Sunday, March 13, 2011

27 Soalan Terkangkang untuk para Penyokong Anwar

Mari sini aku nak tanya sikit pada orang-orang PKR dan PAS yang masih lagi sokong Anwar, yang masih lagi anggap Anwar suci.

Ini ada beberapa soalan, yang kalau korang boleh jawab, memang korang ni penyokong Anwar sejati, terbaekk!

Tapi kalau korang sendiri tak mampu nak jawab, maka eloklah jika korang fikir semula tentang kebenaran dan kesahihan dan kesucian Pemimpin No 1 korang tu.

1. Kenapa Anwar boleh biarkan Sukma, seorang lelaki dewasa, duduk tidur dan menginap di rumah dia begitu lama, sedangkan Anwar ada anak-anak perempuan yang sudah besar ketika itu termasuk Nurul Izzah, Nuha dan lain-lain yang aku tak tau namanya?

2. Kalau koranglah ada anak perempuan yang dah besar panjang, matang dan baligh macam tu, korang benarkan atau tidak lelaki muda menetap di rumah korang? Sila fikir dan jawab.

3. Kenapa begitu ramai sangat orang yang rapat dengan Anwar yang menuduh perlakuan salah laku seks Anwar? Sukma Darmawan (adik angkat beliau yang tinggal dirumahnya berkurun-kurun), Mior Abdul Razak (tukang jahit Anwar), Nallakaruppan (rakan baik Anwar yang main tenis bersama setiap minggu), Norlaila, Hairany, Azizan (drebar Anwar) dan banyak sungguh lagi.



4. Apa penjelasan para penyokong Anwar tentang percubaan Anwar goda isteri orang di sini?

5. Kenapa Anwar selalu kelilingi dirinya dengan lelaki-lelaki yang boleh dikategorikan "jambu"? Adik angkatnya Sukma, tukang jahitnya Mior, sahabatnya di penjara Sg Buluh Rashid, budak pembancuh tehnya Saiful, dan banyak lagi yang korang sendiri boleh tengok dengan mata kepala sendiri? Takkan lah bodoh sangat, lepas dah kena kes pertama dulu pun, masih lagi mahu berkawan dgn Rashid dalam jel, mau bawa Saiful kehulu-kehilir. Bodoh atau memang betul dia bersalah?

6. Kenapa sudah lebih 50 sahabat Anwar meninggalkan Anwar bukan saja dari segi politik tetapi juga tinggal sebagai sahabat, sedangkan ada yang dah kenal berpuluh tahun macam Salehuddin dan Dr Halili Rahmat?

7. Kenapa Anwar tak mahu bagi DNA dia kalau dia tidak bersalah?

8. Kenapa Anwar selalu menangguh perbicaraan dan selalu menggunakan isu teknikal untuk membuang kes? Kalau koranglah kena tuduh liwat jantan, bukankah secepat mungkin korang nak selesaikan kes supaya terbukti korang tak bersalah?

9. Adakah semua orang ini yang saya kira sudah lebih seratus orang, menipu dan dibayar?! Sesetengahnya memang asalnya sudah kaya-raya, adakah mereka perlu lagi duit upah tipu kononnya?

Ok lah, cukuplah, tak payah 27 soalan. Jawab yang 9 ni dulu. Kalau ada yang boleh jawab, aku bagi lagi soalan sampai cukup 27 ok?

Tapi Kalau tak boleh jawab, sendiri mau ingat la. Lagi mau percaya itu orang ka?

No comments:

Post a Comment