Sunday, May 20, 2012

Dokumen Rasmi tunjuk FITNAH terhadap Raja Nong Chik mainan pilihanraya pembangkang!

Sudahkah semua ahli keluarga Khalid Ibrahim termasuk adik-beradiknya berhenti berniaga? 


Keluarga Azmin Ali sudah berhenti berniaga? Bagaimana mampu pakai Ferrari, pakai 4wd?



Satu-satu personaliti BN terutama UMNO diserang. Tujuannya bukan saja memburukkan nama dan mencipta persepsi, tetapi memaksa UMNO bertahan.

Terkini, Raja Nong Chik, yang memberikan ancaman kepada harapan besar pakatan rakyat iaitu Nurul izzah di Lembah pantai, diserang oleh raja petra.


Tuduhan RPK:

Bahawa satu kontrak di bawah Kementerian Belia dan Sukan iaitu pembekalan barangan latihan IKBN Bandar Penawar telah diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd pada Ogos 2012, satu syarikat dengan majoriti pegangan saham dimiliki oleh anak perempuan Raja Nong Chik. Persepsi dan pandangan yang cuba direka dari tuduhan ini ialah bahawa oleh kerana Raja Nong Chik dilantik sebagai Menteri Wilayah, maka ada sesuatu yang tidak kena atau dengan kata lain pemberian kontrak tidak beretika atau dipengaruhi oleh Raja Nong Chik walaupun pemberian kontrak diberi kementerian yang berlainan.

Kontrak sebenarnya diberi pada 18 Julai 2006.

Lihat dokumen di bawah dan email yg disiarkan blog apakecoh2.








Boleh dilihat bahawa Kontrak sebenarnya diberi pada 18 Julai 2006 melalui satu Surat Niat. Tetapi ia hanya dimuktamadkan pada Ogos 2010.

Adakah apa-apa yang salah di sisi undang-undang di sini?

Jelasnya tidak. Ini adalah kontrak pembekalan biasa. Pembekal-pembekal dalam industri yang dihubungi penulis bersetuju bahawa nilai RM30.8 juta untuk kontrak seperti ini ialah normal malah agak rendah nilainya jika dibandingkan dengan kontrak sepertinya. Margin kasar pada Istijuara dianggarkan dari 7 ke 15 peratus (2.1 juta ke 4.5 juta) dan margin ini harus digunakan untuk membayar pekerja, operasi, pengurusan, fi profesional kepada peguam dan lain-lain dan perbelanjaan operasi lain. Margin keuntungan jauh lebih kecil.

Adakah apa-apa yang salah di sisi etika di sini, atau penyalahgunaan kuasa Menteri oleh Raja Nong Chik?

Perkara pertama ialah Kontrak diberi pada 18 Julai 2006. Ini adalah 3 tahun sebelum Raja Nong Chik. Raja Nong Chik pada tahun 2006, tidak memegang mana-mana jawatan Kerajaan mahupun jawatan politik yang besar. Malah pada masa itu beliau bukan pun Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, AJK Bahagian pun tidak (beliau hanya jadi ketua Bahagian pada tahun 2008).

Walaupun kontrak akhirnya ditandatangani pada Ogos 2010, ini kerana prosedur menetapkan bahawa surat tawaran (Letter of Award) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan hanya boleh dikeluarkan bila kompleks IKBN Bandar Penawar telah siap. Dan kompleks IKBN Bandar Penawar hanya siap pada 22 Mei 2010. Sebab itulah surat tawaran dikeluarkan pada Ogos 2010, iaitu 3 bulan selepas IKBN Bandar Penawar siap.

Ada yang mempertikaikan mengapa Istijuara terus menerima Kontrak itu pada Ogos 2010 walaupun bapa pemegang saham utama nya sudah jadi Menteri?

Jawapannya kita boleh fikir sendiri ikut logik akal.

Jika Surat Niat dikeluarkan pada 2006, bermakna usaha ke arah itu harus bermula lebih awal. Maka tatkala Raja Nong Chik dilantik Menteri pada April 2009, sudah lebihkurang 5 tahun syarikat berusaha dan bekerja memenuhi kehendak kontrak.

Pendapat bahawa perlantikan seseorang sebagai menteri Kabinet bermakna keluarga dan sanak-saudara nya juga harus meninggalkan segala perniagaan mereka, adalah pendapat dan pandangan yang tidak wajar!

Bayangkan jika hari ini seseorang ahli perniagaan yang berjaya dan berkualiti seperti Hassan Merican contohnya, menerima panggilan dari PM untuk menyumbang baktinya dalam Kabinet (seperti Raja Nong Chik, Idris Jala, Effendi Norwawi dan ramai lagi sejak dulu) harus mengerahkan keluarga dan sanak saudaranya meninggalkan perniagaan, maka segala usaha seumur hidup mereka mengusahakan perniagaan yang boleh diwariskan kepada anak cucu mereka lebur begitu sahaja!

Kalau macam itu tak boleh lah mereka yang berpengalaman dan berbakat tetapi tidak seratus-peratus duduk dalam politik dilantik untuk menyumbang barang sepenggal-dua kepada negara! Sedangkan di USA misalnya, kebanyakan keluarga Presiden dan ahli-ahli Kabinet mereka (contohnya Mitt Romney calon Republikan yang akan menentang Obama kelak) adalah ahli perniagaan yang berjaya! Dan tidak pula ahli keluarga mereka perlu tinggalkan perniagaan yang sudah berpuluh tahun atau bergenereasi dibina!

Setelah gagal mendapati sesuatu yang salah di sisi undang-undang mahupun dari isu etika Menteri dalam isu ini, ada yang membuat kenyataan berbunyi "ah, kontrak juta-juta mesti dapat kat orang UMNO, walaupun memang benar pada tahun 2006 Raja Nong Chik bukan Menteri!"

Baca Lagi di posting asal di JOEPISANG.BLOGSPOT.COM
Dan kini dia sudah goyang dengan Raja Nong Chik. Itu lah sebenarnya isu di sini. Kontrak, dokumen, anak-anak, hanyalah ilusi semata-mata. Yang ada hanyalah permainan kotor politik jalanan pembangkang!

---------------------------------------

No comments:

Post a Comment