Wednesday, November 13, 2013

Mengapa beriya-iya benar Nurul Izzah nak mintak maaf dgn Raja Nong Chik ni?

Takut Kerana Salah
Pelik betul aku!  Setahu aku, anak-beranak Nuar Berahi ni kaki melawan. Walau salahpun, melawan.

Kes China Doll, ada video, melawan.

Kes pengakuan Sukma, ada video pengakuan Sukma, melawan.

Kes Mior, ada video Mior mengaku, melawan.

Macam Shaggy cakap, walaupun Shaggy kantoi main dengan jiran sebelah dengan bini dia, "it wasn't me!"

Tapi kali ini tak melawan pulak.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang semalam, ada satu sesi mediasi dalam kes Raja Nong Chik menyaman Nurul Izzah mendakwa fitnah telah dibuat Nurul Izzah terhadap Raja Nong Chik. Fitnah yang didakwa dibuat sehari sebelum Pilihanraya Umum dan disiar Malaysiakini.

Dalam kes ini, Hakim perintah mediasi iaitu suruh pihak-pihak kowtim. Biasalah, mahkamah memang kalau boleh nak suruh banyak-banyak kowtim, kerana kes-kes sangat banyak dan prosedur biasa banyak makan masa.

Sesi mediasi pertama, Jumaat lepas. Semalam sesi mediasi kedua. Dan dari Utusan, ada satu lagi sesi mediasi bulan Disember ini, masih pasal nak mintak maap.

Apa benda nya ni. Apo yang takut bonar ni?

Hoi Nurul! Aku ingat lagi billboard besar ko itu hari kat Pantai Dalam; "Berani kerana Benar".

Amacam pasang satu lagi billboard kat tempat sama, "Penakut kerana Salah".

Boleh?

2 comments:

  1. Diharap Raja Nong Chik menolak permohonan maaf Nurul Izzah. Biar jumpa dalam mahkamah. Semoga rakyat semua tahu tembelang mereka. Jika dibiarkan mereka melampau, lepas ini ada lagi fitnah yang dibuat. Teruskan saman...

    ReplyDelete
  2. ishh!!! apa kawtim kawtim ni. tak syok la bro. teruskan je saman tu. berani temberang, berani tanggung la....

    ReplyDelete