Thursday, April 18, 2013

Si Ratu Curi Kredit dan penipuan dalam Parti Kencing Rakyat

Kalau nak cerita pasal tokoh politik yang hebat, adalah seorang yang dihormati oleh ahli parti sendiri dan rakyat umum tanpa mengira keturunan dan cakap kosongnya.
Ni kalau dalam parti sendiri pun main tipu, silap-silap belakang tabir entah apa lagi yang dikelentongnya sehinggakan ada yang memanggil PKR ni Parti Kencing Rakyat.

Ini cerita dari ahli PKR sendiri yang terlibat dalam pemilihan MATC cabang Lembah Pantai pada 25 September 2010.



Sumber berita: Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan

 Pemilihan MATC Cabang Lembah Pantai semalam amat bangsat dan memualkan. Terus-terang aku katakan kalau macam ni lah memang celaka lah penipu-penipu sekalian dalam Parti yang kami di sini yang hidupkan di Lembah Pantai ini.

Apa taknya, macam mana yang daftar cuma 513 nama, tapi kertas undi keluar sampai 583. Yang 70 extra tu datang dari mana. Bila kita minta berhenti JPP teruskan juga dengan pemilihan. lepas tu penyokong-penyokong Team Harapan baru YB Nurul Izzah yang kononnya pengawal dia menyerang pulak kami. Sedangkan kami yang kempen macam nak mampus nak menangkan dia ni. Bangsat apa ni?

Kenapa teruk sangat proses? kertas undi tak ada no siri, jadi orang boleh senang-senang fotostat kaler. Sekarang fotostat warna kat mana-mana pun ada. Memang kami nampak dengan mata kepala sendiri ada Cina bawa keluar borang-borang tersebut, padahal dia bukan pengawas pemilihan pun. Ada pula calon tolong pangkah atau isi borang orang lain. Bila pengawas suruh keluar, depa tak nak keluar. Tak ada sistem langsung proses yang dijalankan, ikut suka hati saja.

kalau lah SPR yang buat undi macam ni, dah lama dah riot dan huru-hara satu negara. Teruknya. Calon-calon keluar masuk dewan, tak nak dengar cakap pengawas pilihanraya. Macam parti mak bapak sendiri dibuatnya. Eh eh ...

Lepas tu untuk pengetahuan YB Azmin, kami kat sini memang nampak dah lagi banyak tangan yang diangkat masa nama YB Azmin diundi, tup-tup Zaid menang. Konspirasi apa jadah ni?!

No comments:

Post a Comment