Tuesday, July 12, 2011

Tak ada satu pun bloggers Pakatan Setan yang bawak cerita orang Mati lepas kantoi!

Petang semalam Blogger #1 Pro-BN, Papagomo menyiarkan expose bagaimana semua media Pakatan Rakyat cuba memutarkan kes kematian Encik Baharuddin Ahmad yang sakit jantung.

PapaGomo disambut oleh hampir semua blogger2 besar BN, yang kemudian menyiarkan cerita sama.

Apa yang didedahkan Papagomo ialah rupa-rupanya pihak Pakatan Setan sudah merancang membuat cerita bergambar berherokan pengkhianat negara bernama Suhardi Mohd, siap dengan solat tengah jalan (apa perlu solat tengah-tengah jalanraya, masjid dan surau kan banyak?), baca doa pakai loudhailer dan yang paling best, memprovokasi polis sehingga ditangkap dan kemudian buat-buat macam kena sawan.



Ini semua untuk tujuan fotografi dan video, supaya boleh diedarkan ke media-media asing yang telah digula-gulakan Anwar berpuluh tahun supaya mengikut kata beliau.

Antara pelakon tambahan ialah Rozen Azen, yang baru minggu lepas kena gegar sampai terkentut-kentut dengan Pemuda UMNO di Shah Alam. (kali ini si Rozen tukang pegang loudhailer pelakon utama baca doa)



Tiba-tiba ada la satu hamba Allah ahli PAS ni mati la pulak sakit jantung sebab sibuk juga nak turun padang walau dah tahu semput. Dah nak ajal, Allah cabut nyawa masa tengah amarah, masa tengah merusuh dan menentang Ulil-Amri. MasyaAllah.

Lalu pihak Pakatan pun mula lah spin, guna gambar Suhardi ni konon-konon dia lah yang mati tu. Ini sebab gambar aruah yang mati itu tak ada apa yang boleh digunakan untuk hentam Kerajaan dan burukkan negara Malaysia. Yang ada hanya gambar polis cuba beri bantuan perubatan.

Jadi depa spin guna gambar lakonan Suhardi. Dan semua ini sudah kantoi sama papagomo.

Menjangkakan jawapan yang berbelit-belit dari puak Setan, malam tadi sepanjang awal pagi aku mencari jawapan balas dari bloggers Pakatan Setan, trawling semua blogroll diorang. Haram satu pun takda.

Aku juga mencari lagi cerita-cerita baru pasal orang mati tu dan jugak pasal orang yang konon-kononnya mati tu tapi sebenarnya pelakon lancik si Suhardi, tak ada juga.

Rupa-rupanya cerita orang mati di dah kena blackout dengan bloggers Setan, sebab masing-masing dah kantoi menipu dengan Papagomo.

Padahal sejak dari lepas rusuhan haram tempoh hari sampai petang semalam, tak habis-habis siarkan gambar si Suhardi tu kononnya dah kojol.

Hoi bloggers PakatanSetan, korang tu dah menyebabkan pembaca-pembaca korang tertipu. Gerenti ada pulak antara mereka menyebarkan fitnah pulak akibat dari membaca blog haram korang tu.

Ada lebih baik korang siarkan lah satu posting, kata sudah silap identiti dsb nya, bukan biar lagu tu saja. Kalau tidak dah jadi fitnah, dan korang sendiri mau ingat la apa dosa fitnah.

Korang ni memang takda tanggungjawab langsung. Tak takut mati ke woi!

1 comment:

  1. terbaik bro....depa dah kantoi bangang sekarang nak alih isu lain pulak..memang KIMAK bebudak ni....ha ha ha

    kita bogelkan lagi depa lepas ni

    ReplyDelete