Saturday, February 23, 2013

Debat Nurul vs Raja Nong Chik? Nurul Izzah tipu terang-terangan!

Kronologi ISU PENIPUAN DEBAT:

8 Feb 2013: Nurul Izzah mencabar Raja Nong Chik berdebat

9 Feb 2013: Raja Nong Chik menegaskan tak perlu debat, sebaliknya Nurul hanya perlu menyenaraikan hasil kerja dan perkhidmatannya di Lembah Pantai, untuk dinilai sendiri rakyat Lembah Pantai.

13 Feb 2013: Nurul Izzah melalui juara Lembah Pantai beliau Fahmi Fadzil menghantar surat jemputan debat kepada Raja Nong Chik ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di Putrajaya. Tiada jawapan dari Raja Nong Chik.

21 Feb 2013: Tiba-tiba 'banner' jemputan debat penuh di Lembah Pantai, begitu juga Fahmi Fadzil dalam twitternya menjemput ke "Debat Perdana" pada 24hb, iaitu satu penipuan sebab tidak pernah dari pihak Raja Nong Chik kata nak debat.

22 Feb 2013: Nurul Izzah dalam twitternya mengulang benda yang sama, malah menggunakan banner yang sama yang digantung sekitar Lembah Pantai, dalam Facebbooknya. Itu bukti banner dibuat PKR dan Nurul izzah.

Bukankah ini satu penipuan yang terang dan nyata?

Jika hal debat yang remeh ini pun Nurul Izzah dan PKR sanggup menipu, apatah lagi dalam perkara lain yang penting!

Bolehkah kita percaya pada mereka?


4 comments:

  1. senang la dia nk kata raja nong chik takut. cam haram betul kepala hotak nurul ni. bertahun2 dh org lembah pantai teguk air kencing si nurul ni....

    ReplyDelete
  2. eh? bukan nurul izzah dah hantar surat jemputan rasmi dekat RNC ke ?

    ReplyDelete
  3. amirah, RNC dah pun tolak. Ini umpama seorang manusia yang buat banyak-banyak kad jemputan kahwin, hantar pada kawan-kawan dan saudara, war-warkan perkahwinan. Sedangkan pasangan yang dinamakan dalam kad kahwin itu dah bagitahu dah tak sudi nak kahwin. Bila pasangan dalam kad itu tak datang, dia salahkan pasangannya. Sedangkan dia sebenarnya telah menipu semua jemputannya. Itulah umpama bagi majlis debat ini.

    ReplyDelete
  4. ako x sokong mana2.. tp brani kerana benar.. wt pe nk takut.. die ajak debat.. g je la, buktikan nurul nie penipu..

    ReplyDelete