Tuesday, March 1, 2011

Luahan Hati seorang Akak PPR Kerinchi tentang Nurul Izzah



Aku memerhatikan saja Akak "Y" (tiru trend sekarang) membersihkan ofis. Akak "Y" ni orang susah, tinggal di PPR Kerinchi. Mujurlah ada rumah tempat tinggal, itupun sebab Kerajaan buat rumah PPR yang sewanya hanya RM124 sebulan, untuk orang susah. Tambah pulak tu Kerajaan BN ni memang tolong orang Melayu, jadi majoritinya di PPR Kerinchi ni orang Melayu lah duduk. Kalau lah Pakatan Rakyat yang pegang Kerajaan, maka ramailah org2 Melayu PPR Kerinchi ni kena pindah keluar, sebab nak "meritokrasi" nak bagi sama banyak kaum lain duduk sama. Sedangkan "meritokrasi" Pakatan Rakyat ialah pro-Cina. Tengok sajalah di Penang. Gerai-gerai penjaja Melayu di tempat kurang sibuk diroboh, gerai Cina betul-betul tengah jalan besar tengah-tengah Georgetown dibiarkan saja dan dijamin tak roboh. Meritokrasi babi mendenye!

Aku pun saja lah panggil Akak ni.

"Kak, mai jap, nak tanya sikit".

Akak "Y" pun stop vacuum, datang kat meja.

"Kak nak tanya sikit, Nurul Izzah kat sini macam mana ye?"

Kak "Y" pun kata,

"Kali ni orang sini memang tak bagi undi pada Nurul".

Tanya saya, "kenapa pulak?"

"Dia bukan pernah bagi apa pun. Apa jasa yang dia ada buat? "

"Masa sumbangan hari raya itu hari pun dia bagi pada 3-4 kerat je, itupun pada kroni dia".

Heh, memang aku dah tahu dah. Nurul ni mungkin di peringkat nasional orang ingat dia buat kerja. Sebenarnya bukannya dia buat kerja, tapi dia pandai bagi "persepsi" yang dia buat kerja.

Dia lalu jalan kerinchi, berhenti sat, beli nasik ayam, senyum-senyum manja, lepas tu dia tweet, "di kerinchi, sambil beli nasi ayam. Nasi ayam hainan kat sini sedap!" Itu je 4-5 minit.

Lepas tu dia sibuk melancau ke London, sibuk berdemo pasal Tunisia, sibuk pergi Johor la, Melaka lah, rasmi Cabang ini, ranting itu, Cabang sana, batang situ. Sibuk lah dia dengan cabang, batang dan rantingnya.

Piirah!

Kata Kakak "Y" tu lagi.

"Lagipun dia bukannya tau buat apapun. Itu hari masa meeting Flat 4 Tingkat tu (Flat 4 Tingkat Kerinchi) , kawan akak kata ingatkan dapat la YB tolong, last-last dia diam je, tak ada penyelesaian."

Lagi satu ni pun aku dah lama tau. Dia memang bukan pemimpin yang boleh settle problem. Dia ni jenis pemimpin poster. Maksudnya kalau nak promo kan memang best, sebab muka dia boleh jual, lepas tu gaya dengan senyum-senyum dia orang suka tengok. Tapi bila betul-betul kena buat kerja, settle problem, HARAM TAK BOLEH. Hancuss!

3 comments:

  1. baik suruh jadi model ke, pelakon ke kalau setakat jual muka. hahahha!

    ReplyDelete
  2. anak rintik nih!

    mohon link http://antibohmau.blogspot.com/ ke blog tuan. blog tuan akan dipautkan. trima kasih.

    ReplyDelete