Tuesday, July 19, 2011

Lawat orang kafir mati siap buat benda haram, lawat orang Islam meninggal tersengih-sengih takda adab!!!

Kepada pembaca-pembaca blog yang berada di atas pagar, lihatlah sendiri bagaimana LAYANAN dan SIKAP seorang pemimpin PAS yang diagung-agungkan, Mohd Nizar Jamaluddin bekas MB Perak.

Lihat 2 gambar ini.

Pemimpin Utama PAS, Nizar di kematian Teoh Beng Hock

Waktu Cina mati Nizar pakai kot, siap pegang lilin membuat benda yang jelas haram (sila baca penjelasan Mufti Perak di bawah), tunduk-tunduk hormat buat muka sedih. Macam keluarga sendiri pulak mati. Sampaikan blogger PAS si MSO siap mintak pemimpin PAS lain sound Nizar lain kali jangan main-main lilin. (lihat bawah)

Ini semua tak lain Nizar buat untuk undi Cina!

Nizar tersengih-sengih menghadiri majlis pengkebumian aruah DrLo'Lo'.

Sewaktu orang Islam meninggal, sahabat sendiri pula tu iaitui Dr Lo'Lo', Nizar pergi ke majlis pengkebumian pakai baju politik iaitu t-shirt Bersih warna kuning, tak pakai lebai atau songkok, dan tersengih-sengih takjub dengan keberanian dirinya memakai baju kuning.

Kalau ikut blogger TanSriMat, dia dah sewel kena ketulahan pasal derhaka pada Sultan!

Patutlah orang PAS sendiri tak pilih dia masa pemilihan Naib Presiden PAS, tercorot dari 7 orang calon. Agaknya kalau 700 orang calon pun, dia tercorot juga.

aboudiabydoo: DAP dan KOMUNIS je yang sayang sangat dia ni.

-----

Dari blog MSO,

"Pas juga perlu menegur sesetengah pemimpinnya yang turut membakar lilin sebagai menyatakan simpati kepada mendiang Teo Beng Hock. Ulama Pas perlu menjelaskan apakah tindakan itu tidak merosakan aqidah muslim mereka? Ingatlah sesuatu kemungkaran itu tidak boleh dilakukan walaupun kerana apa termasuk politik!"


Penjelasan Mufti Perak,

Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya.

No comments:

Post a Comment