Thursday, April 4, 2013

Video Nurul Izzah mula mengganas di Lembah Pantai, guna samseng kedai besi


Semalam M.Parthiban, bekas Pengarah Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan Pejabat Nurul Izzah yang telah meninggalkan Nurul Izzah, telah mengadakan satu sidang akhbar di Medan Selera Dataran Angkasajaya, Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai.

Parthiban telah turun bersama-sama seorang lagi bekas PKR, saudara Md Noor iaitu Pengerusi Persatuan PPR Sri Anggerik.

Parthiban dan Md Noor sama-sama dalam sidang akhbar tersebut membongkar kejahatan PKR Lembah Pantai membuat penipuan daftar undi, seperti dilapor Utusan di sini.

Tiba-tiba datang beberapa orang gangster PKR mengelilingi tempat sidang media diadakan. 



Setelah beberapa ketika meng'ushar' Parthiban dan Md Noor dari jauh, seorang dari mereka iaitu Bidin Besi, tokey kedai besi di P20, yang juga menjaga Bilik Gerakan PKR P20, telah bertindak lebih gangster di hadapan semua press yang hadir bila menepuk Parthiban dan memberi amaran.

Nurul Izzah Besi selalu menuduh UMNO Lembah Pantai mengamal politik keganasan. Ini bukti bahawa PKR di bawah Nurul Izzah lah pengamal politik keganasan. 



No comments:

Post a Comment