Monday, July 11, 2011
Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PAS, PKR, DAP akan umumkan meritokrasi bagi MCKK, MRSM, STAR, Sekolah Menengah Sains dan semua SBP. Tahniah!
PAS, PKR dan DAP kononnya memperjuangkan meritokrasi, melaungkan bahawa UMNO tidak adil dan perkauman dan mementingkan Melayu sahaja.
PAS, PKR dan DAP menggambarkan bahawa semua yang dilaksanakan Kerajaan BN yang diterajui UMNO sebagai parti terbesar semuanya hanya menguntungkan Melayu ahli UMNO saja, dan bahawa semua Melayu lain dan kaum lain ditindas.
Sudah tentu PAS, PKR dan DAP berjaya dalam hal ini. Saban hari, ribuan komen dan kenyataan dalam Malaysiakini, Malaysian Insider, Free malaysia Today dan ratusan ribu akaun facebook, blog dan tweets menyokong dan turut melaungkan perkara ini.
Sudah tiba masanya Anwar dan juak-juaknya dalam PAS, PKR dan DAP 'walk the talk". Kita mahu tahu secara detail apa yang diperjuangkan mereka.
Isu pertama, PELAJARAN. Sub-isu, SBP atau Sekolah Berasrama Penuh.
SBP mendapat banyak kemudahan, dan kalau ikut "thinking" PAS, PKR dan DAP , sepatutnya semua rakyat berhak sama rata, betul tak?
Jadi beranikah HARI INI pemimpin-pemimpin PAS, PKR dan DAP termasuk Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa APABILA PAS, PKR dan DAP memerintah, maka semua SBP termasuk MCKK, semua MRSM, STAR, RMC, SDAR, semua Sekolah Menengah Sains akan mengamalkan meritokrasi TANPA ADA KUOTA KAUM?
Adakah Anwar dan kuncu-kuncu nya hanya pandai bercakap saja?
Berani atau penakut?
Betulkah mereka ini serious atau hanya mahu menang undi?
You berani bikin serupa cakap?
Atau cakap tak serupa bikin?
Sekurang-kurangnya announce bahawa tindakan pertama, MCKK akan dimeritokrasikan. Pengambilan pelajar Tingkatan Satu dan pelajar baru Tingkatan 4 tahun selepas Pakatan Rakyat menang pilihanraya umum, akan menurut meritokrasi. Kalau pengambilan pelajar baru Tingkatan 1 ialah 150 orang setahun, maka jadikan pengambilan 150 orang ini purely atas dasar meritokrasi. Kalau top 150 pelajar Tahun 6 Malaysia ialah etnik Cina, so be it!
Ini baru adil! Baru meritokrasi!
Jadi kita mahu dengar mula-mula sekali semua alumni MCKK dalam Pakatan Rakyat untuk bersuara dulu, those Champions of Equal Rights, Champions of Humanity, Champions of Meritocracy bersuara dahulu. Anwar Ibrahim, Nik Nazmi, Rafizi Ramli, Dr Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar untuk umumkan perkara ini.
Lepas itu barulah umumkan bahawa semua sekolah lain juga akan dimeritokrasikan.
Kita mahu dengar pengumuman yang sama dari pemimpin-pemimpin PAS macam Hadi Awang, Mat Sabu, Khalid Samad, Nijar tentang perkara ini.
Kita juga mahu dengar dengar pengumuman yang sama dari pemimpin-pemimpin DAP Lim Kit Siang, Karpal, Gobind Singh, Guan Eng, Kula, Ngeh, Nga, Ngok dan Ngang tentang perkara ini.
Kita yakin bukan kita sebagai penyokong BN saja mahu tahu pegangan PKR PAS DAP tentang perkara ini, tetapi penyokong Pakatan dan orang atas pagar juga mahu tahu.
The ball is in your court, PR leaders.
Labels:
mckk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salaam,
ReplyDeleteI put my comment in a blog owned by art harun, that the unity claimed to be so evident in bersih should be proven genuine as unity can't be achieved overnight. I added that with our current school system wherein some are willing to die fighting for their children, all of them if possible, to go to vernacular schools on the pretext of preserving their mother-tongue, unity is just a delusional cliché.
And I left a with a question whether the new govt regime will challenge this status quo.
Please google art harun's blog and comment accordingly.
Go to HELL!
ReplyDeleteAt primary school level you guys can't even enroll?
Ini nak buat'meritocracy'. Buang semua 'vernacular schools' baru boleh sembang!
Org Melayu PAS janganlah dungu sgt! Pakailah fikiran yg bernas bukan punggung yg penuh dgn proses pembuangan najis!
Kalau Melayu PKR dah tak payah tarbiyah. Memang golongan SIAL.
f_mgh,
ReplyDeleteisu sekolah kebangsaan-sekolah vernakular hanya satu drpd banyak benar isu yg menunjukkan equality yang konon diperjuangkan PAS, DAP dan PKR hanyalah semata-mata menanam tebu di bibir shj. Ini semua politik. Itu lah yang saya cabar mereka ini supaya keluar kenyataan, buat komitmen untuk aplikasikan meritokrasi kepada entrance SBP termasuklah MCKK, semua MRSM dsb nya. tapi saya boleh gerenti tak berani punya.
Mustaqim,
ReplyDeletelu jgn terpengaruh dgn KL Gangster bro! jangan akhiri ayat dgn perkataan SIAL. Si Zizan tu dia berlakon.
Nak tahu dungu tak dungu orang Melayu ni tengoklah apa jadi kat Penang Bro, siap doakan Lim guan eng dalam khutbah, tak pernah dibuat orang.
habih camno, mata semua dah kelabu dapat sikit kuasa. itu baru sikit Allah bagi.