Tuesday, July 5, 2011

Nik Nazmi pertahan Wardina terjumpa Azmin. Tapi kan..... Tapi kan.....

Nik Nazmi telah bersuara mempertahankan Wardina. Nak jadi adil, saya link kan di sini penerangan Nik Nazmi dalam blog beliau. Panjang sangat, tak sesuai copypaste.

Kenyataan Media: Penjelasan Kehadiran Wardina Safiyyah dalam Karnival Mesra Rakyat ‘Jom Santai’

------------------

Saya sendiri tidak bersetuju sepenuhnya dengan banyak blog penyokong UMNO dan BN yang menghentam habis-habisan Wardina bila keluar gambarnya dalam acara 'Jom Santai' dan gambar minum satu table dgn Azmin.

Tapi tak bersetuju sepenuhnya tak bermakna tak bersetuju langsung.

Saya tak bersetuju gambar seksi Wardina zaman Dewi Remaja diheboh-hebohkan semula. Sebabnya, Wardina sekarang banyak buat kerja-kerja baik mengajak golongan muda bertudung dan memperkasakan diri sebagai wanita dan sebagainya. Tidak banyak role model sebegini, dan saya tepuk, setuju Wardina buat begini.

Tapi Wardina harus ingat, apabila Wardina mula mengeluarkan komen-komen yang berbau politik dan nampak berjinak-jinak dengan politik, maka Wardina sendiri secara 'implicit' membenarkan diri Wardina diserang dengan gaya politik; dalam politik Malaysia hari ini, blogosfera merupakan satu platform utama untuk hal ini.

Dan Wardina dan para peguamnya serta penyokongnya tidak boleh menyalahkan penyokong-penyokong BN tentang hal ini, sebab ia dimulakan lama dulu oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim sejak zaman reformasi. Dan dahulu, puak-puak reformasi langsung tidak ada limit, memanggil Perdana Menteri mahafiraun dan berbagai-bagai nama lagi, memfitnah Perdana Menteri ada kuil Hindu dlm rumah, tuduh Perdana Menteri tengok video blue dengan anak cucu dsb - semua ini dibuat tanpa bukti. Tidak ada justifikasi dalam serangan-serangan mereka, tiada bukti dan tidak ada hujahan. Yang ada hanya tuduhan.

Sedangkan dalam kes Wardina apa yang saya lihat adalah apa yang dipanggil dalam common law sebagai 'fair comment' - iaitu hak seseorang individu (dlm kes ini bloggers) untuk membuat komen/ulasan yang munasabah tentang sesuatu kejadian.

Dalam hal ini kejadian itu ialah bukti-bukti bergambar dari Majlis di Desa Mentari dan gambar minum dengan Azmin.

Wardina dan para peguam Wardina sendiri tentu maklum bahawa di dalam Mahkamah, hakim tidak membuat keputusan berdasarkan sesuatu fakta, tetapi mengambilkira semua fakta yang ada dihadapannya.

Itulah yang bloggers pro-keamanan negara buat - mereka merumus drpd apa yang mereka tahu. Dan apabila mereka menyeru TV3 mengambil tindakan, ia adalah kerana tidak semenggah Wardina bekerja dengan entiti yang dipunyai sebahagiannya oleh UMNO tetapi pada masa yang sama menghentam pula Kerajaan. Bloggers UMNO bercakap berdasarkan logik dan 'fair komen'.

Ini kerana tidak adil dan tidak kena Wardina membina imej dan pengaruh di bawah peluang yang dicipta UMNO, tetapi menggunakan imej dan pengaruh itu untuk menjatuhkan UMNO.

Kalau Wardina tidak setuju dengan UMNO, diam sudahlah dalam bab politik.

Kalau tak nak diam dan mahu bebas bersuara dalam hal politik, tak payah kerja dengan syarikat bersangkutan dengan UMNO.

Itulah yang saya percaya apa yang mereka mahu sampaikan, dan itulah juga pendapat saya.

Berbalik kepada membuat keputusan berdasarkan fakta. Nampaknya Nik Nazmi sudah menerangkan tentang gambar-gambar di Desa Mentari iaitu gambar-gambar No 1-2 di bawah. Tetapi bagaimana pula jika gambar-gambar tersebut dibaca dengan keterangan-keterangan lain (no 3-9 ) di bawah.

Apakah agaknya ulasan munasabah atau 'fair comment' seseorang manusia yang berakal bila membacanya.




Gambar-gambar di Desa Mentari yang menimbulkan isu. Sila baca
penjelasan Nik Nazmi tentang kejadian ini.



Tapi apa jadi apabila kejadian ini "dipertimbangkan bersama" dengan screenshots di bawah? :-




sumber: http://www.facebook.com/pages/Merdeka-Center-for-Opinion-Research/107863592573592

3 poster Program yang berbeza anjuran Kerajaan Negeri Selangor (kita boleh tengok 3 program ini berbeza kerana panel speakers berbeza). Munasabah dan 'fair comment' jika saya katakan ini program berbaur politik. Tapi kenapa Wardina adalah panel dalam ketiga-tiga program? (lihat poster)

Tengok tiga2 poster program. Bukankah semua itu orang PKR atau penyokong PKR? Apa persepsi masyarakat jika seseorang individu menjadi panel ketiga-tiga program?

Kalau ini bukan program politik, apa ke jadahnya website ni siarkan?


sumber; http://www.keadilandaily.com/pelakon-wardina-safiyyah-antara-yang-terlibat-siri-jelajah-belia-selangor/

Ada lagi.

sumber: Facebook Wardina

Komen Wardina malam BN menang di Sarawak. Apakah persepsi seorang manusia yang berakal bila membaca post wardina dan komen-komen pembacanya? Sila pergi sendiri dan baca.


Komen Wardina ttg isu Kristian Agama Rasmi.


Komen Wardina isu minyak naik.




Komen Wardina terhadap kenyataan rasmi YAB PM DS Najib.

Apakah persepsi seorang manusia yang berakal bila membaca post wardina dan komen-komen pembacanya?

3 comments:

  1. erm..
    tepuk dada, terbatuk batuk..

    ReplyDelete
  2. Iskh iskh iskh....hari tu beria2 betul wardina tak mengaku dia sokong pembangkang kan? iksh iksh iksh....pakai tudung belum tentu 'BAIK'.

    ReplyDelete
  3. Kadang pakai tudung sebab nak tutup kebusukkan yang ada di dalam. bertudung tak semestinya beradab. Nampak jijik dah si Wardina ni. Blogger marah bukan sebab gambar, tapi dah lama nampak tweet2 dan FB dia yang pro pembangkang. BERHENTI TV3! kami tak marah. ni tidak, makan minta kerajaan tapi perangai macam anjing.

    ReplyDelete