Saturday, September 29, 2012

Kenapa Portal Super-Neutral Lagi Super-Adil Malaysiakini dan sekutunya senyap-sunyi dengan keputusan Pengundian Semula 2 Fakulti UM?

Seperti yang diumumkan oleh blog Aboudiabydoo di sini, Pro-Aspirasi di UM atau juga dikenali sebagai Penggerak telah menang kerana 2 calon Bebas yang menang juga ialah penyokong Aspirasi Kerajaan Barisan Nasional.

Ya, di UM, Pro-Mahasiswa sudah kalah. Sebelum ini mereka menang, kali ini kalah.

Maknanya Universiti Malaya ialah Kampus ke-19 yang menyaksikan kemenangan Barisan Calon Penyokong Kerajaan. Yang Pro-Aspirasi atau Pro-BN tewas ialah di UKM sahaja, manakala di UIA pengundian semula semua kerusi kerana masalah teknikal.

Dan keputusan UM sangat penting.

Ini kerana sebelum ini UM dimenangi Pro-M, dan UM juga merupakan kampus yang menyaksikan politik paling kotor amalan puak penyokong pembangkang.

Kalau guna analogi negeri, cerita ini sebesar cerita BN rampas Selangor.

Setiap kali Pilihanraya Kampus, cerita mengenai UM mesti diheboh dan dicanang dalam Portal2 Pakatan Rakyat terutama Malaysiakini.

Untuk Pilihanraya 2012 sama juga.

Ini liputan Malaysiakini tentang Pilihanraya Kampus sebelum Pilihanraya Kampus UM:-

(1) Two varsity campus polls heading for a mess?, Malaysiakini, Wong Teck Chi, Sep 7, 2012
(2) Bersih questions 'sudden' call for campus polls, Malaysiakini, Sep 15, 2012
(3) Students march through KL for 'clean' campus polls, Malaysiakini, Koh Jun Lin & Zulaikha Zulkifli
    Sep 16, 2012
(4) Racial twist to UM campus polls, Malaysiakini, Koh Jun Lin, Sep 23, 2012
(5) 'Death threats' for pro-M polls candidates at UKM, Aidila Razak | 4:22PM Sep 24, 2012
(6) Pro-M seeks status quo, Aspirasi expects big win, Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri, Sep 25, 2012
(7) Pro-M leader assaulted hours before UM polls, Malaysiakini 11:28AM Sep 25, 2012

Ini selepas Keputusan diketahui, dan Pilihanraya UM tiada 'clear winner'.

(8) UIA polls result suspended, no clear winner at UM, Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri, Sep 25, 2012
(9) Pro-Mahasiswa blames covert gov't ops for setback, Malaysiakini, Wong Teck Chi Sep 27, 2012

Ini pula Laporan Malaysiakini selepas Pemilihan 2 Fakulti di UM pada 27 September, yang menyaksikan Penyokong Kerajaan menang, Pro-Aspirasi menang.

.....
.....

Eh.. mana?

Eh... tak ada lah.

Yup.

Zero. Nada. Yilek.

Sebelum Pilihanraya, berlambak liputan, semuanya kempen untuk penyokong Pembangkang. Ada kempen nak dapat undi kesihan dan undi marah, malah kempen Perkauman pun ada! Tak caya pergi baca artikel "Racial twist to UM campus polls".

Tapi lepas Keputusan Muktamad diketahui di UM, bila Penyokong Kerajaan menang, apa pun tadak.

Zero. Nada. Yilek.

Inilah Malaysiakini.


Neutral konon!





Thursday, September 27, 2012

TerNOW! Pro Kerajaan menang di UM! Pembangkang kalah!


Terkini, keputusan Pilihanraya Kampus UM yang dinanti-nanti sudah tiba.

Pada hari Pemilihan 2-3 hari lepas,

Pro-M iaitu budak-budak anti-Kerajaan yang dilatih pembangkang menang 20 Kerusi.
Penggerak iaitu penyokong Kerajaan menang 19 kerusi.
Bebas yang dalam kumpulan penyokong Kerajaan menang 2 kerusi.
2 kerusi lagi iaitu 1 di Fakulti Pendidikan dan 1 di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi seri!

Hari ini undian semula dijalankan untuk kedua-dua fakulti ini.

Keputusannya, jeng, jeng, jeng .....

Fakulti Pendidikan
Maiyamin Md Nor (pro-pembangkang atau Pro-M)       : 136 undi
Malik Syam (Penggerak atau pro-A atau pro-Kerajaan) : 129 undi
Keputusan: Pro-M menang majoriti 7 undi

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi
Muhd Alif Jamaluddin (Pro M)                                            : 73 undi
Neo Yew Boon (Penggerak atau pro-A atau pro-Kerajaan) : 112 undi
Keputusan: Penggerak @Pro-A menang majoriti 39 undi

Keputusan MUKTAMAD: Pro-M (pembangkang) : 21 kerusi
Penggerak @ Pro-A (pro-Kerajaan)                      : 20 kerusi
Bebas pro-Kerajaan                                              : 2 kerusi

Jadi:
Pro-Pembangkang : 21
Pro-BN : 22

Keputusannya BN menang lagi di UM. Tanda anak muda kembali menyokong BN.

Tahniah semua pro-kerajaan yang berusaha bertungkus-lumus di UM!