Monday, July 18, 2011

Ahli PAS sendiri dibelasah bila mahu jumpa Hadi Awang, demokrasi kepala hotak apa!

Gah benar lah Hadi Awang Presiden Parti DAPAS konon dia tahu sangat semua negara demokrasi benarkan demonstrasi.

Tegas Hadi, hanya negara komunis tidak membenarkan rakyat meluahkan perasaan mereka.

Tapi Haji Hadi sendiri bila rakyat berjumpa dia sekadar mahu bertanya soalan dia lari lintang-pukang dan bila gambarnya diambil, juak-juak pencacai-pencacainya siap rampas kamera dan belasah rakyat tersebut. (laporan oleh mangsa belasah dan rampas di bawah)

Ini bukan fitnah tapi betul-betul, dan yang paling sayu terjadi lepas solat Jumaat, DALAM KAWASAN MASJID. Yang kena belasah dan rampas pula ialah fanatik Pakatan Rakyat.

Mangsa yang dibelasah hanya mahu jumpa Hadi Awang

Hipokritnya Hadi Awang.

Dia bukan Kerajaan.
Kerajaan harus hentikan demo Bershit pasal rosakkan keyakinan pelabur pada kestabilan negara.
Kerajaan harus hentikan demo Bershit pasal ia melanggar undang-undang.
Kerajaan harus hentikan demo Bershit sebab ia mengganggu ekonomi KL, orang ramai, sampai 2-3 hari, yang berniaga tutup kedai hingga ada yg rugi beratus ribu, yang kenduri kahwin sedara-mara tak dapat datang.

Tapi Hadi Awang tak ada apa-apa alasan.

Dan kalau semasa hanya menjadi Presiden PAS orang dia boleh belasah rakyat yang hanya mahu berjumpa (bukannya membuat kacau macam Bersih), apa jadi kalau dia jadi Perdana Menteri atau Menteri Kabinet?

Mahu ditembaknya orang yang demonstrasi.

Ahli PAS dibelasah bila mahu jumpa Hadi Awang

12.30 - Gua sampai. Gua jumpa C++ di Restoran Lempeng (seingat gua). Berdekatan dengan Masjid Rusila.

12.50 - Gua bersiap2 menunaikan solat Jumaat. Tukar selipar, etc. Dan masuk ke perkarangan masjid. Ambil wuduk dan terus ke saf beberapa di depan (tak ingat). Lepas solat sunat, gua sempat ambil gambar mimbar.

Tak ingat masa - Solat Jumaat habis. Gua solat sunat. Dan tunggu TGHA habis wirid dan solat sunat. Member gua (bukan C++) dah 'takut2' (pada tafsiran gua) dan berkata dia mahu ke tandas. Mungkin dia dapat agak situasi sebenar bukan seronok apabila bersembang sambil makan di Restoran Lempeng tadi (tafsiran gua). Pada hal dia ditugaskan sebagai kameraman 1, manakala C++ adalah kameraman lulit.

Tak ingat masa - TGHA beredar dari tempat solat menuju ke pintu keluar, bahagian depan, sebelah kanan jika kita mengadap kiblat. Terdapat ramai yang serbu berpusu-pusu bagi mencium tangan. Member gua tak tau mana. Gua turut bangun, bagi isyarat kepada C++, dan terus merapati TGHA. Gua telah berjanji, gua akan berbahasa dengan baik.

(Seingat gua, inilah dialog gua dengan TGHA)

"Assalamualaikum, Tuan Guru."

Melihatkan muka gua, muka TGHA terus berubah (tafsiran gua terhadap perubahan air muka).

"Saya AdukaTaruna dari Kelantan, ingin bertanya kepada Tuan Guru (selepas ini gua guna istilah TG), beberapa soalan."

"Saya sibuk. Saya ada program lain."

Ketika ini gua risau jika tiada rakaman. Gua keluarkan handphone China, dan on videocam. Setiap manusia mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya (tafsiran gua).

Selesai on videocam, TGHA telah berada jauh sedikit. Gua terus mendapatkannya, tanpa memakai selipar. Seingat gua, inilah dialog gua :

"TG, saya mohon 5 minit sahaja untuk bertanya soalan."

Gua merayu sehingga berada di dalam dan di depan tangga rumah TGHA.

Seingat gua (tiada rakaman video pada gua), inilah dialog TG.

"Saya sibuk. Saya sibuk. Saya ada program lain."

Ketika inilah muncul Lelaki 1 dan merentap baju gua. Seingat gua, dia memarahi gua. Dan menggugut untuk mencederakan gua. Gua menjelaskan tujuan gua datang, untuk bertanya soalan. Dalam keadaan videocam masih ON.

Lelaki 1 minta rampas handphone gua. Dan muncul Lelaki 2 (budak kurus berkopiah) merampas handphone gua dengan bantuan Lelaki 1 dan beberapa lelaki yang gua tak sure berapa jumlahnya. Semua kejadian ini berlaku di hadapan THGA; dalam dan di hadapan rumah TGHA; malah seingat gua, gua dan lelaki 1 berada di atas simen rumah TGHA. Dianggarkan 50 lelaki berada di situ.

Mungkin isyarat TGHA (tafsiran gua), gua kemudiannya ditarik oleh beberapa lelaki, dibawa ke hadapan Masjid Rusila, kira2 semeter dari sempadan meletak selipar. Gua dikerumuni oleh lebih 100 orang. Mereka berkata inilah AdukaTaruna. Salah seorang dari mereka mengambil gambar gua, gua sempat buat aksi 'peace'. Mereka memaki, mengugut dan mencadangkan gua dicederakan.

Terdapat ramai dari mereka yang memiliki handycam dan kamera digital. Menandakan bahawa kehadiran gua sebenarnya memang diketahui. Mustahil datang solat Jumaat membawa handycam (tafsiran gua). Mereka merakamkan ucapan gua di situ, ketika gua pasrah kepada Allah kerana bimbang tiada rakaman bagi pihak gua. Setiap hamba mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya.

Ketika gua bercakap hak-hak gua sebagai rakyat yang berada dalam kerangka demokrasi, gua dipukul dari belakang sebanyak 2 kali, seingat gua. Semua ini, dirakam oleh jemaah Rusila. Gua tak sure sama ada mereka akan upload perkara itu demi Allah atau menyembunyikan perkara itu demi kasta ulama. Dan gua tak sure sama ada, ada rakaman video bagi pihak gua, atau tidak.

Berkali-kali gua menyatakan hak gua untuk beredar ke balai polis bagi membuat report rampasan handphone, tetapi tidak dibenarkan Lelaki 3. Gua cam lelaki 3 sampai sekarang. Insyallah. Ketika gua dikepung oleh lebih 100 orang, tiada satu pun pihak yang tampil memperkenalkan sebagai Batu Api atau Songkok Putih.

Kemudian, Lelaki 3 dan beberapa lelaki yang gua tak sure jumlahnya, menarik tangan dan baju gua ke tingkat 1. Gua merentap kembali tangan gua dan membuat bahasa tubuh supaya jangan 'seret' gua. Gua boleh jalan sendiri. Tak lari dan bersumpah atas hubungan peribadi setiap hamba dengan Penciptanya, sedikit pun gua tidak takut.

Gua ditahan dalam sebuah bilik di Tingkat 1. Pintu ditutup. Ada kira2 15 lelaki di dalam. Siap membuat rakaman video lagi. Di luar bilik terdapat ramai lagi lelaki dan anak-anak lelaki. Mereka meinjau2 dicelah2 tingkap. Gua diberikan hak buang air dan disuruh duduk.

Berkali-kali gua menjelaskan hak gua untuk beredar dan membuat laporan polis, tetapi ditahan. Seorang lelaki Melayu tua dipercayai bernama Wahab berkutbah kepada gua, TGHA adalah ulama yang diiktiraf antarabangsa. Melawan masuk neraka. Kita semua mati, etc. Kejadian dirakamkan oleh pihak mereka.

Sepanjang gua ditahan secara salah itu, tiada siapa pun memperkenalkan diri sebagai Batu Api atau Songkok Putih. Gua menjelaskan bahawa, gua difahamkan oleh Terengganukite, di bawah Lajnah IT PAS Dungun (seingat gua), dan laman blog Batu Api yang dipercayai di bawah Suhaimi Embong (seingat gua), telah memaklumkan kehadiran gua; dan pihak Rusila tahu kehadiran gua. Lelaki separuh tua yang gua percayai sebagai pengerusi Masjid Ruslia menafikan. Sehinggalah gua menjelaskan bahawa penahanan mereka ke atas saya adalah salah, dan boleh dianggap satu penculikan, barulah mereka 'cuak' (tafsiran gua).

Sumber: http://adukataruna.blogspot.com/2011/01/gua-akan-jumpa-hadi-di-rusila-lagi.html

aboudiabydoo: yang belasah bodoh, yang kena belasah pun bodoh.

1 comment:

  1. melawan kata2 hadi masuk neraka hoi!jom kita ramai2 sembah hadi jangan sembah yang lain.inilah pemikiran yang ditanam dalam sanubari ahli2 pas. karomah dan pelbagai keistimewaan lain disandarkan pada pemimpin mereka dan bukannya atas kekuasaan tuhan.syurga mereka mungkin berbeza dengan muslim yang lain.

    ReplyDelete