Satu, aku akan checkout Kambing Panggang dia. Kalau kambing panggang dia nampak menyelerakan, nampak garing dan tak basah lembap sangat, memang aku bagi markah 'A' , itu belum makan lagi.
Dua, aku akan tengok apa lagi yang ada atas dapur panggang dan bakar dia -- kalau setakat satay, fail. Aku dok Kajang kot wei, apa ada heran satay ni.
Tapi kalau ada ikan bakar, ada daging pulak, ada pulak seafood, aku bagi 'A' yang kedua.
Yang lain-lain boleh simpan tepi lah. Dua-dua ni aku target.
So baru2 ni member blogger ajak preview berbuka di Kota Seriemas Golf & Country Club. Ini preview kedua aku, dan secara ikhlas sampai hari ni dah 5 preview aku pergi. Secara jujur, aku tak janji nak tulis review, dan tak bayor pun, so aku tak hutang sapa-sapa review ok.!
Cuma yang aku rasa aku puas hati je aku nak review. So yang Kota Seriemas Golf ni, aku nak review, sebab gila babas puas hati!
Korang tengok lah kambing panggang dia beb!
Kambing dia sangat-sangat lembut, dan tekstur dia memang lain sangat. Aku ambik part yang ada tulang (dan segala macam part lain). Dia punya daging kambing lerai tu dari tulang.
Gila impress aku!
Sebab nya?
Bakar dalam Tanah.
Kambing ni diorang panggang dalam tanah, overnight.
Balut dgn daun pisang, kemudian dengan foil, kemudian Bakar guna bara dan tutup, dalam ketuhar bawah tanah.
Sebab tu kambing dia cukup punya lembut texture dia.
Gila best kambing ni.
Ni bila dah keluarkan dari tanah.
Style. Aroma panggang dia punyalah sedap. Dengan rempah dan daun pisang dalam foil tu.
Bila buka foil,
Pergh! Sedap tak tipu.
Ni aku bagi 'AAA'.
Lepas tu aku check out bakar2 dan panggang2 yang lain.
Hambik kau!
Fuh! Ribs. Yg bawah tu bukan satay tapi shashlik. |
Udang lipan atau 'slipper lobster' bakar. Susah dapat ni. |
Ni kalau kat Tony Roma dah berapa dah kena bayar banyak ni. |
Udang Bakar!!!!! |
Di samping itu masakan kampung ada, menu dari Asia Tengah ada, menu Laluan Sutera ada, macam-macam lagilah.
Menu Laluan Sutera ni menarik juga, tapi next entry lah.
Apapun,, bagi aku, kalau korang minat kambing panggang dan benda-benda bakar dan panggang lain, untuk Buffet Ramadhan 2017 ni, yang Kota Seriemas ni wajib pergi.