Thursday, November 21, 2013

Artikel MANTAP tentang PAS! Mesti baca! Hukuman Mati mandatori!

Sesekali penulisan dalam blog menyentap dan membuka minda. Malam ini saya terjumpa satu, dan bagi mereka yang mengikuti perkembangan PAS, tulisan dlm blog Zul Noordin kali ini betul-betul mantap. Tulisan asal boleh dibaca di blog beliau di sini.  

Tapi saya juga ada siar semula di sini utk bacaan saya di masa hadapan, spt di bawah. Selamat membaca.

Setiap ahli akar umbi PAS, khususnya para muktamirin perwakilan tiap kawasan yang akan hadir dan mengundi dalam pemilihan kali ini harus bertanya dan boleh menjawab soalan-soalan berikut. Hanya dengan keupayaan menjawab soalan-soalan ini baru lah jelas siapa yang patut dipilih untuk menduduki jawatan utama dan AJK PAS Pusat yang akan menentukan halatuju, dasar dan landasan perjuangan PAS yang akan mendatang. 
Soalan utama yang perlu ditanya dan dijawab ialah; apa sebenarnya yang PAS mahu? 
Adakah PAS menyertai politik kepartian dan terlibat dalam pilihanraya umum untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan syariat Islam dan mencari keredhaan ALLAH?
Atau;
Adakah PAS menyertai politik kepartian dan terlibat dalam pilihanraya umum dengan menggunakan Islam demi untuk mendapat kuasa dan bermahkota di Putrajaya? 



Dan untuk membantu menjawab soalan tersebut, saya bariskan dibawah beberapa fakta untuk direnung dan dimuhasabahkan oleh para muktamirin. 
1. AQIDAH: Rasulullah saw di utus untuk memperbetulkan aqidah manusia yang sudah terpesong. Sebelum kedatangan Rasulullah saw, manusia sudah pun menjadikan ALLAH sebagai Tuhan. Tetapi ada yang syirik mendakwa ALLAH ada anak (seperti Yahudi dan Kristian), ALLAH ada sekutu (seperti Musyrikin), atau terus kufur kepada ALLAH dengan menyembah matahari (seperti Majusi). Maka di utus Nabi Muhammad saw dengan ketegasan bahawa ALLAH itu Satu, ALLAH tidak bergantung dengan sesiapa, ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada sekutu yang setara dengan ALLAH! 
Jadi kalau PAS benar-benar mempunyai halatuju, dasar dan perjuangan untuk melaksanakan Islam, mengapakah apabila Lim Guan Eng mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam bentuk syirik, mengapa PAS boleh bersetuju bersama dengan PKR dan DAP pada 08.01.2013 untuk kristian mengguna-pakai kalimah ALLAH walaupun tidak menepati syariat Islam? Dan mengapa apabila Majlis Syura memutuskan menolak tuntutan kristian itu, ianya tidak dihormati malah terus dipertikaikan. Malah ada dikalangan ahli PAS sendiri mendakwa tidak perlu mengikut ketetapan Majlis Syura sebab ia bukan wahyu! 



2. UKHWAH: Mengapa apabila umat Islam bersatu melalui NGO-NGO menentang cubaan kristian menggunakan kalimah ALLAH, PAS mengambil sikap tidak mahu bersama? Malah umat Islam berjuang tanpa PAS apabila pihak Perwakilan Vatican menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH. Langsung tidak kedengaran suara PAS, apatah lagi melihat kehadiran pimpinan PAS. Yang kedengaran suara-suara sumbang daripada PAS yang menyokong kristian mengguna kalimah ALLAH walaupun bertentangan dengan ketetapan Majlis Syura; dan sehingga hari ini suara-suara sumbang ini tidak dikenakan sebarang tindakan langsung! 
Malah apabila terbongkar kegiatan mendakyah dan cubaan memurtadkan umat Islam oleh Gereja DUMC, dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga EXCO Hal Ehwal Islam Datuk Dr. Hasan Ali mengambil tindakan termasuk mengadakan Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam, bukan sahaja beliau tidak disokong dan dibantu, malah PAS akhirnya memecat beliau tanpa diberi hak membela diri bila beliau mempertikai tindakan PAS mahu menyertai perhimpunan menyokong Anwar yang dikenakan pertuduhan meliwat! Dan bukan sahaja PAS tidak bersama dengan umat Islam berhimpun mempertahankan aqidah, malah ada segelintir pimpinan PAS melarang dan menghalang ahli PAS daripada turut sama! Tetapi PAS boleh berhimpun sama dengan golongan kafir harbi untuk himpunan dan demonstrasi duniawi! 
Begitu juga nasib yang menimpa tokoh ulama muda dan bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Beliau dipecat daripada Majlis Syura' hanya kerana dituduh terlampau mesra UMNO. Malah apabila gambar beliau bersama Dato' Sri Najib samada bersama ulama Masjidil Haram, mahupun bersama pimpinan Hamas di Gaza terpampang didada media, beliau menerima cemuhan dan kutukan. PAS sepatutnya berbangga dengan pemimpin mereka yang mampu membawa ukhwah dan kesatuan umat bukan sekadar peringkat negara, malah ke peringkat antarabangsa khususnya didunia Islam. Tetapi sebaliknya yang berlaku. PAS menganggap tindakan Ustaz Nasharudin memperkukuh ukhwah Islamiyyah antara pemerintah Malaysia dengan pimpinan dunia Islam termasuk Palestin sebagai satu liabiliti politik, na'uzubillah!  
3. HUDUD: sepanjang saya bersama PAS selama lebih 12 tahun termasuk duduk di kepimpinan, isu hudud selalu menjadi modal politik untuk menyemarakkan semangat ahli dan menyemai benih kebencian kepada UMNO. Kompang hudud sentiasa di palu terutama menjelang pilihanraya (PRU atau PRK) dan semasa pemilihan PAS Pusat. 
Baru-baru ini Ketua Hakim Syarie Kelantan telah menyatakan bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan hudud. Bermakna dari segi kehakiman mereka sudah bersedia. Sepatutnya pengumuman itu disambut dengan takbir gemuruh memecah langit. Tetapi sebaliknya yang berlaku. PAS sendiri menyatakan belum bersedia walaupun sudah diberi amanah memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun. Dan yang paling sedih, PAS menuding jari kepada UMNO seolah-olah UMNO menghalang dan melarang. 
Dimana logiknya fitnah dan tohmahan tersebut. Jelas didalam Perlembagaan Persekutuan bahawa hal ehwal Islam termasuk perundangan syarie adalah dibawah bidangkuasa Sultan dan Kerajaan Negeri. Malah Dewan Undangan Negeri Kelantan sudahpun menggubal Enakmen Jenayah Syariah I & II termasuk hudud. Undang-undang itu telahpun diluluskan, dan Tuanku Sultan telahpun menandatanganinya. Bermakna Enakmen Jenayah Syariah Kelantan I & II sudah boleh dilaksanakan. Dan sekarang Ketua Hakim Syarie sudah menyatakan Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakannya. 
Jadi tidak timbul soal UMNO menghalang atau melarang. Soal samada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan I & II itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak langsung tidak timbul kecuali jika sesiapa yang dituduh dibawah Enakmen tersebut nanti mencabarnya di Mahkamah Persekutuan. Kalau Orang Kena Tuduh terebut tidak mencabarnya, malah redha dan menyerah kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah, tidak timbul langsung soal Perlembagaan. Sama macam undang-undang lain yang diluluskan di Parlimen atau DUN. 
Jadi bila PAS mula berdolak-dalik menuding jari kepada otang lain, ia menimbulkan persoalan serius; adakah PAS benar-benar mahu melaksanakan hudud atau ianya sekadar menjadi bahan airliur politiking sahaja? 
Apatah lagi apabila Memorandum Persefahaman Pembangkang DAP-PKR-PAS yang ditandatangani jelas tidak memasukkan hudud sebagai agenda pembangkang jika menang PRU! Aapatah lagi DAP termasuk kepimpinan pembangkang berulang-kali menyatakan bahawa hudud bukan sebahagian daripada persefahaman pembangkang. Apatah lagi bila rakan sekongkol PAS iaitu Pengerusi DAP sendiri menyatakan 'over my dead body' kalau mahu melaksanakan hudud! 
4. NEGARA ISLAM: Sejak dilahirkan semenjak tahun 1951 gendang PAS ialah mahu menubuhkan Negara Islam. Itulah retorik yang PAS kompangkan untuk membezakan PAS dengan UMNO. Tetapi sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR, perjuangan tersebut telah diketepikan. Kemuncaknya dalam Muktamar Agong 2011, Presiden PAS sendiri menyebut dengan jelas 'negara Islam itu tidak disebut didalam Al-Quran, tetapi Negara Berkebajikan ada!'. Dengan hanya senafas ayat, perjuangan Negara Islam hilang ghaibul-ghuyub daripada kamus perjuangan PAS! 
Jadi yang Nabi Muhammad saw buat di Madinah itu apa? Bukan Daulah Islamiyyah? Menyatakan Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran bermakna menafikan kewujudan Negara Islam Madinah! 
Dan bertambah mengelirukan apabila Memorandum Persefahaman Pembangkang DAP-PKR-PAS dan Manifesto PRU-13 langsung tidak menyebut tentang penubuhan Negara Islam. Sebaliknya kepimpinan Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS berkali-kali menyebut bahawa penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan syariat hudud-qisas-ta'zir tidak termasuk didalam agenda persefahaman mahupun manifesto, dan tidak akan dilaksanakan jika ditakdirkan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi PRU! 
5. DOMINAN: Kepimpinan PAS ada yang menyebut bahawa konon PAS adalah parti dominan didalam Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS. Persoalannya adakah itu benar? 
Lihat sahaja di Pulau Pinang. Kenyataan terbaru Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang mendesak PAS diberi tempat didalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang membuktikan bahawa PAS bukan sahaja tidak dominan, malah tidak dihormati langsung oleh rakan sekongkol. Satu-satunya ADUN PAS yang juga Pesuruhjaya Negeri Pulau Pinang langsung tidak diberi tempat didalam barisan EXCO Kerajaan DAP, malah portfolio Exco Hal-Ehwal Islam tidak diberi kepada PAS walaupun ia parti berlabelkan nama Islam! 
Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa PAS wajar dibatalkan pendaftaran kerana menjadikan Islam sebagai label nama kepartian sekadar membuktikan PAS hanya kaldai tunggangan sahaja bagi DAP yang kelihatan langsung tidak menghormati dan menghargai sumbangan PAS! 
Dan apabila Majlis Syura' PAS, badan paling tinggi dan utama dalam PAS membuat ketetapan pada 13.01.2013 bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh kristian kerana ini soal aqidah, 'patwa' itu langsung tidak dihormati. Pimpinan pembangkang DAP-PKR-PAS memperlekehkan 'patwa' tersebut dengan kenyataan seperti 'Majlis Syura hanya sayap sahaja dalam PAS', 'bahawa ketetapan Majlis Syura bukan wahyu yang wajib diikuti', malah dengan lantang dan tegas kepimpinan pembangkang DAP-PKR-PAS menyatakan akan tetap mengikut 'resolusi dan persefahaman 08.01.2013 yang membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAHwalaupun tidak menepati kehendak Islam! 
Jadi dimana yang kata PAS itu sebagai dominan? Sebaliknya PAS makin lama makin dilihat sebagai kaldai tunggangan untuk DAP-PKR mengaut undi simpati orang Melayu yang terpedaya dengan kompang serban dan jubah yang dibawa oleh PAS! 
6. AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR: Apabila NGO-NGO pro-pembangkang membawa satu agama baru dikenali sebagai HAM - Hak Asasi Manusia, termasuk diperingkat antarabangsa seperti dilakukan di UPR Geneva baru-baru ini, PAS langsung membisu tidak bersuara. Yang kedengaran hanya suara-suara sampingan dikalangan Pemuda, itupun sekadar melepaskan batuk ditangga. 
Tidakkah PAS menyedari perjuangan petualang hak asasi tanpa batas ini bercanggah sama sekali dengan syariat Islam? 
Tuntutan supaya Artikel 18 UDHR yang membenarkan murtad, tuntutan SOGI yang menghalalkan seks luar tabi'e dan gejala LGBT serta kahwin sesama jenis jantan-jantan dan betina-betina, tuntutan supaya Seksyen 377A Kanun Kesiksaan berkaitan liwat dihapuskan, tuntutan supaya peruntukkan Enakmen Syariah berkaitan khalwat, zina, arak dimansuhkan, tuntutan kalimah ALLAH dibenarkan kristian menggunakannya, dan pelbagai lagi tuntutan yang akan membawa tamaduan kemanusiaan ke lembah yang lebih hina daripada haiwan sepatutnya membangkitkan semangat jihad dan perjuangan dikalangan ahli PAS! 
Kalau subsidi petrol dikurangkan PAS sanggup berdemo tengah panas, kalau konsert K-POP PAS sampai sanggup meletop, adakah wajar PAS membisu seperti ayam berak kapur bila tuntutan luar tabi'e dan songsang yang bercanggah dengan syariat dibuat oleh NGO-NGO pro-pembangkang? Adakah patut segelintir pimpinan PAS memberikan jawapan kami hanya bersekutu dengan mereka dalam hal yang ada kepentingan PAS, tetapi dalam hal lain kami hanya membisu? 
Dimana perjuangan amar ma'ruf nahi mungkar yang sepatutnya menjadi teras perjuangan mana-mana haraki Islamiyyah seperti yang PAS mengaku konon mereka termasuk didalamnya? 
7. MURTAD: Semasa berlaku kes murtad Jamaludin Osman yang menjadi paderi dengan namaFather Joshua Jamaludin berlaku tahun 1986, PAS begitu agresif menggasak UMNO sehingga mengadakan Himpunan Anti-Kristian di Lumut pada tahun 1987. Malah seorang pemimpin Pemuda PAS pada masa itu membuat perisytiharan bahawa 'Malaysia akan menjadi negara kristian menjelang tahun 2000!'. Sehingga ramai pemimpin PAS ditahan ISA demi mempertahankan aqidah umat. 
Apabila Hartina Kamarudin menjadi murtad kerana berkahwin dengan pemudia Hindu tahun 1996, PAS menjuarai kes tersebut sehingga peguam dari PAS sanggup mewakili ibubapa Hartina di Mahkamah. 
Apabila Nor Aishah Bukhari murtad kerana mengikut pemuda Kristian dengan menukar nama kepada Aishah Felicea pada tahun 1997, PAS mengumpul seluruh tenaga dan jentera menentang kemurtadan tersebut, termasuk mengadakan Kempen Poster 100,000 seluruh negara. 
Tetapi setelah bersekongkol dengan pembangkang DAP-PKR, perjuangan PAS dalam isu murtad menjadi terbalik! 
Apabila Azlina Jailani murtad dengan nama Lina Joy dan kes dibawa ke Mahkamah tahun 2006, PAS mengambil sikap neutral. Dan yang paling ketara, apabila berlaku kes dakyah dan cubaan murtad keatas umat Islam oleh Gereja DUMC di bulan Ramadhan 2011, PAS bukan sahaja tidak mengambil tindakan mencegah, sebaliknya ada kalangan pimpinan PAS mengutuk tindakan JAIS menyiasat kes tersebut, dan paling malang, mempertahankan pihak gereja dengan alasan konon tidak cukup bukti dan tidak Islamik! Dan yang paling malang, pemimpin kanan dan tokoh PAS yang mempelopori perjuangan mencegah gejala murtad ini Datuk Dr. Hasan Ali berakhir dengan dipecat sebagai ahli!


RUMUSAN
Semua perkara yang saya sebut diatas akhirnya membawa kita kepada satu persoalan; iaitu kemana halatuju, dasar dan landasan perjuangan PAS sebenarnya? 
Adakah PAS sudah terlalu taksub mengejar undi dan kerusi sehingga sanggup menelanjangkan keseluruhan perjuangan menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hudud-qisas dan takzir? 
Adakah impian ke Putrajaya itu terlalu penting sehingga PAS sanggup mengenepikan sunnah Rasulullah saw, sehingga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi yang terang-terang menentang Islam, sehingga terbit kenyataan seperti 'PAS lebih rela berkawan dengan syaitan!', sehingga PAS sanggup mendoakan kehancuran umat Islam lain semata-mata kerana berbeza siasah dan politik kepartian? 
Inilah antara perkara yang perlu menjadi renungan dan muhasabah diri tiap ahli akar umbi dan muktamirin PAS yang akan bermuktamar mulai esok. 
Addeenul nasihah - agama itu nasihat. 
Nasihat saya kepada para muktamirin, bawalah PAS kembali ke pangkal jalan. Bawalah PAS kembali kepada perjuangan berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. 
Sekiranya ada pemimpin atau calon yang dilihat tidak boleh membawa PAS kearah perjuangan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, hendaklah dia dicantas dan ditolak walaupun dia mungkin seorang pemidato yang hebat, tokoh yang disukai dan popular dikalangan kafir dan harbi, walaupun dia mungkin boleh membawa undi dan kerusi kepada PAS!
Jadikanlah Islam itu matlamat, politik itu alat; bukannya kuasa politik itu sebagai matlamat, sedangkan Islam itu sekadar alat!

1 comment:

  1. assalamualaikum wr, wb.KAMI:, dan SEKELUARGA mengucapkan banyak2
    terimakasih kepada EYANG PALAGUNA,atas angka togel yang EYANG …
    BAGI"6D" alhamdulillah ternyata itu benar2 jebol dan tembus atas berkat
    bantuan EYAN PALAGUNA,KAMI bisa melunasi semua hutang2 keluarga kami ,atas rasah bersukur kepadah …EYANG KAMI CANTUNGKAN DI INTERNET
    biar semua orang menengo,atas kepercayaan saya kepadah …awani ;sekit komentar kepadah semua pencinta togel dan inggin merubah nasibnya, dengan
    Carah, silahkan HBG/SMS /EYANG DI NMR ;[[[082,,310,,142,,255]]]…
    Dan alhamdulillah sekarang kami.
    sudah bisah bermodal kan walaupun itu memilih jalan main togel ,kami sekeluarga patuh kami sukuri
    dan alhandulillah ,
    untuk mencukupi kebutuhan keluarga kami.
    sehari2. itu semua berkat bantuan EYANG sekali lagi makasih banyak
    yah, EYANG… atas nomornya yaitu ….. 6D…di sports toto/malaysia…
    ….yang kemering EYANG kasih … 491341…TGL,10,05,2014…
    DAN ALHANDULILLA KENAH LAGI….dan alhandulillah dapat 600 juta
    dijamin 100% jebol dan silah buktikan...sendiri-

    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..
    Solusi yang tepat jangan anda putus aza....EYANG PALAGUNA,akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/angka GHOIB:
    butuh angka togel…. 2D_3D_4D -5D-6D ….dijamin 100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan, HBG ATAU SMS; EYANG PALAGUNA DI NO: (((_0823_1014_2255_)))

    DAN MELAYANI SEMUA PUTARANTOGEL MAUPUN DALAM NEGRI ATAU LUAR NEGRI

    TOTO, 2D, 3D, 4D, 5D, 6D…
    SUPREME TOTO 6/58,/MEGA TOTO,6/52,POWER TOTO 6/55…
    MEKNUM 4D,/STS,/88,/DA MA CAI 1+3D,/ DAN LAIN-LAIN parah pencinta togel.
    DAN LAIN-LAIN,ITU SEMUA TERGANTUNG PERMINTAAN KAMI…ATAU SEPESIAL DEROH 4D ANGKA BERTUA ADA SAMA EYANG PALAGUNA…..
    EYANG , SIAP MELAYANI PERMINTAAN ANDA DAN KAMI YAKIN JAMINAN [ 7] KALI PUTARAN…


    ReplyDelete