dok tukaq nama2 ahli Pas ke Dun Permatang Berangan la pulak. Kah kah kah.. ni kira tipu sunat ka tipu wajib?

Kalau asyik dok tukaq nama pengundi ke kawsan Pas bertanding macam mana pulak rakan dalam Pakatan rakyat nak dapat undi?

Habis la YB Bukit Tengah kali ni. Macam mana dia nak mempertahankan jawatan Adun kalau semua pengundi yang sokong Pakatan semuanya di tukar ke tempat Pas bertanding?

Kah kah kah selama ni YB ni dok ingat orang pas la yang akan tolong dia PRU13 nanti tapi dia tak tak orang pas sudah main dia punya belakang kah kah.

Habis la hang Din Binjai oii...


Kah kah kah.. Macam mana nak pilihanraya Bersih kalau orang yang nak bikin Bersih yang kotorkan pilihanraya?

Janganlah keluaq dalil "peperangan itu tipu muslihat" sebab nanti umno pun boleh kasi dalil tu jugak? Tak kesian ka kat kawan dalam pakatan yang undi kita tapi kita pulak bawak lari pengundi keluaq dari tempat depa bertanding?

Ishh marah pulak lagi depa kat Abu Nawas kah kah kah.. marah pi la bukannya depa bagi aku makan pun kah kah kah... Mana nak tau kot kot Shamsul Kamal nak talipon aku hari ni..dah lama dia tak talipon aku kah kah kah...

6 comments:

  1. Cukup Menarik jumpaan saudara:-)

    ReplyDelete
  2. Assalam...

    Rumah saya di kampung ada berbelas orang dan mempunyai bin/binti yang berbeza... Apa salahnya??? Apakah semestinya satu rumah harus berBin dan berBinti yang sama????

    *ipar2 juga gunakan alamat yang sama... jadi masalah ke?

    ReplyDelete
  3. macam kat Parlimen Pekan ramai pengundi2 dari keturunan Kemboja (I/C segera) yang sebenarnya menetap di Terengganu... SPR kena siasat ni!

    ReplyDelete
  4. umi_e,

    Waalaikumsalam.

    Tidak salah satu rumah ada berbelas orang pengundi berdaftar, berbeza bin dan binti.

    Yang kata salah, yang membesarkan hal ini (sila baca Mkini, Msian Insider, freemalaysiatoday - semuanya portal Pakatan Rakyat) ialah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan kata mereka ini semua kerja UMNO, ini politik kotor, dan atas sbb itu mereka mahu turun ke jalanraya buat BERSIH.

    Sedangkan dalam artikel saya menunjukkan yang PAS melakukan perpindahan pengundi.

    Sudah tentu saya rasa semua orang buat, baik PAS, PKR, UMNO, DAP, MCA atau parti apapun - tapi mengapa PR war-warkan satu dunia seolah-olah UMNO saja yang buat.

    Ini menunjukkan yg PR main politik, yang Bersih itu ialah satu perancangan politik.

    Itu saja.

    ReplyDelete
  5. boleh ke PAS tukar nama senang2? bukan ke melalui SPR nak tukar nama? pulak tu kena tunjuk bukti alamat samada IC or bil apa? lagipun tak elok la tuduh laki bini tu terus yg punya kerja... betul ke lagi 10 tu org PAS? bukan org UMNO? diharapkan bukti lebih jelas diperlukan.....wassallan..

    ReplyDelete
  6. Bukan susah nak tukar nama. Pergi pejabat pendaftaran, tukar alamat IC. Pejabt pendaftaran tak ada syarat utk tunjuk bil dsb nya.

    Lepas tu pergi pulak SPR, mintak tukar ikut alamat IC. SPR takkan tanya walau berapa org pun dlm rumah itu. Itu bukan tugas SPR.

    Yang salahnya ialah parti-parti politik sendiri tidak check senarai yg dikeluarkan SPR sebelum ia digazette. Di kawasan saya pun sama, parti pembangkang langsung tak check. Bila dah tak buat kerja, nak salahkan orang. Tak boleh la gitu.

    ReplyDelete