Tuesday, October 29, 2013

Pemuda UMNO turut tentang COMANGO. Syabas ada telur!

Tahniah pada Pemuda UMNO kerana turut menentang tuntutan COMANGO yang jelas mencabar kedaulatan Islam dan undang-undang negara. 

Lebih menarik lagi, Pemuda UMNO turut mengucapkan tahniah pada pejuang-pejuang MuslimUPRo yang sanggup ke Geneva melobi bagi pihak Islam di Malaysia.

Naib Ketua Pemuda UMNO yg baru menang, Azwanbro hari ini membuat kenyataan akhbar, dilaporkan di Utusan Malaysia,
Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensitiviti umat Islam kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai mencabar Perlembagaan.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan Comango itu yang secara terang-terangan mempertikai undang-undang negara dilihat tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Menurut beliau, tindakan tersebut jelas menunjukkan Comango tidak menghormati prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan yang merupakan tunjang Rukun Negara.
"Tindakan ini dilihat sebagai sebahagian agenda terancang bertujuan melemahkan atau mencabar kedudukan agama Islam di Malaysia yang dijamin dan termaktub dalam Perlembagaan bertopengkan hak asasi manusia dan mempromosi anti diskriminasi.
"Melihat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendukung Comango ini, kami musykil dengan kenyataan kononnya tujuan mereka ikhlas, sebaliknya berkemungkinan mempunyai agenda politik tidak sihat," katanya.
Sebelum ini, beberapa negara memberi tekanan kepada Malaysia supaya menandatangani Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak-Hak Awam dan Politik (ICCPR) berkaitan hak kebebasan beragama yang perlu dibaca dengan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UHDR) iaitu mentakrifkan seseorang individu bebas meninggalkan agamanya.
Sementara itu, Khairul Azwan mengucapkan syabas kepada semua pihak yang berusaha menjelaskan perkara sebenar kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB khususnya Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) berhubung tuntutan Comango tersebut.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan semua pihak mengelak mengambil pendekatan yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131029/dn_16/Comango-cabar-Perlembagaan-tidak-hormat-Islam---Pemuda-UMNO#ixzz2j7dXVgOG © Utusan Melayu (M) Bhd 

INILAH YANG PEJUANG-PEJUANG ANTI ISLAM DI MALAYSIA MAHU LIHAT