Sunday, December 23, 2012

Ustaz kecewa Nurul Izzah masih belum tarik balik kenyataannya Isu Melayu boleh Murtad

Betul ke Melayu Mudah Lupa?

Nampaknya itu lah yang diharapkan Nurul Izzah apabila dia buat kenyataannya di Forum di Gereja Tabernacle Subang pada 3 Nov dulu. Selepas reda bantahan tentang isu itu dek faktor masa, nampaknya dia sudah berani ke hulu ke hilir, dengan pencacai-pencacainya menyambung menabur fitnah mereka dalam Twitter.

Tapi bukan semua yang lupa. Terkini, Ustaz Fathul Bari, ulama muda yang aktif berdakwah kala ini, melontarkan kekecewaan nya mengapa Nurul Izzah masih belum tarik balik kenyataannya.




Kata Ustaz Fathul Bari, Nurul Izzah sepatutnya boleh selesaikan isu ini dengan mudah dgn cara mengakui saja dia silap.

Tapi kata Ustaz,

" Patutnya dia tarik balik ja kenyataannya. Ini masalahnya Nurul Izzah konar nak bagi betul jugak."

Kepada ustaz Fathul Bari, saya nak beritahu, tak perlu mengharap perempuan ini akan menarik balik kenyataannya. Nurul Izzah nampak gayanya telah mempertimbangkan segalanya dari segi politik, dan dari sudut politik TIDAK MENARIK BALIK kenyataannya lebih menguntungkan.

Ribuan pengundi Islam Lembah Pantai yang diberi pilihan mengundi atau menolak Nurul Izzah dalam PRU-13 yang akan datang ini harus fikirkan perkara ini.

Kenyataan Nurul Izzah dilaporkan pada 3 Nov 2012 oleh Malaysiakini

Pengundi Kristian dan bukan Islam di Lembah Pantai PASTI sokong Nurul Izzah
Kristian bangga dengan Nurul Izzah




No comments:

Post a Comment