Thursday, October 6, 2011

Jawapan mantap Raja Nong Chik buat beruk-beruk sarkas Pakatan dalam Parlimen ternganga macam tikus bodoh tepi longkang!

Pergh! Puas hati betul tengok pembangkang kena semalam dengan datuk RNC Menteri Wilayah pasal Kg Baru. Konon nak jadi hero, habis semua sayur. Lagi best Nurul Izzah, mula-mula bising bagai, last-last balik rumah tidur masa orang belum habis bahas, masa orang mengundi dia dah lena. Pergh! Pemalas betui Cik Ijah ni.

Tahniah RNC yang betul-betul berani nak mulakan juga langkah pertama ke arah era baru Kg Baru. tahniah juga pada majoriti penduduk yang beri sokongan.

Apa pun baca petikan dari Hansard utk penjelasan dari pak menteri sendiri.



Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin]:
Yang Berhormat daripada Kota Raja telah menyebut hasrat atau peranan arwah dan juga bahawa kita ataupun pihak kerajaan telah menolak peranan MAS dan mencadangkan cara-cara yang lain untuk membangunkan Kampong Bharu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apa yang telah diutarakan dalam rang undang- undang ini adalah pandangan-pandangan daripada MAS dan badan-badan bukan kerajaan lain yang mewakili pemilik dan pewaris Kampong Bharu. Boleh katakan MAS yang menjadi sekretariat yang mengadakan perjumpaan dengan semua kampung di Kampong Bharu, MAS yang mengendalikan. MAS yang mengendalikan referendum di Kampong Bharu. MAS yang telah memberi sokongan yang begitu padu kepada kami.

Jadi, kalau Yang Berhormat memperjuangkan MAS, saya pun tidak tahu mana hubungannya antara Yang Berhormat dengan MAS? Untuk makluman, perubahan-perubahan rang undang-undang ini adalah juga daripada maklum balas yang kita telah terima daripada NGO-NGO Kampong Bharu yang mewakili pemilik dan pewaris Kampong Bharu dan bukan adalah daripada mana-mana parti politik pun.

Ahli-ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan pembangunan yang telah dicadangkan di Kampong Bharu, adalah juga satu cara yang pihak kerajaan telah fikir sedalam-dalamnya. Kalau dahulu ada juga pihak-pihak swasta yang cuba mengusahakan dan membangunkan Kampong Bharu.

Akan tetapi oleh sebab perkara-perkara yang tertentu, perkara itu gagal. Jadi, setelah kita mendapat pandangan daripada pemilik dan pewaris yang meminta pihak kerajaan sendiri memacukan dan menjadi pemangkin kepada pembangunan Kampong Bharu, so yang paling sesuai adalah mengadakan satu perbadanan.

Untuk makluman, Perbadanan Kampong Bharu jika berjaya boleh menjadi satu contoh untuk dibangunkan kawasan-kawasan Melayu lain di seluruh negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di kawasan Yang Berhormat Wangsa Maju, mereka daripada kampung-kampung yang berkenaan telah mencadangkan membuat ataupun mencadangkan perbadanan ini
memasukkan kawasan mereka ke dalam Perbadanan Kampong Bharu. Akan tetapi untuk masa ini belum lagi sesuai. Jadi, inilah berkenaan dengan penerimaan Ahli-ahli Yang Berhormat dari segi Kampong Bharu.

Berkenaan dengan kepentingan orang Melayu. Saya rasa banyak perkara yang telah dibuat dalam rang undang-undang ini memang hendak memastikan kepentingan orang Melayu dijaga dengan beberapa cara yang seboleh-bolehnya iaitu dari segi kepentingan orang Melayu, perbadanan iaitu fasal 14(4). Perbadanan hendaklah menjalankan fungsinya dengan melindungi, memelihara dan memulihara kepentingan orang Melayu. Jadi, ayat-ayat itu terlalu mendalam untuk memperjuangkan ataupun menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Kita telah menetapkan pengerusi mesti orang Melayu.

Keanggotaan Perbadanan mesti orang Melayu, ketua pegawai eksekutif mesti orang Melayu.

Lembaga Penasihat datangnya daripada mana? Pemilik dan pewaris Kampong Bharu daripada Lembaga Perbadanan iaitu enam orang. Lima dan satu adalah juga pemilik dan pewaris orang Melayu. Jadi, boleh dikatakan hampir semua adalah orang Melayu Yang Berhormat.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: [Bangun]

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Jadi, inilah dan satu lagi saya hendak jelaskan dari segi MAS. MAS bersama dengan kita. Kalau Yang Berhormat tidak percaya, datanglah ke pejabat saya. Saya akan tunjukkan semua wakil-wakil MAS.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]:
Boleh, boleh? Tidak apa, tidak apa, minta, minta penjelasan.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Ya, datang ke pejabat saya. Saya sudah berjumpa dengan mereka berkali-kali.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]:
Saya minta penjelasan.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Yang Berhormat, saya sudah buat program dengan mereka. Jadi, kalau Yang Berhormat kata mempertahankan MAS, saya tidak tahulah MAS mana yang dipertahankan. Ataupun penerbangan MAS kot, yang itu kot.

Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]:
Ya, mohon penjelasan.

Mahfuz pening dok dengaq. Hang paham ka oii!

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Akan tetapi MAS di kampung baru sudah bersama dengan kita. Jadi, berbalik kepada MAS, memang di peringkat awal sebelum semasa rang undang-undang fasa pertama dirangka, cadangan daripada pihak Peguam Negara adalah tidak perlu diadakan MAS. Akan tetapi oleh sebab kita telah serapkan seluruh anggota MAS 10 orang, tujuh ketua kampung dan tiga penjawatnya masuk dalam lembaga penasihat. 10 orang sudah masuk dalam lembaga penasihat. Akan tetapi atas permintaan daripada warga Kampong Bharu termasuk MAS sendiri dan atas juga nasihat daripada Sultan Selangor, kita tidak membatalkan MAS Yang Berhormat.

Akan tetapi dari segi kuasa MAS pada masa ini, kuasa MAS pada masa ini Yang
Berhormat sebelum ada rang undang-undang, dari segi tanah-tanah yang telah dimiliki oleh individu, MAS tidak ada kuasa. Dalam kanun-kanun, ia telah diserahkan kepada Kanun Tanah Negara dan di bawah kuasa Pengarah-pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Dari segi kuasa perancangan, di bawah Dewan Bandar raya Kuala Lumpur. Pada masa ini Yang Berhormat, sebelum perbadanan. Jadi MAS hanya menjaga keadaan sosial dalam kawasan Kampung Baru dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jadi inilah peranan MAS pada masa ini. Walau bagaimanapun, dalam rang undang-undang ini kita tidak menidakkan dan oleh kerana permintaan kita tidak membatalkan MAS dan saya rasa tidak ada keperluan untuk membatalkan MAS. Jadi dari segi sejarah, elok juga MAS diadakan dan MAS boleh bekerjasama dalam lembaga penasihat untuk memastikan khususnya dari segi kebudayaan, keagamaan dan lain-lain dapat diperjuangkan di dalam lembaga penasihat.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]:
Okey, boleh sikit? Saya duduk Pantai Dalam, saya duduk dalam kawasan Yang Berhormat, boleh kot, bolehlah sikit.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Okeylah.

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]:
Yang Berhormat, saya sebenarnya di sini ialah kita dalam membangunkan masyarakat, pendekatan yang diajar ialah muafakat.

Muafakat maksudnya berunding dulu, itu yang diajar dalam kebudayaan. Cuma di sini ada satu semangat yang ditunjukkan oleh rakan saya Yang Berhormat Kinabatangan tadi yang menggunakan perkataan transparency, tidak sempat hendak jawab saya tadi, saya harap Menteri jawab. Yang Berhormat Menteri, saya hendak cadangkan kalau Yang Berhormat Menteri boleh setuju, referendum. Apabila menteri menggunakan perkataan referendum itu, saya mohon Menteri kalau boleh sebab di sini kita memerlukan fakta. Mungkin Menteri boleh menunjukkan kepada kita berapa ramai, siapa duduk?

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Fasal referendum Yang Berhormat, elok saya hendak tegaskan di sini mungkin ada salah faham daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan soal hak ataupun kuasa Perbadanan Kampung Baru ini. Kalau kita tengok tidak ada kuasa untuk memiliki mana-mana tanah daripada Kampung Baru. Itu adalah kuasa kalau ada pun daripada hak kerajaan di bawah land acquisition, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Bermakna perbadanan tidak akan sekali-kali menjadi badan yang akan seperti banyak Yang Berhormat menuduh, menjadi badan yang akan ambil alih tanah orang Melayu, tidak. Kita akan menjadi pemudah cara, perunding dengan orang-orang Melayu di Kampung Baru. Kalau mereka tidak setuju, kita tidak akan bangunkan, kalau ada orang Melayu yang setuju, umpamanya ada sekarang satu syarikat Melayu bernama Zikay, mereka boleh bangunkan kawasan mereka, kita dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita facilitate mereka, memberi mereka insentif dengan CCC 10, dengan facilitation grant.

Jadi dengan izin supaya lepas itu memberi insentif dari segi premium atau development
charge supaya mereka dapat bangunkan kawasan. Kita tidak sekali-kali berniat untuk mengambil alih tanah sesiapa pun tetapi Yang Berhormat perlu fikir ada banyak mereka yang ada tanah sikit-sikit ini, 5,000 kaki persegi, 10,000 kaki persegi yang mungkin ada sepuluh pemilik. Ada satu yang ada 143 pemilik, keluarga mereka. Jadi bagaimana mereka hendak bangun sendiri Yang Berhormat, bagaimana? Hanya perbadanan yang boleh menjadi pemudah cara, perunding dengan GLC-GLC yang dimiliki oleh bumiputera, faham tidak?

Bermakna pihak kerajaan telah luluskan empat GLC, kita dah kenal empat GLC yang
semua berkepentingan bumiputera seperti PNB, Tabung Haji, Pelaburan Hartanah dan satu lagi Permodalan Putrajaya Holdings. Ini bermakna kita tidak memberi ruang kepada syarikat-syarikat swasta ambil alih tanah orang Melayu di Kampung Baru kecuali dengan persetujuan mereka dan ini melibatkan GLC sahaja kecuali di Kampung Baru ada orang Melayu sendiri yang memiliki tanah mereka boleh bangun sendiri. Yang ini kita bantu, seberapa boleh kita bantu.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Jadi kalau tidak ada badan seperti Perbadanan Kampung Baru, bagaimana kita hendak bantu mereka ini. Jadi sampai sekarang - Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh sana boleh cakap tetapi apa dia punya vehicle, lain daripada vehicle perbadanan ini, apa vehicle? Saya diberitahu Yang Berhormat belah sana mencadangkan termasuklah Arwah Yang Berhormat Lo’Lo’ menyatakan badan amanah, banyak kali badan amanah ini. Pada peringkat permulaan amanah dia kuatlah tetapi apabila tengok duit dah banyak, harta dah banyak, amanah pun jadi hilang. Akan tetapi ini adalah satu perbadanan yang di bawah naungan kerajaan, ia juga kita kena lapor pada Parlimen. Jadi saya rasa Audit Negara, saya rasa itu dah terbaik, yang paling terbaik punya modul.

Tuan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]:
Minta penjelasan, sikit sahaja.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Jadi modul lain mana, kita dah tunggu bertahun-tahun hendak bangunkan Kampung Baru. Yang Berhormat bukan datang daripada Kuala Lumpur, saya datang daripada Kuala Lumpur, kecil daripada Kuala Lumpur, bersama-sama dengan orang Kampung Baru. Jadi tahu kah bagaimana orang bandar, orang Melayu bandar jika tidak dibangunkan, tidak diberi peluang untuk dimajukan, apa yang kita tinggal?

Macam di Kampung Kerinchi, boleh cakap, siapa yang menentang? Pihak daripada sana, daripada PAS, PKR yang menentang, 90% tidak setuju, 10% yang menentang, saya tetap akan berhujah Tuan Yang di-Pertua, tetap.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Pada saya cukup emosi kerana 10% yang dipengaruhi oleh belah sana, 10% hingga 90% yang masa saya ketua pemuda dulu sudah minta untuk dibangunkan, 20 tahun dahulu, dah minta untuk dibangunkan, oleh sebab 10% tidak setuju, 90% kena tunggu kawasan yang mundur padahal rumah flat yang RM50,000 boleh meningkat kepada RM250,000, fasal golongan yang kecil termasuklah Yang Berhormat Parlimen Lembah Pantai juga terlibat. Jadi ini ...

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin:
Yang Berhormat Batu tadi telah menyentuh berkenaan dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Rombongan daripada kementerian telah berjumpa dengan Sultan Selangor dan beliau menyokong penuh pembangunan Kampong Bharu.

Ada dua permintaan sahaja iaitu Kelab Sultan Sulaiman dan juga Masjid Kampong Bharu perlu dipertahankan. Akan tetapi beliau kata secepat mungkin perlu dibangunkan.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]:
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah tidak?

Dato' Raja Nong Chik bin Dato' Raja Zainal Abidin:
Tidak, tidak. Berkenaan dengan Yang Berhormat Lembah Pantai tadi menyebut berkenaan dengan 60:40 kepentingan atau pun hak atau pun jualan kepada Melayu dan bukan Melayu, itu adalah cadangan pada peringkat awal sebelum rang undang-undang dibentangkan di peringkat pertama. Pada masa itu untuk penyewaan, tetapi apabila kita sudah terima maklum balas daripada pemilik dan pewaris, soal itu tidak timbul lagi. Kerajaan telah menetapkan 100% adalah akan dimiliki oleh orang Melayu pada masa kini. Jadi, itu adalah stand kerajaan.

Yang Berhormat sebut juga tadi berkenaan dengan Little India. Ada juga beberapa orang Yang Berhormat yang bangkitkan, saya pun tidak ingat. Berkenaan dengan mengapa Kampong Bharu tidak dapat dibangunkan seperti Little India di Brickfield dan juga Petaling Street di China Town. Jadi, inilah cara kita boleh bangunkan Kampong Bharu di mana dengan adanya Perbadanan Kampong Bharu, kerajaan boleh menyalurkan peruntukan-peruntukan secara spesifik khususnya untuk membangunkan Kampong Bharu. Mesti fikir bahawa tanah di Kampong Bharu 220 ekar adalah tanah MAS.

Tanah MAS ini kebanyakan dimilik oleh individu atau syarikat. Akan tetapi, masih ada lebih kurang 100 ekar dimiliki oleh institusi ataupun kerajaan yang kerajaan pun akan bangunkan sekali secara serentak. Untuk masa ini, kita sedang mengkaji cadangan-cadangan untuk memajukan pasar minggu.

Kedua, kita juga sedang mengkaji iaitu kawasan yang berdekatan sebelah Kampong
Bharu adalah Pasar Chow Kit. Jadi, inilah pihak perbadanan akan memainkan peranan untuk selaraskan pembangunan-pembangunan ini supaya mereka yang memilik tanah-tanah kecil ini tidak rugi. Di mana jikalah takdirnya tanah mereka menjadi satu kemudahan awam umpamanya,tanah lapang ataupun jalan umpamanya, mereka akan melalui GLC-GLC yang akan perbadanan jadi pemudah cara dan perunding pastikan mereka ini juga ada hak dalam keuntungan pembangunan akan datang. Itu mereka yang ada kecil-kecil ini.

Kedua, pembangunan ini kita tidak menolak mana-mana mereka yang bermastautin di Kampong Bharu untuk pindah ke tempat-tempat yang lain. Kita akan usahakan kalau boleh pembangunan dibuat secara in-situ di situ. Kedua, kita akan beri prioriti kepada penduduk ataupun pemilik dan pewaris Kampong Bharu untuk kekal di situ.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa tahun 2000 lebih kurang 30,000 pemilik atau penduduk di Kampong Bharu. Sekarang sudah kurang 17,000. Akan tetapi kalau kita lihat ramai, mungkin ramai tetapi bukan orang Malaysia. Kalau ikut sekarang pun mereka tidak berhak ada di sana. Ini kerana kalau ikut sekatan yang sedia ada, hanya tanah Kampong Bharu hanya boleh di milik dan diduduki oleh orang Melayu. Jadi bermakna inilah keadaan yang di mana bila kita maju, saya rasa pemilik yang mewakili 800 lebih lot ini akan dapat keuntungan yang besar.

Di samping daripada itu, apabila kita libatkan PNB, Tabung Haji, orang Melayu lain dapat bersama. Ini yang sebab kita masukkan clause yang disebutkan bakal-bakal tuan punya tanah, bukan bakal tuan punya tanah daripada luar negara...

Tuan Yang di-Pertua:
Ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap. Sila teruskan Yang Berhormat.

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya ingin menjawab berkenaan dengan referendum. Daripada mereka yang telah menjawab, 92.8% telah bersetuju Perbadanan Kampong Bharu.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]:
Berapa yang menjawab?

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Jadi untuk makluman, ada 817 lot tanah di Kampong Bharu, 315 telah menjawab di mana 205 memang tidak akan menjawab kerana mereka dimiliki oleh tapak masjid, surau-surau, syarikat, tapak kelab, tapak sekolah serta tanah milik MAS sendiri, di mana MAS adalah bersama dengan kita.

Jadi bermakna, daripada itu majoriti telah bersetuju. Jadi satu lagi Yang Berhormat-Yang Berhormat, yang tidak bersetuju hanya 7%. Mereka telah diberi ruang daripada awal tahun sehingga sekarang untuk menyatakan tidak persetujuan yang dikendalikan oleh pihak MAS. Pihak yang bertanggungjawab pada tanah di sana.

Jadi, dia seolah-olah Yang Berhormat sama juga macam pilihan raya. Kalau pilihan raya Yang Berhormat, kalau pilihan raya mungkin Yang Berhormat hanya dapat 50% sahaja yang datang hadir mengundi, tetapi Yang Berhormat menang dalam pilihan raya. Sebagai contoh Yang Berhormat, tetapi Yang Berhormat Lembah Pantai tidak ada di sini. Saya hendak bagi contoh di Lembah Pantai. Di Lembah Pantai dengan undi Yang Berhormat Nurul Izzah terima yang menyokong dia hanya 38% daripada pengundi yang berdaftar di Lembah Pantai. Akan tetapi dia masih mewakili Lembah Pantai. Jadi ini adalah berdasar kepada mereka yang datang mengundi.

Jadi yang tidak datang mengundi, yang tidak ada datang kita tidak tahu, tetapi majoriti adalah 93 yang menyokong, 50/28. Inilah Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, itulah jawapan saya pada perbahasan hari ini. Saya
minta maaflah jika saya emosi oleh kerana kepada saya Tuan Yang di-Pertua, inilah peluang terakhir. Yang Amat Berhormat Bekas Perdana Menteri telah mengatakan sedih beliau tidak dapat membangunkan Kampong Bharu tetapi sekarang kita dalam satu era di mana kita berpeluang, bersama-sama kita ini kita berpeluang.

Saya pun tak ada undi Yang Berhormat tetapi Yang Berhormat-Yang Berhormat yang ada undi ini yang berpeluang untuk mengadakan satu pemudah cara, satu vehicle, dengan izin, untuk membangunkan orang Melayu. The only bastion, dengan izin, dalam Kuala Lumpur untuk orang Melayu dan tidak sesenang kerajaan nak gunakan tanah itu nak bagi kepada pihak-pihak yang lain. Banyak lagi tanah yang lain dalam Wilayah Persekutuan, tak perlu tanah Kampong Bharu, banyak tanah lain.

Jadi, kepada saya ini peluang yang terbaik. Itu yang saya terlalu emosi dalam perkara ini... [Tepuk] Kalau benda ini gagal Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana saya rasa ketelusan daripada pegawai-pegawai saya yang buat kerja ini begitu bersemangat untuk benda ini berjaya.

Jadi, inilah saya berharap, saya berharap sangatlah bahawa usaha kita ini dapat
kejayaan pada hari ini supaya orang Melayu yang begitu ketinggalan dalam Kuala Lumpur ini, saya dah lama berjuang di Kuala Lumpur, dapat diberi peluang Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.


Fuh memang mantap Dato' Raja. Baru lah sedap sikit tengok beruk-beruk sarkas Pembangkang ni terkebil-kebil.

Akhir kata, tahniah dari Aboudiabydoo kepada semua Ahli Parlimen BN dan Bebas yang menyokong Rang Undang-Undang Perbadanan Kg Baru. Marilah sama-sama berdoa agar pembangunan ini berjaya.