Sunday, January 2, 2011

Naib Presiden PAS panggil ahli PAS Taman Cheras Jaya 'asobiyah', 'zalim' dan 'menggalak maksiat'.

Bekas Naib Presiden PAS, ulama Ustaz Nakhaie Ahmad kata PAS asobiyah.

Pada masa yang sama, Nik Aziz kelam-kabut mempertahankan perbuatan menyambut Maal Hijrah dengan menarinari berpakaian lucah dalam kawasan masjid ini dengan menyamakannya sebagai satu amalan yang turut ada di zaman Rasulullah. Biar betul? Zaman Rasulullah ada senamrobik oleh orang kafir dalam kawasan Masjid? Siap dengan musik? Untuk sambut Maal Hijrah? Pakai pakaian ketat? Campur lelaki perempuan? Atas tujuan nak dapatkan undi orang Islam untuk si kafir tadi?

Betul kamu pasti ini berlaku di Zaman Rasulullah wahai Encik Nik Aziz?



Pada pemimpin PAS yang hadap sangat dengan undi kafir Cina dan India saya ada satu cadangan. Keluar saja dari Islam, masuk Kristian, habis cerita. Gerenti menang semua undi bukan Islam. Apa takut pada Allah, sedangkan kamu lebih takut pada pengundi?!

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching melakukan senamrobik di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya dekat sini dianggap tidak menghormati adab dan sopan di kawasan rumah Allah.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Nakhaie Ahmad berkata, aktiviti yang disertai peserta lelaki dan perempuan yang tidak diasingkan itu bukan sahaja tidak bersopan malah telah melanggar syariat Islam.

Menurutnya, sebagai bukan Islam, Nie Ching sepatutnya tidak berpakaian ketat kerana senamrobik itu diadakan di kawasan masjid.

"Aktiviti senamrobik yang tidak mengasingkan antara lelaki dan wanita itu seolah-olah menjadikan kawasan masjid sebagai "disko" yang mana peserta bebas berpakaian ketat dan menari mengikut muzik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nakhaie mengulas kejadian terbaru Nie Ching berada di pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan berpakaian ketat melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu menerusi laman blognya, acara senamrobik itu adalah program pertama Karnival Maal Hijrah anjuran masjid berkenaan.

Nakhaie menambah, walaupun senamrobik itu dianggap riadah namun lelaki dan wanita perlu diasingkan dengan berpakaian sopan memandangkan acara itu diadakan di pekarangan masjid.

Ditanya apakah keadaan seumpama itu tidak dilarang oleh jawatankuasa masjid itu, Nakhaie berkata, jika mereka sudah menjadi fanatik kepada parti pembangkang, perbuatan 'zalim' atau maksiat juga dibolehkan.

"Keadaan ini seperti 'asabiah' yang bermaksud walaupun membuat kezaliman atau kesalahan tetapi masih disokong kerana kecenderungan kepada satu-satu pihak," ujarnya.

Nabi Muhammad SAW katanya, tidak menerima orang yang mengamalkan asabiah sebagai umatnya kerana sikap tersebut dilarang dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, sesuatu aktiviti yang disokong atas dasar kekitaan untuk perpaduan dan tidak melanggar hukum Islam tidak boleh dikaitkan dengan 'asabiah'.


artikel asal disini.

1 comment: