Tuesday, October 16, 2012

Nurul Izzah vs Penduduk Lembah Pantai. Nurul mau Pasar Malam tapi Penduduk Kg Kerinchi tak mau!



Mengarut betul Lembah Pantai dapat Ahli Parlimen macam Nurul Izzah ni.

Sepatutnya tugas dia pertahankan rakyat Lembah Pantai.

Promosikan kepentingan rakyat Lembah Pantai.

INI TIDAK.

CONTOH TERBARU TERBUKTI dalam ISU Pasar Malam Kg Kerinchi.

Penduduk Flat 4 Tingkat PKNS mahu pembangunan semula rumah mereka lancar dan tidak terganggu oleh Pasar Malam. Oleh itu Persatuan Penduduk 4 Tngkt yg mewakili mereka yang berjumlah lebih kurang 450 unit dengan kira-kira 1,300 pengundi telah setuju dengan DBKL nak tutup pasar malam yang akan ganggu laluan lori binaan.

Penduduk PKNS 17 Tingkat yang di sebelah PKNS 4 Tingkat dan BERKONGSI pasar malam, juga mahukan ia ditutup kerana sudah berpuluh tahun pengunjung dan penjaja pasar malam dua kali seminggu ambil tempat parking mereka.

DBKL sudah tentu mahu tutup kerana sebarang kemalangan yg disebabkan oleh lori binaan boleh dipertanggungjawabkan pada mereka (boleh kena saman) jika mereka benarkan pasar malam di situ.

TAPI NURUL IZZAH?

NURUL IZZAH tak sokong DBKL.

Nurul Izzah tak sokong RIBUAN Penduduk PKNS 17 Tingkat, iaitu penduduk Lembah Pantai.

Nurul Izzah tak sokong RIBUAN Penduduk Flat 4 Tingkat PKNS, iaitu penduduk Lembah Pantai.

Nurul Izzah tak sokong BELASAN RIBUAN LAGI PENDUDUK Lembah Pantai dari Taman Bukit Angkasa, Kg Kerinchi, Pantai Hillpark, PPR Kerinchi, Kolam Air, Kondo Rakyat, Vista Angkasa, dan lain-lain yang dua kali seminggu terpaksa tanggung trafik jem sebab Pasar Malam ini.

Sebaliknya Nurul Izzah sibuk memperjuangkan 80 orang peniaga Pasar Malam yang hanya 10% saja penduduk Lembah Pantai! Yang lainnya Penduduk Selangor!

Nurul Izzah ni wakil rakyat Lembah Pantai atau Wakil Rakyat Selangor?

Nanti time Pilihanraya nanti Penduduk Selangor atau Lembah Pantai ke yang akan mengundi di Lembah Pantai wahai Nurul?

Habis lah anda masa pilihanraya nanti!

No comments:

Post a Comment