Monday, July 25, 2011

Ahli2 Parlimen BN Gua Musang, Pandan dan Tuaran akan keluar BN, bentuk Parti Baru, Join PR dan lawan BN. Pendedahan Eksklusif!

Tak berapa ramai yang ambik pot akan penubuhan Amanah oleh Ku Li.

Rata-rata sebab semua yang duduk depan EXCO Amanah dikira 'has-been' dalam politik.

Tapi jangan tak tau, Amanah berupaya menggegarkan senario politik negara.

Ada pimpinan Amanah yang sudah bocorkan rahsia mereka.

Apa rahsianya? Siapa yang bocorkan?

Yang membocorkan ialah Sakmongkol, Datuk Ariff Sabri bekas ADUN UMNO yang tak habis-habis menghentam UMNO. Dia terbocor rahsia ini di ruangan komen blognya di sini, apabila menjawab soalan dari seorang tukang komen.




Rahsianya ialah bahawa pemimpin-pemimpin yang menyokong Amanah, yang terdiri kebanyakannya dpd pemimpin-pemimpin BN, akan mengisytiharkan keluar BN, tubuh Parti Baru dan Parti baru ini akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bahayanya ialah mereka ini ialah 'sitting MP', dan sebarang tindakan keluar parti oleh sitting MPs akan memberikan kesan negatif yang besar pada pihak yang ditinggalkan, dalam kes ini BN.

Siapa Sitting MPs ini?

1. Ku Li- Ahli Parlimen Gua Musang (BN-UMNO)
2. Ong Tee Keat - Ahli Parlimen Pandan (BN-MCA)
3. Wilfred Bumburing - Ahli Parlimen Tuaran (BN-UPKO)

Mari kita bloggers sebagai rakyat yang tak mahu melihat negara ini jatuh ke bawah pengaruh asing, sama-sama siasat dan lihat perkara ini. Sebelum UMNO dikejutkan dan tak sempat bersedia, lebih baik kita counter awal-awal, tengok apa game mereka.

1 comment:

  1. ku razali memang teringin sangat jadi PM , tu pasal tertubuhnye semangat 46,tapi tak layak dia berdepan dengan ayahnda Mahadir yang bijaksana.Kalau benarlah terjadi berarti cita cita tersebut tak pernah terpadam rupanya,kalau diperhati ku li selalu pendapatnya tak seiring dengan BN.Yang dua orang nampak sangat kecewa sbab tak terpilih,gila kuasalah tu.

    ReplyDelete